Free Essay

Kesultanan Melayu Melaka

In:

Submitted By ardiez
Words 2506
Pages 11
1.0 PENDAHULUAN
Peristiwa pelanduk putih dan anjing perburuan pada zaman Parameswara semasa berehat di bawah pohon menjadi sejarah di Malaysia apabila baginda memberikan nama Melaka, bermulalah sejarah Kesultanan Melayu Melaka dengan tempatnya yang strategik. Lokasi yang berada di tengah-tengah tebing Selat Melaka, menjadi pusat perhubungan perdagangan di antara negara China ke India dan Timur. Dengan kehadiran pedagang Arab serta pedagang Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebuah pelabuhan entrepot yang begitu sibuk dengan kehadiran kapal-kapal yang singgah setiap tahun.
Dari semasa ke semasa Melaka berkembang sebagai pusat perdagangan Melayu Timur dimana barangan boleh didapati seperti sutera dan perselin dari China, kain dari Gujerat serta Ceromandel di India, kapur barus yang dating dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan cengkih hasil dari Malucas. Sumatera pula membawa hasil dagangannya seperti emas dan lada hitam manakala Tanah Melayu dengan timahnya yang terkenal.
Kerajaan Melayu Melaka juga terkenal dengan kehebatan mentadbir dalam konteks politik dan petahanan serta Sistem pentadbiran di Melaka amat cekap, lengkap, dan teratur.sehingga ada yang dijalankan di negeri Melaka ialah hubungan dua hala. Hal ini bermaksud hubungan yang dijalinkan merupakan antara pemerintah yang bertanggungjawab memberi perintah dengan yang diperintah di mana penduduk melaksanakan dan menjalankan perintah dan pemberi dengan penerima supaya dapat berurusan dan bekerjasama secara harmoni. Sultan merupakan ketua negara dan dibantu oleh pembesar-pembesar di peringkat pusat, daerah dan jajahan. Kemajuan dan kehebatan kerajaraan Melayu Melaka akan dikupas lebih lanjut dalam topik topik dalam kerja kursus ini. Diharapkan ianya akan menjadi iktibar kepada semua pembaca.

2.0 PENGASAS KESULTANAN MELAYU MELAKA
Parameswara merupakan seorang Raja Temasek yang terakhir berketurunan diraja Srivijaya yang menubuhkan kerajaan Melaka pada 1402. Apabila memeluk Islam Raja Iskandar Shah merupakan nama Islam Parameswara walaupun sekarang ini ada sejarawan yang mempertikaikan kesahihan pernyataan ini. Baginda memeluk agama Islam apabila berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam dalam tahun 1414 Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang,Bentan dan Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhirPaduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401).
Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayuuntuk membuka ibu negeri yang baru. Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu.

Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru. Pada tahun 1565, angkatan Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal keranakubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke (Sening Ujong atau nama lama bagi Sungai Ujong). Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di muara Sungai Bertam (nama lama bagi Sungai Melaka). Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi Raja.
Parameswara merasakan kedudukan tempat itu amat baik untuk didirikan kerajaan.Tempat itu berhampiran dengan laut yang menjadi laluan kapal dagang. Bekalan air bersih juga mudah diperoleh. Selain itu, bentuk muka bumi yang berbukit-bukau boleh menjadi petunjuk kepada pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka. Pokok Bakau dan Api-api boleh dijadikan benteng semulajadi. Angin Monsun pula tidak mengganggu kegiatan perdagangan kerana muara sungainya terlindung daripada tiupan angin tersebut. Semasa Parameswara sedang berehat di bawah pohon Melaka, Parameswara telah melihat peristiwa anjing pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk.Peristiwa ini dianggap luar biasa kerana seekor pelanduk kecil dapat mengalahkan seekor anjing.Oleh itu, Parameswara memilih untuk mendirikan sebuah kerajaan. Parameswara menamakan tempat itu Melaka bersempena dengan nama pokok beliau berteduh.

3.0 FAKTOR MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN

* Kedudukan Geografi yang Strategik
Kedudukan Melaka yang strategik menyebabkan ia menjadi tumpuan pedagang dari kawasan Asia Tenggara dan Barat. Menurut Andaya dan Andaya dalam Sejarah Malaysia, kedudukan Melaka yang strategik iaitu terletak di tengahtengah jalan perdagangan antara India dan China. Sementara itu pelabuhannya terlindung daripada angin, kedudukan yang dalam dan jauh daripada paya bakau. * Pemimpin yang Berwibawa
Kehadiran pemimpin yang berwibawa telah menyemarakkan lagi Melaka sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara. Parameswara, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah serta Bendahara Tun Perak telah Berjaya memajukan Melaka menjadi pusat perdagangan yang terkenal di serata dunia. Para pemimpin tersebut menjadi tulang belakang yang membawa kepada keagungan politik dan ekonomi Kesultanan Melayu Melaka. * Peranan Dan Pengaruh Agama
Empayar Melaka merupakan empayar Islam. Pengislaman Parameswara telah menyebabkan ramai pedagang Islam telah memindahkan kegiatan perdagangan mereka ke Melaka dari Sumatera Utara. Pada masa itu saudagar-saudagar Islam meupakan pedagang utama di Melaka. Kedatangan mereka menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara. * Hubungan Persahabatan Antara Melaka dengan China
Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindunganChina daripada ancaman musuh. Melaka telah diselamatkan daripada ancaman Siam. Suasana yang aman dan damai yang wujud membolehkan perdagangan berjalan lancar. China juga telah menggalakkan kedatangan ramai pedagangnya yang membolehkan wujudnya perkembangan perdagangan dua hala * Melaka Berperanan Sebagai Pusat Entrepot
Perkembangan ekonomi perdagangan di Melaka bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pelabuhan Melaka sebagai pusat entrepot. Pelabuhan Melaka terletak di kawasan yang mempunyai hasil dagangan penting iaitu rempah ratus yang sangat diperlukan oleh saudagar dari timur dan barat. Ini telah menggalakkan kedatangan mereka untuk mengunjungi pelabuhan Melaka.

* Dasar Imperialisme Kerajaan Melaka
Kerajaan Melaka Berjaya menguasai kawasan yang luas sekaligus menguasai ekonomi dan hasil pengeluaran tempatan. Hasil-hasil tempatan dibawa ke pelabuhan untuk diniagakan. Penguasaan Melaka ke atas pinggir laut Sumatera telah menyebabkan Melaka memperoleh emas dari Siak dan lada hitam dari Kampar dan Rokan

* Pengurusan Perdagangan yang Cekap
Ramai pedagang asing berdagang di Melaka kerana tertari dengan pengurusan perdagangan yang cekap. Terdapat beberapa golongan penting menguruskan perdagangan seperti Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi. Syahbandar menjadi orang tengah antara saudagar asing dengan kerajaan mengenai hokum dan sistem percukaian. Nakhoda dan Kiwi bertanggungjawab dalam hal perdagangan,perkapalan dan pelayaran. * Kemudahan di Pelabuhan Melaka
Terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan, tempat perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan dan kemudahan membaiki kapal telah menggalakkan kedatangan pedagang ke Melaka. Gudang bawah tanah dibina untuk membolehkan para saudagar menyimpan barang dagangan mereka dengan jaminan perlindungan daripada api, kerosakan dan kecurian. Gudanggudang dikelilingi oleh pagar kayu dan mempunyai pintu berkunci serta dikawal oleh penjaga.

* Sistem Cukai yang Berkeutamaan
Sistem cukai berkeutamaan telah menarik perhatian pedagang untuk berdagang di Melaka. Kerajaan Melaka telah menggunakan sistem cukai berkeutamaan iaitu cukai rasmi sebanyak 6% untuk orang India, Sri Lanka dan Burma. 3% bagi saudagar Barat yang menetap di gugusan Kepulauan Melayu dan bayaran tidak rasmi bagi saudagar yang datang dari China dan negara sahabat seperti Jawa, Maluku dan Sumatera.

* Perlaksanaan Undang-undang
Undang Laut Melaka telah dilaksanakan dalam system pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Perlaksanaan undang-undang ini membolehkan pedagangpedagang mendapat jaminan keselamatan barang-barang, kapal dan diri mereka sendiri daripada unsur jenayah dan pencemaran lanun.

* Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca
Kerajaan Melaka galakan penggunaan Bahasa Melayu kepada pedagang dalam urusan komunikasi dalam urusan perdagangan.

* Peranan Orang Laut
Orang Laut dilantik menjadi tentera untuk mengawal laluan perdagagnan di Selat Melaka daripada ancaman lanun. Orang Laut mengetahui selok belok ilmu kelautan khususnya di sepanjang perairan Selat Melaka

4.0 KEKUATAN KERAJAAN MELAYU MELAKA

* John Crawfurd memetik catatan De Burros dalam bukunya, A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries, bahawa ketika Portugis menawan Melaka dahulu, mereka berjaya merampas antara 3000 hingga 8000 senjata api daripada Melaka, dan De Burros sendiri mengatakan bahawa Portugis sendiri tidak mampu untuk menghasilkan senjata api sebanyak itu. Bahkan meriam yang dirampas dari kerajaan Melaka lebih besar dahn berkualiti dari mreka. * Melaka tidaklah berperang dengan hanya menggunakan keris dan tombak semata mata. Sebaliknya telah menggunakan meriam, istiggar dan senjata api yang lain. Dikatakan pusat perkilangan senjata api ini di kawasan Terengganu. Malah kerajaan Turki Uthmaniah juga ada menggunakan senjata api buatan Melaka. * Melaka juga melaksanakan strategi menggertak dan tindakan perang psikologi untuk menakutkan pihak lawan dengan mengeluarkan sejumlah perahu perang, lancara, tongkang, sampan dan sebagainya yang lengkap bersenjata untuk menunjukkan kekuatannya kepada Portugis. Kekuatan sebenar Melaka yakni armada jong perang gergasinya yang diketuai laksamana lebih kurang sebanyak 27 buah kapal perang.

* Maklumat daripada catatan Giovani Da Empoli mengesahkan bahawa tentera Melaka telah menggunakan lancara serta perahu berapi untuk memusnahkan kapal Portugis. Di kawasan pantai pula pertahanan dikukuhkan dengan pancangan kayu dan besi-besi tajam atau kawat beracun serta meriam-meriam pelbagai jenis besar dan kecil beserta dengan peti-peti berisi serbuk peluru.

* Pertahanan Melaka turut diperkuatkan oleh ribuan tentera Jawa yang pada permulaan ogos dibayar tiga bulan gaji terkehadapan disamping barisan pejuang Turki dan Khorusones atau Parsi sejumlah 3000 ora.

5.0 FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
5.1) FAKTOR DALAMAN

* PENGGANTI BENDAHARA YANG TIDAK BERWIBAWA
Bendahara-bendahara yang mengganti Tun Perak tidak mempunyai ketokohan sehebat beliau. Adiknya Tun Perpatih Putih adalah orang yang boros dan anak saudaranya Tun Mutahir cenderung mencari kekayaan sebanyak yang mampu lalu memperagakan kekayaan dan kedudukan beliau tanpa segan silu. Kekayaan dan kesejahteraan yang melimpah-ruah telah menyebabkan kepimpinan leka dan lemah serta mengabaikan negara. * SISTEM PEMERINTAHAN YANG LEMAH Sistem pemerintahan yang lemah semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka merupakan factor yang pertama dilihat menjurus kepada kejatuhan Melaka. Sultan Mahmud (1488-1511) penganti kepada ayahdanya Sultan Allauddin (1477-1488) tidak mampu memberi tumpuan kepada pentadbiran negeri dan gagal mengawal tindakan pembesar-pembesarnya yang lebih berkuasa terhadap rakyatnya. Ketokohan Sultan Allaudin yang dikenali sebagai seorang yang perkasa , tegas , alim , berani dan adil tidak mampu diwarisi oleh Sultan Mahmud yang zalim, suka berfoya-foya dan berpelesaran , leka dengan ilmu agama sehingga mengabaikan pentadbiran , tidak adil dan kurang bertimbangrasa. * PERBALAHAN PEMBESAR-PEMBESAR ISTANA Pembesar-pembesar kembali berpuak-puak, bukan sahaja puak melayu dan India-Muslim, malah puak tua (berpihak kepada Sultan Mahmud) dan puak muda (bersama Sultan Ahmad Syah). Perpecahan begini melemahkan kaum bangsawan sebagai pentadbir dan pemimpin negara.

* KELEMAHAN KUASA TENTERA Pasukan militer menjadi semakin lemah dengan kehilangan tokoh-tokoh seperti Hang Tuah dan Hamzah Datuk Bongkok. Tun Mat Paduka Tuan yang menggantikan Tun Mutahir (setelah ia dibunuh) sudah tua dan tepok. Beliau tidak berkuasa meningkat tenaga tentera bagi menghadapi sebarang kemungkinan. * CUKAI YANG TINGGI Para pedagang dan saudagar pula semakin dikenakan cukai yang berlebihan. Suasana ini kurang disenangi oleh mereka. Pedagang dan saudagar-saudagar ini berpaling arah mencari pelabuhan lain seperti Acheh, Bantam, Patani, dan Brunei yang lebih murah cukainya. Pembesar-pembesar tidak lagi turut berdagang tetapi meninggalkn untuk menyandang jawatan di istana. * KELEMAHAN DAN KUCAR-KACIR DI ISTANA Kelemahan Raja Melaka yang selalu meninggalkan istana kerana berundur diri menyebabkan ada pihak-pihak berebut inginkan takhta kerajaan. Sikap pembesar seperti Tun Mutahir yang sombong dan sentiasa berlagak memang tidak menghiraukan kerabat diraja, menjadi salah punca perpecahan di istana. Pada suatu ketika, Sultan Mahmud ingin mengahwini anaknya Tun Fatimah yang cantik itu pun tidak dihiraukannya sedang ketika itu Sultan Mahmud kematian permaisuri. Fitnah yang menimpa Tun Mutahir dan keluarganya mengakibatkan terhapusnya suatu keluarga yang terkuat dan berpengaruh di Melaka. * PEMECATAN PEMBESAR YANG CEKAP Akibat pembunuhan Bendahara Tun Mutahir, Penghulu Bendahari Tun Tahir dan Temenggung Tun Hasan, Melaka kehilangan pembesar-pembesar yang cekap dan berpengalaman malah turut terjejas ialah jawatan Laksamana. Jawatan tersebut yang dipegang oleh Laksamana Khawaja Hasan telah dilucutkan kerana menyampaikan fitnah tanpa usul periksa. Ini menyebabkan tiada angkatan laut yang mempertahankan Melaka. * SEMANGAT JIHAD YANG LEMAH Walaupun agama Islam berpusat dan tersebar di Melaka, namun pegangan agama itu dikalangan pembesar dan penduduknya amat tipis. Mereka kerap mempersendakan kehadiran ulama-ulama asing. Semangat berjihad mempertahankan bumi bertuah itu dan demi agama Islam tidak tertanam kukuh disanubari mereka. * TIDAK SETIA KEPADA RAJA Kerajaan Melaka bukanlah satu unit politik yang teguh tetapi terdiri daripada gabungan unit-unit politik (negeri-ngeri naungan). Diantara Melaka dan negeri-negeri ini selalu berlaku pertelingkahan atas isu-isu pengangkatan calon ke takhta Melaka atau disebabkan taat setia yang longgar sseperti kes Siak dan Pahang). Pertalian rapat diantara golongan bangsawan dengan golongan pedagang kurang baik. Ini menyebabkan kurangnya kesetiaan kaum dagang apabila Melaka ditimpa musibah. * BERPLING TADAH Kezaliman, keangkuhan dan kerendahan moral golongan bangsawan menyebabkan berlakunya pengkhianatan dikalangan masyarakat Jawa, Gujerat dan Cina yang kebanyakannya secara sulit telah menyebelahi Portugis. Mereka membantu memberi bantuan dan laluan kepada pihak Portugis untuk memboloskan diri menyerang Melaka dari luar dan dalam

5.2) FAKTOR LUARAN * KELEMAHAN PERTAHANAN DAN SENJATA Apabila Portugis hendak diserang, Melaka sebenarnya tidak bersedia mempertahankan Melaka. Senjata meriam Portugis terlalu kuat bagi tentera hulubalang Melaka. Portugis mempunyai kapal-kapal perang yang lengkap dan terbaik pada zaman itu. Saiznya lebih besar dan mempunyai kuasa meriam yang lebih baik jika dibandingkan dengan saiz kapal negara-negara di Asia. Dilihat daripada sudut geografinya, Melaka terbahagi dua oleh Sungai Melaka. Bandarnya tidak memiliki kota samada kota kayu atau batu. Yang mempunyai kota hanyalah Bukit Melaka yang dikelilingi kota kayu atau pagar ruyung. Apabila Portugis berjaya menawan jambatan (merupakan tempat pertahanan utama orang Melaka) separuh perang sudah berpihak kepada Portugis. Selain itu, tidak ada sama sekali angkatan laut Melaka yang menentang Alfonso D’Albuquerque diperairan kerana Laksamana Khawajan Hasan sudah tidak menyandang jabatan Laksamana bagi angkatan Melayu yang menentang Portugis . Selepas itu baru Hang Nadim diangkat menggantikan Khawajan Hasan. * TENTERA PORTUGIS TERLATIH Jumlah Soldadu Portugis sejumlah 1,100 orang yang terdiri daripada 800 orang Portugis dan 300 orang Malabari) merupakan askar-askar yang terlatih, berdisiplin dan sudah matang dalam cara berperang dengan orang-orang Islam. Semangat mereka sentiasa berkobar-kobar menentang orang-orang Islam kerana diapi-apikan oleh ketua-ketua mereka bahawa perang menentang Islam di Melaka meneruskan semangat Crusade (perang salib) * DIKHIANATI Kelemahan Melaka sentiasa diberitahu oleh pihak-pihak yang khianat dan ingin membantu Portugis. Semasa serangan ke atas jambatan, WangKeng Cina turut melanggar jambatan itu. Mereka ini adalah orang yang tidak puas hati kerana pernah dianiayai atau tidak mendapat ganjaran daripada pembesar Melaka. * MENUNTUT BELA Hasrat D’Albaquerque ingin menuntut bela dan melepaskan orang tawanan bangsa Portugis. Orang-orang tawanan ini adalah pengikut De Sequiera yang mula-mula mengunjungi Melaka dalam tahun 1509. Walaupun pelbagai syarat diberikan untuk membebaskan tawanan tersebut, namun tujuan asal D’Albaquerque ialah ingin menakluki Melaka jauh sekali untuk berdamai.

6.0 PENUTUP Sejarah mengajar bagaimana bersatu dan kekal harmoni dalam kelompok yang berbeza budaya, kepercayaan, dan keturunan. Walhal ketiga aspek ini mengajar erti pengorbanan pejuang-pejuang silam. Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya berbangga dan berterima kasih kepada pejuang-pejuang dalam memperjuangkan Tanah Melayu. Segala yang pahit dijadikan tauladan untuk membina negara bangsa yang penuh dengan warisan dan budaya.

Similar Documents

Free Essay

The Curse

...Pengenalan/latar belakang pembinaan negara dan bangsa. Konsep kerajaan dan negeri dalam masyarakat Melayu tradisional. …Sistem politik masyarakat Melayu tradisional adalah berbeza daripada sistem politik negara moden. …Dalam masyarakat Melayu tradisional muncul kerajaan yang membawa kepada kewujudan raja. …Kedudukan raja adalah begitu tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan. …Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan jaminan keselamatan kepada rakyat yang mendiami kawasan kekuasaannya. …Rakyat yang mendiami wilayah yang diperintah raja pula akan menerima dan mengakui kekuasaan raja. …Kesetiaan rakyat terhadap rajanya menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah oleh raja tersebut. …Kerajaan yang kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan lain yang lemah untuk mengembangkan empayarnya. …Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak negeri taklukan dan naungan. …Dalam masyarakat Melayu tradisional,negeri bererti kawasan seperti Larut,negeri Bernam,dan negeri Krian. …Dalam perjanjian antara sesebuah kerajaan Melayu dengan kuasa asing,keseluruhan kerajaan merujuk kepada negeri dengan segala jajahan takluknya. Konsep Kerajaan dan negeri pada zaman penjajahan …Penjajahan kuasa barat telah mengubah konsep kerajaan dan negeri dalam masyarakat Melayu Tradisional. …Setelah British campurtangan di Semenanjung Tanah Melayu,British mulai merujuk setiap kerajaan Melayu sebagai negeri. …British menetapkan sempadan setiap kerajaan. …Konsep kerajaan beransur luput dan...

Words: 1776 - Pages: 8

Free Essay

My Note

...ZAMAN SEBELUM PENJAJAHAN KERAJAAN MELAYU MELAKA (KMM) LATAR BELAKANG * Empayar terpenting dari segi penyebaran Islam dan perdagangan di rantau nusantara pada abad ke-15. * Pengasasnya ialah Parameswara, putera raja Palembang yang menggunakan gelaran Megat Iskandar Shah setelah memeluk Islam. SISTEM PEMERINTAHAN * Mengamalkan sistem pemerintahan yang kemas & sistematik. * Undang-undang Laut untuk keamanan di laut. * Undang-undang Darat untuk keamanan di darat. * Pemerintahan diketuai oleh Sultan. * Sultan dibantu oleh Pembesar Berempat. STRUKTUR PEMERINTAHAN SISTEM BERAJA * Pemerintahan yang diketuai oleh seorang raja yang berkuasa mutlak dan di bantu oleh pembesar. * Cara perlantikan i.Sistem penggiliran. ii.Sistem warisan. LAPAN ORANG SULTAN * Raja Paramewara (1400 – 1414M) * Sultan Iskandar Zulkarnain Shah (1414 – 1424M) * Sultan Muhamad MShah (1424 – 1444M) * Sultan Ibrahim (1444M) * Sultan Muzaffar Shah (1444 – 1459M) * Sultan Mansur Shah (1459 – 1477M) * Sultan Alauddin Riayat Shah (1477 – 1488M) * Sultan Mahmud Shah (1488 - 1511M) PARAMESWARA * Menurut Sejarah Melayu,Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya. * Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. * Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan...

Words: 1182 - Pages: 5

Free Essay

Undang-Undang Melaka Dan Undang-Undang Laut Melaka

...PENDAHULUAN UNDANG-UNDANG MELAKA Pengaruh Islam dalam perundangan • Undang-undang Melaka sebagai contoh jelas kerana ia bukan sahaja dilaksanakan di negeri Melaka bahkan di seluruh negeri-negeri di Sumatera. Ia diindoktrinasikan oleh kerajaan Islam Acheh yang mengambilalih kuasa politik, perundangan dan pendidikan selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 Masihi. Hukum Kanun ini mengandungi 2 bahagian: • Pertama, undang-undang negeri yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka, mengandungi undang-undang jenayah, muamalah, keluarga, keterangan dan acara, syarat-syarat menjadi raja serta tanggungjawab mereka dan pembesar-pembesar negeri terhadap pemerintahan. • Kedua ialah Undang-undang Laut Melaka yang mengandungi perkara-perkara yang berhubung dengan peraturan pelayaran dan perniagaan, kesalahan jenayah perdagangan serta bidang kuasa nakhoda kapal. Oleh kerana Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang induk yang meliputi undang-undang lain di dalam negeri di samping pengaruhnya terhadap negeri-negeri Melayu di bawah empayarnya, amatlah jelas ianya dijadikan contoh tentang wujudnya pengaruh Islam dalam perundangan. • Undang-undang Syariah telah diamalkan oleh kerajaan Islam. Undang-undang ini berkaitan dengan jenayah dan hal-hal awam seperti perkahwinan, jual-beli dan pembahagian harta pusaka. Terdapat peruntukan yang menyatakan bahawa sesuatu perkahwinan hendaklah dilangsungkan oleh orang-orang tertentu yang dilantik oleh...

Words: 1054 - Pages: 5

Free Essay

Kegemilangan Melayu Melaka

...rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Tahukah kita bagaimana kedatangan Islam itu sendiri ke Negara kita dan bagaimanakah ia tersebar ke pelosok dunia. Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam harus mengetahui akan sejarah kedatangan Islam ke Negara ini. Kedatangan Islam ke tanah melayu pada asalnya bermula melalui kedatangan agama Islam ke Melaka. Di dalam sejarah membuktikan bahawa kerajaan yang terawal menerima kedatangan Islam ialah Kerajaan Melaka iaitu melalui rajanya sendiri, Parameswara. Selepas kedatangan Islam, banyak perubahan yang telah dikecapi oleh Kerajaan Melaka dan menjadi mentor kepada kerajaan-kerjaan di sekelilingnya. Matlamat kertas kerja CTU 553 ini adalah untuk mengingatkan semula akan sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada ketika itu dan membina jati diri kita sebagai bangsa yang beragama Islam kerana pada era globalisasi ini banyak unsure-unsur polemik yang menular ke dalam masyarakat kita terutamanya golongan-golongan muda iaitu bakal pemimpin di mada hadapan. Oleh yang demikian, ikuti kupasan yang telah disediakan untuk menerangkan lebih lanjut akan pengaruh Islam terhadap kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka melalui pelbagai aspek. Islam dan perkembangan kebudayaan Melaka Cita-cita besar Melaka hendak memperluas wilayahnya telah pun tersekat. Namun pengaruh kebudayaan berkembang melampaui daerah sekitar Selat Melaka dan membawa ke seluruh Gugusan Pulau Melayu-Indonesia. Faktor utama dalam penyebaran kebudayaan...

Words: 1684 - Pages: 7

Free Essay

Saya Suka Berangan-Angan : D

...PERKARA-PERKARA YANG TELAH TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA PERKARA 152 : BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERSEKUTUAN Di Malaysia , kita sering mendengar slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ . Hilang bahasa , hancurlah bangsa. Ini juga bermakna, jiwa dan identiti sesebuah bangsa boleh hilang jika bahasanya tidak dipertahankan . Dalam proses pembangunan sesebuah negara terutama sekali Malaysia , bahasa amat memainkan peranan yang sangat besar. Ini jelas membuktikan apabila bahasa melayu pada Zaman kesultanan Melayu Melaka di abad ke-15 pernah menjadi lingua franca dan bahasa perdagangan sekaligus menjadikan bahasa melayu memiliki nilai yang tinggi.Apa yang lebih menarik , bahasa yang digunakan dalam Persidangan atau Durbar pertama Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu dalam tahun 1895 ialah Bahasa Melayu dan bukannya bahasa asing yang lain .Di peringkat negeri terutama di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu , bahasa melayu banyak digunakan sebagai bahasa pentadbiran . Itulah warisan bahasa melayu sebagai bahasa kerajaan melayu yang tidak dapat dihapuskan. Kesemua ini sekadar untuk mengingatkan generasi hari ini bahawa pemilihan bahasa melayu sebagai bahasa persekutuan bukanlah baru tetapi merupakan sambungan dari sejarah bahasa melayu ini sendiri . Perlembagaan Malaysia Perkara 152 Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan . 1) Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia 2) Bahasa Melayu hendaklah digunakan dalam urusan rasmi dan bukannya bahasa lain 3) Bahasa Kebangsaan...

Words: 338 - Pages: 2

Free Essay

Sejarah

...• Apa itu Sejarah? • Kenapa ia penting? Panduan SEJARAH AWAL Mengenali diri / identiti Semangat patriotisme SEJARAH IMI2015 1 Islam & Zaman Kegemilangan Melaka [1400M-1511M] Kerajaan Awal (Hindu) [100SM-1400M] Kemerdekaan [1957-kini] Zaman Penjajahan [1511M-1957M] IMI2015 IMI2015 4 Zaman Pra-Sejarah dan Ciri-cirinya Zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal) 40,000 tahun lalu • Lokasi: Gua Badak & Kota Tampan (Perak); Gua Niah (Sarawak) ; Tingkayu (Sabah). • Ciri-ciri: • Petempatan: Gua-gua batu kapur berdekatan sungai atau tasik; nomad. • Cara hidup: sara diri (memburu & mengumpul hasil hutan) • Peralatan: diperbuat daripada batu Zaman Mesolitik (Zaman Batu Tengah, Zaman Hoabinh) 11,000 tahun lalu Zaman Paleolitik Zaman Mesolitik ZAMAN PRA SEJARAH Manusia terawal 40 000 tahun lalu. Bukti: i penemuan tengkorak budak lelaki di Gua Niah yang berusia lebih kurang 40 000 tahun lalu. ii penemuan petempatan purba baru di sekitar Kota Tampan, Lenggong (75,000 thn lalu) Perak man (11,000 thn lalu) Perak woman (8,000 thn lalu). 3 ZAMAN PRA-SEJARAH Zaman Air Batu 2 PENDUDUK AWAL ‘Timeline’ Sejarah Malaysia Pra-sejarah [-100SM] IMI2015 • Lokasi: Gua Cha (Kelantan); Gua Kecil (Pahang); Gua Kepah (Kedah); Gua Gomantong & Gua Madai (Sabah); Gua Niah (Sarawak); Jenderam Hilir (Selangor). • Ciri-ciri: • Petempatan: Gua-gua batu kapur berdekatan sungai atau tasik; nomad. • Cara hidup:...

Words: 964 - Pages: 4

Free Essay

Hubungan Antara China Dengan Melayu Di Malaysia Dari Aspek Ekonomi Dan Politik

...hubungan diplomatik dengan negara luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu daripadanya ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui Alam Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, He-Ling (Jawa) dan lain-lain. Dinasti Song (960-1279) juga telah meneruskan hubungan baik dengan negeri­negeri luar tetapi menumpukan lebih banyak kepada bidang perniagaan terutama dengan negeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat. Hubungan paling gemilang dan bermakna antara Alam Melayu dengan China ialah yang dijalinkan antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming dalam abad ke-15. Persahabatan antara Melaka dan China wujud sebelum itu lagi apabila seorang utusan Raja China sampai di Melaka pada tahun 1403 dan Parameswara membalas dengan satu perutusan ke China pada tahun 1405. Laksamana Cheng Ho telah membawa hadiah bingkisan daripada Raja China, yang dibalas pula oleh Parameswara pada tahun 1407. Seterusnya beberapa orang Raja Melaka telah melawat China iaitu Parameswara (1411), Megat Iskandar Syah (1414), Sultan Muhammad Syah (1424) dan Sultan Abu Syahid (1445). Sebelum kedatangan, British bilangan masyarakat Cina terlalu kecil dan terlibat dalam bidang perniagaan. Penghijrahan secara beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu berlaku selepas Inggeris mengambilalih Pulau Pinang pada tahun 1826, Singapura pada tahun 1819 dan penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826. Kebanyakan mereka berasal dari wilayah Kwangtung...

Words: 1177 - Pages: 5

Free Essay

Eshserh

...1.1             Imperialisme di Asia Tenggara 1.   Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentintgan tertentu.   1.1.1   Imperialis Barat 1.   Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-kuasa barat menguasai wilayah-wilayah Amerika Latin, Afrika dan Asia. 2.   Di Asia Tenggara antara negara-negara Barat yang terlibat dalam imperialismeialah Portugal (Melaka), Sepanyol (Filipina), Belanda (Indonesia), Britain (), dan Amerika Syarikat.   1.1.2   Faktor-faktor Imperialisme Barat Di Asia Tenggara 1.   Bekalan bahan mentah diperlukan secara konsisten untuk membolehkan mereka mengeluarkan pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran. 2.   Perkembangan sistem pengangkutan dan pehubungan seperti penggunaan kapal berkuasa wap membolehkan perjalanan dengan cepat dan muatan yang lebih besar. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekan jarak antara Barat dan Timur. Penciptaan Telegraf membolehkan kuasa-kuasa imperialis memberikan arahan kepada pegawai-pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan. 3.   Persaingan antara kuasa-kuasa Barat bagi membuktikan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut apabila semakin bayak negara jajahan yang ditakluk. 4.   Menggunakan slogan beban orang putihuntuk menyatakan bahawa mereka lebih maju dan bertamadun. 5.   Perkembangan Revolusi Perindustrian, dan pencapaian dalam bidang sains dan teknologi mendahului negara-negara lain. Perkembangan...

Words: 813 - Pages: 4

Free Essay

Sejarah Kedatangan Kaum Cina Dan India Di Tanah Melayu Dan Sumbangan Mereka Dalam Proses Kemerdekaan Tanah Melayu

...dan India di Tanah Melayu dan sumbangan mereka dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu Isi Kandungan No. | Kandungan | Muka Surat | 1. | Pendahuluan | 3 - 4 | 2. | Sejarah kedatangan kaum Cina di Tanah Melayu | 5 – 7 | 3. | Sejarah kedatangan kaum India di Tanah Melayu | 8 – 11 | 4. | Sumbangan kaum Cina dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu | 12 – 15 | 5. | Sumbangan kaum India dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu | 16 – 19 | 6. | Penutup | 20 – 21 | 7. | Rujukan | 22 | Pendahuluan Masyarakat majmuk yang ada di Malaysia pada hari ini bukanlah suatu bentuk masyarakat yang sememangnya telah wujud secara asalnya di sini. Sebaliknya, masyarakat yang ada pada hari ini adalah masyarakat yang telah dicampuri pelbagai asal-usul, budaya dan sejarahnya yang berbeza-beza. Seperti yang sedia kita maklumi,penduduk asal Tanah Melayu adalah orang Melayu dan beberapa kaum minoriti yang lebih mudah kita kenali sebagai kaum orang asli dibeberapa bahagian pendalaman di Tanah Melayu.Di Sabah dan Sarawak pula,penduduk asalnya ialah terdiri daripada kaum Kadazan,Dusun,Murut,Iban,Bajau,Melanau dan pelbagai suku minoriti yang lain. Kaum-kaum lain yang ada di Malaysia pada hari pula seperti kaum Cina,India,Serani,Siam,Bugis,Jawa dan sebagainya ialah golongan imigran yang datang dan menetap di Tanah Melayu sama ada secara tetap ataupun hanya sekadar singgah untuk memenuhi keperluan mereka.Secara mudahnya,mereka bukanlah penduduk asal di Tanah Melayu. Kenapa mereka...

Words: 5392 - Pages: 22

Free Essay

Faktor Perkembangan Pesat Islam

...semakin tersebar di Barat dan suara politik kaum Muslimin semakin kuat, jambatan untuk terciptanya saling pemahaman dan pengertian akan semakin kondusif dan menguat. Islam dan Barat mudah-mudahan akan masuk ke dalam sebuah equilibrium sejarah baru yang lebih adil, lebih fair dan lebih demokratis . http://moeflich.wordpress.com/2008/03/18/islam-di-amerika-keajaiban-bernama-911/ Perdagangan Penyebaran Islam telah disumbangkan oleh golongan pedagang yang sekali gus bertindak sebagai mubaligh. Ada dalam kalangan mereka adalah golongan ulama dan golongan sufi. Walaupun pada peringkat awal tumpuan perdagangan ialah dengan negara China, akan tetapi pedagang-pedagang terpaksa singgah berbulan-bulan lamanya di pelabuhan-pelabuhan Kepulauan Melayu untuk menunggu angin yang sesuai untuk meneruskan pelayaran ke China atau untuk pulang ke Tanah Arab. Dalam jangka masa yang panjang ini, pedagang-pedagang ini mempunyai masa yang banyak untuk bergaul dengan penduduk tempatan dan sambil itu menyebarkan agama yang dianuti oleh mereka itu. Biasanya pendakwahan mereka ini dijalankan dalam kalangan sama-sama pedagang. Daripada kalangan pedagang-pedagang ini terdapat juga pedagang yang bukan Islam itu tertarik kepada agama Islam. Perkahwinan Perkahwinan adalah...

Words: 1382 - Pages: 6

Free Essay

Ctu555

...|MAKLUMAT KURSUS | |SEJARAH MALAYSIA (CTU 555) | |i. |Nama Mata Pelajaran |Sejarah Malaysia | |ii. |Kod Mata Pelajaran |CTU 555 | |iii. |Taraf |Kursus Universiti/ Ijazah Sarjana Muda | |iv. |Jam Kredit |2 Jam | |v. |Kaedah Penyampaian/Pengendalian |Kuliah dan Diskusi ...

Words: 1611 - Pages: 7

Free Essay

Soalan

...sistem CABUTAN NOMBOR SOALAN oleh Ketua Kumpulan sewaktu kelas. HARAP MAKLUM…. Puan Muniroh Salleh Pensyarah Pengajian Malaysia FAS L1 / L2 / L3 / L4 FBF L2 / L3 UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN MPW2133 PENGAJIAN MALAYSIA SOALAN TUGASAN KUMPULAN TRIMESTER JANUARI 2011 1. Empayar Kesultanan Melayu Melaka dikatakan berada pada tahap kegemilangannya pada abad ke-15. Sejauhmanakah faktor-faktor dalaman dan luaran mempengaruhi Kerajaan Melayu Melaka ini? 2. Negara kita telah dijajah selama lebih kurang 446 tahun (1511-1957) oleh kuasa-kuasa asing, baik dari Barat mahupun dari Timur. Akan tetapi, penjajahan oleh pihak British dilihat amat menarik untuk dijadikan panduan dalam menguruskan pentadbiran negara. Berdasarkan kepada penyataan di atas, huraikan faktor-faktor yang membawa kepada campur tangan British di Tanah Melayu. Bincangkan secara kritis kesan penjajahan baik secara positif mahupun negatif. 3. Nasionalisme secara khusus bermaksud kesedaran yang membangkitkan semangat bertujuan untuk mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan dari cengkaman kuasa asing. Dalam konteks Tanah Melayu, semangat nasionalisme memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai kemerdekaannya. Bincangkan pernyataan di atas. 4. Pembentukan Malaysia tidak berlaku dalam sekelip mata sahaja. Banyak cabaran telah ditempuhi untuk merealisasikan impian ini....

Words: 1064 - Pages: 5

Free Essay

Werew

...berbahasa Sanskrit. | | B. | Orang Indo Arya mengamalkan Sistem Jati dan Trivarna | | C. | Terbahagi kepada India Utara dan India Selatan | | D. | Terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Indo Arya dan Dravida. | "Mengutamakan pemikiran sosio politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya".  Penyataan di atasa merujuk kepada salah satu falsafah dalam Tamadun China, iaitu | A. | Legalisme | | B. | Toisme | | C. | Konfusianisme | | D. | Moisme | Bangsa Cina digabungkan oleh lima kaum besar yang dikenali dengan nama _________. | A. | Zhonghua Minzu | | B. | Zhonghua Huaxia | | C. | Zhonghua Zhong. | | D. | Zhonghua Zang | Tamadun Melayu dibina hasil interaksi antara tamadun besar di dunia. Berikut adalah BUKAN tamadun besar yang menyumbang kepada pembinaan tamadun Melayu-Islam. | A. | Tamadun Barat | | B. | Tamadun China | | C. | Tamadun India | | D. | Tamadun Pribumi | Siapakah pengasas doktrin...

Words: 874 - Pages: 4

Free Essay

Mohathir Mohamad

...PEMIKIRAN MELAYU MENGENAI JATI DIRI TERLALU BERSIFAT BERTINDAK BALAS DAN KURANG BERSIFAT KONSTRUKTIF. BINCANGKAN. PENGENALAN Pemikiran Melayu dirujuk sebagai pemikiran sosial iaitu pemikiran orang Melayu ke arah bermasyarakat iaitu mewakili orang lain. Pemikiran Melayu menggambarkan pemikiran masyarakat yang berkelompok, bersifat kolektif bukannya individu, bersabit dengan isu-isu tertentu yang pada akhirnya mempengaruhi tindakan, pendengaran, kehidupan, dan pendirian mereka. Selain itu, pemikiran adalah aktiviti yang dilakukan oleh manusia hampir setiap masa. Pemikiran secara mudah boleh difahami sebagai apa saja yang berlaku dalam minda kita. Kritis membawa banyak pengertian yang sederhana seperti sangat mendalam, terperinci, mengamati dan sebagainya.Ia juga dimaksudkan sebagai pemahaman secara mendalam dan kritikal bagi mempertingkatkan pemahaman.Pemikiran ini membantu individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati dan mencari bukti yang sah sebelum membuat keputusan. Pemahaman terhadap pengertian pemikiran harus dilihat daripada pelbagai sudut..Hal ini kerana, pengertian pemikiran itu sesungguhnya amat luas dan dalam. Setiapa sarjana sains berpendapat bahawa pemikiran akan memberi pengertian suatu buah fikiran berasaskan pengalaman dan kajian yang dijalankan. Definisi yang dinyatakan di bawah dapat memahamkan kita apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran? Dewey (1933) berpendapat bahawa pemikiran adalah berfikir secara serius (mendalam)...

Words: 5023 - Pages: 21

Free Essay

Unikl Ecitie Individua Assignment Siti Arafah

...ISI KANDUNGAN TAJUK | MUKA SURAT | Pengenalan Perlembagaan Malaysia | | Sejarah Perlembagaan Malaysia | | Definisi Perlembagaan Konsep Perlembagaan Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia | | Hak Asasi Perlembagaan Malaysia( belom siap) | | Fungsi dan tujuan Perlembagaan | | 1.0 PENGENALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA Malaysia merupakan Negara berdaulat dan mempunyai sistem pentadbiran dan sistem perundangan yang unik dan tersendiri. Setiap Negara mempunyai sistem perlembagaan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan bagi membantu pemerintah dan pemimpin Negara dalam mempermudahkan proses mentadbir Negara dalam pelbagai aspek seperti aspek ekonomi, politik dan sosial. Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang yang tertinggi untuk menentukan bagaimana pemerintahan sebuah negara itu mesti dijalankan. Perlembagaan sesebuah negara menerangkan dan memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh pelbagai anggota negara itu, seperti hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan yang diperintah. Seperti negara lain yang berdaulat di dunia, Malaysia juga mempunyai suatu Perlembagaan Persekutuan yang berfungsi sebagai undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan Persekutuan menentukan pelbagai perkara mengenai kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, perundangan, peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman, perkhidmatan awam dan lain-lain. Dengan lain perkataan, bolehlah kita anggap...

Words: 2025 - Pages: 9