Free Essay

Kegemilangan Melayu Melaka

In:

Submitted By wakdoyok
Words 1684
Pages 7
Pendahuluan Islam merupakan agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Tahukah kita bagaimana kedatangan Islam itu sendiri ke Negara kita dan bagaimanakah ia tersebar ke pelosok dunia. Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam harus mengetahui akan sejarah kedatangan Islam ke Negara ini. Kedatangan Islam ke tanah melayu pada asalnya bermula melalui kedatangan agama Islam ke Melaka. Di dalam sejarah membuktikan bahawa kerajaan yang terawal menerima kedatangan Islam ialah Kerajaan Melaka iaitu melalui rajanya sendiri, Parameswara. Selepas kedatangan Islam, banyak perubahan yang telah dikecapi oleh Kerajaan Melaka dan menjadi mentor kepada kerajaan-kerjaan di sekelilingnya. Matlamat kertas kerja CTU 553 ini adalah untuk mengingatkan semula akan sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada ketika itu dan membina jati diri kita sebagai bangsa yang beragama Islam kerana pada era globalisasi ini banyak unsure-unsur polemik yang menular ke dalam masyarakat kita terutamanya golongan-golongan muda iaitu bakal pemimpin di mada hadapan. Oleh yang demikian, ikuti kupasan yang telah disediakan untuk menerangkan lebih lanjut akan pengaruh Islam terhadap kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka melalui pelbagai aspek.

Islam dan perkembangan kebudayaan Melaka Cita-cita besar Melaka hendak memperluas wilayahnya telah pun tersekat. Namun pengaruh kebudayaan berkembang melampaui daerah sekitar Selat Melaka dan membawa ke seluruh Gugusan Pulau Melayu-Indonesia. Faktor utama dalam penyebaran kebudayaan ini ialah agama Islam. Setelah Raja Melaka memeluk agama Islam pada awal kurun ke-15, kerajaannya sudah mula bertukar corak. Sejarah melayu menyifatkan penerimaan Islam oleh Melaka itu sebagai batas pemisah dalam sejarah Melaka, satu peristiwa yang penuh berilham yang membuktikan betapa tingginya martabat kerajaan negeri Melaka. Selain itu, terdapat banyak faedah yang kurang konkrit yang diperoleh hasil memeluk agama Islam. Seorang putera raja Islam, tanpa mengambil kira di mana negeri perintahannya, adalah seorang umat Islam yang agung. Agama islam juga memberikan ideologi baru yang memperkuatkan lagi kedudukan Raja dengan memberinya gelaran dzil Allah fi’l-‘alam (Bayang Allah di Muka Bumi) serta menjadikannya khalifah Islam hingga ke peringkat desa. Segala faedah ini disebarkan luas oleh ulama-ulama Islam diterima sepenuhnya oleh Raja Melaka dan mungkin inilah penyebabnya mengapa Raja Melaka yang mengambil keputusan untuk memeluk agama baru itu. Sementara Melaka terus meluaskan wilayahnya, negeri-negeri takluknya di pesisir Selat juga digesa atau dipaksa memeluk agama Islam. Namanya yang semakin harum serta kejayaannya di bidang perdagangan menjadi contoh dan mempercepat lagi proses pengembangan Islam di seluruh Nusantara. Pedagang-pedagang setempat yang membawa barangan mereka untuk dijual di Melaka melihat sendiri Islam dalam amalannya dan martabat gelaran baru yang diambil oleh raja (iaitu Sultan) dan pembesar-pembesarnya. Perubahan-perubahan ini tentu pula dimaklumkan kepada raja negeri mereka masing-masing yang ingin pula mencontohi kesultanan Melaka yang kaya-raya itu dan bersedia pula memeluk Islam. Tidak syak lagi ada juga raja-raja yang tertarik dengan ajaran baru itu, tetapi bagi mereka yang tidak begitu mengambil berat tentang keagamaan, faedah-faedah praktikal mungkin memainkan suatu peranan yang penting. Barangkali hujah yang menentukan ialah jaminan bahawa pedagang-pedagang Islam dari India dan Melaka akan datang berniaga di negeri mereka disebabkan adanya perlindungan dari saudagar Islam yang seagama dan juga wujudnya masjid tempat mereka boleh melakukan ibadat tanpa sebarang gangguan.

Aspek Ekonomi Mengikut sejarah, ketokohan Parameswara sebagai seorang pemimpin dan anak Raja Palembang serta menantu Majapahit telah membantu memajukan Melaka. Pada mulanya, Parameswara dan orang-orangnya telah mengadakan sekatan ke atas kapal-kapal pedagang asing yang melalui Selat Melaka supaya singgah di Melaka dan mendapatkan surat-surat kebenaran serta membayar cukai. Dengan itu Melaka mula berkembang menjadi sebuah pelabuhan dan pusat perdagangan penting antara Timur dan Barat. Ianya juga menjadi pusat perdagangan rempah yang unggul bagi kawasan kepulauan Melayu dan Indonesia, yang dikenali sebagai 'Pulau Rempah Lagenda'. Di kemuncak kegemilangannya, para pedagang dari India, Arab, China dan Siam bertemu di pusat perniagaan ini, membawa teh, kain sutera, kapas, perak, tembikar, gading, permaidani Parsi, barangan loyang, wangian, mutiara, damar dan ganja. Malahan, Maharaja Cina juga menghantar perwakilan ke Melaka sebagai tanda penghormatan, dan begitu juga sebaliknya.
Kepesatan kemajuan Melaka sebagai pusat perdagangan ini bukan sahaja kerana kebijaksanaan Parameswara tetapi juga kerana kedudukan Melaka yang strategik. Kuala Sungai Melaka pada masa itu dalam dan terlindung dari ombak dan angin kencang yang merbahaya. Kapal-kapal perdagangan dari China ke India dan Arab ke Parsi serta sebaliknya singgah berlabuh di Melaka.
Kedatangan Islam hanya memberi suatu kelanjutan terhadap kegiatan ekonomi yang sedia wujud atau sekurang-kurangnya memberi wajah baru atau konsep serta matlamat baru dalam aspek perdagangan dan ekonomi masyarakat Nusantara. Ekonomi Islam di Nusantara bukanlah berkonsepkan kebendaan semata-mata, tetapi keredhaan Allah. Oleh itu segala kegiatan ekonomi sentiasa dipengaruhi oleh hukum yang ditetapkan oleh syarak, sama ada halal atau haram.

Aspek Pembinaan nilai politik dan perundangan Islam telah mempengaruhi perundangan Malaysia. Pengaruh ini begitu jelas pada masa pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka. Sistem perundangan Islam yang dilaksanakan oleh Kesultanan Melaka bukan sahaja berkisar dalam bidang kekeluargaan (munakahat) atau jual beli (muamalat), namun ia menjangkaui bidang-bidang yang berkaitan dengan hukum jenayah dan sivil. Hal ini dibuktikan dengan adanya naskah Melayu dalam perundangan seperti Hukum Kanun Melaka. Menurut Dr Ph S Ronkel, teks ini mengandungi 27 fasal undang-undang, sementara Undang-undang Melaka yang tercatat pada naskah yang terdapat dalam koleksi di muzium British mengandungi 44 fasal (Mahmood Saedon). Menerusi teks ini dapat dibuat kesimpulan bahawa undang-undang Kanun Melaka berdasarkan undang-undang Islam dari aliran mazhab Syafie. Fahaman mazhab Syafie jelas ketara pada kanun ini seperti pada peruntukan hukum qisas dalam fasal 5(1) dan (3), 8(2), dan (3), 18(4) dan 39. Peruntukan ini membicarakan tentang pembunuhan yang sengaja dilakukan oleh orang Islam ke atas orang kafir, orang merdeka ke atas hamba dan bapa terhadap anaknya. Undang-undang Kanun Melaka tidak mengenakan qisas bagi kesalahan tersebut. Undang-undang Kanun Melaka juga mengandungi penjelasan hudud yang meliputi kesalahan zina, qazaf, mencuri, merompak, murtad, dan minum arak. Perkara tersebut diperuntukan dalam fasal 40(2), 43(5), 36(1), 12(3), 7(2), 11(1), 42 dan 43. Undang- undang ini juga memasukkan kesalahan melakukan hubungan sejenis sesama lelaki (liwat) dan hubungan jenis dengan binatang seperti yang diperuntukan dalam fasal 43(5). Dalam fasal 36(1) undang-undang Kanun Melaka turut memperuntukan hukuman bagi mereka yang murtad. Mereka yang melakukan kesalahan murtad boleh dibunuh atau dihukum mati dan diminta bertaubat. Bagi kesalahan meminum arak, undang-undang Kanun Melaka menetapkan 40 kali sebatan bagi pesalah yang merdeka dan hamba 20 kali sebatan. Oleh yang demikian, ternyatalah bahawa Kerajaan Melayu Melaka amat mementingkan segala syariat dan hukum-hakam Islam dalam pembentukan nilai politik dan perundangan kepada segala hamba rakyat. Ini kerana dengan berlandaskan syariat Islam, masyarakat akan sentiasa patuh kepada ajaran Islam dan meninggalkan segala laranganNya. Kehidupan dan sistem politik akan berjalan dengan lancar dan lebih telus.

Aspek Pendidikan
Sultan Melaka yang pertama, Megat Iskandar Shah pada tahun 1414M sehinggalah sultan-sultan yang terakhir sebelum tahun 1515M begitu mengambil berat mengenai perkembangan pelajaran dan pendidikan Islam. Bukan sahaja rumah-rumah, masjid dan surau berperanan sebagai pusat pengajian Islam bahkan istana sultan. Fungsi istana selain dari tempat belajar dan bermuzakarah ianya berperanan sebagai perpustakaan, tempat penterjemahan dan penyalinan buku-buku. Rakyat digalakkan belajar di mana-mana sahaja pusat pengajian ketika itu dengan memberi penekanan intensif terhadap pengajian al-Quran dan asas agama. Hasil dari kegiatan pengajian Islam yang dipelopori dan diawasi oleh sultan-sultan bukan sahaja dapat menghapuskan buta huruf bahkan dapat melahirkan tokoh-tokoh agama dari kalangan tempatan. Dikatakan Raja Alauddin Riayat Shah (1477 - 1488 Masihi) sendiri adalah seorang ulama.
Pengajian Islam di Melaka sudah sampai ke tahap yang tinggi dan ianya bukan menjadi peringkat pengajian yang semata-mata diletak ke bahu rakyat bahkan golongan raja-raja dan pembesar sama-sama terlibat. Berpunca dari kemajuan ilmu pengetahuan itulah menjadikan Melaka begitu kuat berpegang dengan ajaran Islam di samping menjadi pusat penyebaran Islam yang terpenting di Asia Tenggara ketika itu.
Pengaruh Islam dalam pemerintahan masyarakat melayu Melaka sebelum penjajahan asing (1400-l51l), merupakan salah satu khazanah penting dalam sejarah Asia Tenggara. Banyak perkara penting telah disumbang kepada pembangunan peradaban bangsa-bangsa Melayu di kawasan Dunia Melayu.Berdasarkan tradisi sosial sebagaimana yang tercatat dalam buku sejarah melayu, ternyata agama Islam menjadi agama rasmi Melaka. Kegiatan politik, sosial, ekonomi, ideologi, undang-undang, ketenteraan dan kepercayaan terarah sesuai dengan agama Islam. Haluan politik kerajaan di Melaka selepas kedatangan Islam adalah berasaskan kepada ciri-ciri politik Islam. Sultan memerintah secara adil, berasaskan kepada hukum Syariah yang berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Jelaslah kemasukan agama Islam telah memainkan peranan penting dari segi mengislamisasikan masyarakat tempatan sehingga berlakulah suatu perubahan besar di dalam kehidupan dan pemikiran masyarakat Melaka secara keseluruhannya. Pemikiran mereka mula berubah iaitu lebih bersifat rasional berbanding zaman pra-Islam. Dengan wujudnya konsep ketuhanan, kekhalifahan, dan keinsanan ini maka konsep dewaraja dan unsur-unsur mitos berbau kehinduan mula berkurangan sedikit demi sedikit. Walaupun tidak dinafikan bahawa unsur-unsur mitos kehinduan ini masih dikaitkan dengan keturunan raja-raja Melayu namun ia telah menjadi semakin berkurangan, tidak dominan dan tidak lagi menjadi fokus utama dalam kehidupan masyarakat Melayu. Apa yang jelas zaman baru ini telah membawa konsep rasionalisme, pengetahuan akliah serta penegasan sistem masyarakat yang berdasarkan kebebasan orang perseorangan, keadilan dan kemuliaan peribadi insan.

Kesimpulan Kesimpulannya, kemasyuran dan kegemilangan Melaka sepanjang kurun ke-15 sebagai tempat perkembangan agama Islam dijadikan ukuran kepada kerajaan-kerajaan Islam yang lain di Nusantara. Perkembangan kesusasteraannya, sistem pemerintahannya, muzik, tarian, pakaian, permainan, gelaran, dan hinggakan pantun semuanya bercirikan keislaman. Sumbangan Melaka yang terpenting terhadap kebudayaan kerajaan Melayu yang berkekalan sehingga ke hari ini ialah penyisipan idea-idea Islam ke dalamnya. Pemerintahan Melaka dibawah era pengukuhan dan pembangunan oleh Parameswara hingga Sultan Muhammad Shah telah melihat banyak aspek dan corak pemerintahan yang dibangunkan dan diadaptasi kedalam pentadbiran Melaka. Islam merupakan faktor utama mengapa Melaka menjadi sebuah empayar yang agung. Selain itu, Melaka juga mempunyai peneraju kerajaan yang berwibawa sebagai contoh Parameswara sendiri yang mementingkan pemerintahan bercorak keislaman.

RUJUKAN * Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya (1983). Sejarah Malaysia. Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. * D.G.E HALL (1981). SEJARAH ASIA TENGGARA. Macmillan & Co. Ltd., London * FAIRUZAH HJ. BASRI et al. (2008). Tamadun Islam dan Tamadun Melayu: Perkembangan dan Isu Kontemporari. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). * SHEELA ABRAHAM (1993). SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA. Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.

Similar Documents

Free Essay

Sejarah

...• Apa itu Sejarah? • Kenapa ia penting? Panduan SEJARAH AWAL Mengenali diri / identiti Semangat patriotisme SEJARAH IMI2015 1 Islam & Zaman Kegemilangan Melaka [1400M-1511M] Kerajaan Awal (Hindu) [100SM-1400M] Kemerdekaan [1957-kini] Zaman Penjajahan [1511M-1957M] IMI2015 IMI2015 4 Zaman Pra-Sejarah dan Ciri-cirinya Zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal) 40,000 tahun lalu • Lokasi: Gua Badak & Kota Tampan (Perak); Gua Niah (Sarawak) ; Tingkayu (Sabah). • Ciri-ciri: • Petempatan: Gua-gua batu kapur berdekatan sungai atau tasik; nomad. • Cara hidup: sara diri (memburu & mengumpul hasil hutan) • Peralatan: diperbuat daripada batu Zaman Mesolitik (Zaman Batu Tengah, Zaman Hoabinh) 11,000 tahun lalu Zaman Paleolitik Zaman Mesolitik ZAMAN PRA SEJARAH Manusia terawal 40 000 tahun lalu. Bukti: i penemuan tengkorak budak lelaki di Gua Niah yang berusia lebih kurang 40 000 tahun lalu. ii penemuan petempatan purba baru di sekitar Kota Tampan, Lenggong (75,000 thn lalu) Perak man (11,000 thn lalu) Perak woman (8,000 thn lalu). 3 ZAMAN PRA-SEJARAH Zaman Air Batu 2 PENDUDUK AWAL ‘Timeline’ Sejarah Malaysia Pra-sejarah [-100SM] IMI2015 • Lokasi: Gua Cha (Kelantan); Gua Kecil (Pahang); Gua Kepah (Kedah); Gua Gomantong & Gua Madai (Sabah); Gua Niah (Sarawak); Jenderam Hilir (Selangor). • Ciri-ciri: • Petempatan: Gua-gua batu kapur berdekatan sungai atau tasik; nomad. • Cara hidup:...

Words: 964 - Pages: 4

Free Essay

My Note

...ZAMAN SEBELUM PENJAJAHAN KERAJAAN MELAYU MELAKA (KMM) LATAR BELAKANG * Empayar terpenting dari segi penyebaran Islam dan perdagangan di rantau nusantara pada abad ke-15. * Pengasasnya ialah Parameswara, putera raja Palembang yang menggunakan gelaran Megat Iskandar Shah setelah memeluk Islam. SISTEM PEMERINTAHAN * Mengamalkan sistem pemerintahan yang kemas & sistematik. * Undang-undang Laut untuk keamanan di laut. * Undang-undang Darat untuk keamanan di darat. * Pemerintahan diketuai oleh Sultan. * Sultan dibantu oleh Pembesar Berempat. STRUKTUR PEMERINTAHAN SISTEM BERAJA * Pemerintahan yang diketuai oleh seorang raja yang berkuasa mutlak dan di bantu oleh pembesar. * Cara perlantikan i.Sistem penggiliran. ii.Sistem warisan. LAPAN ORANG SULTAN * Raja Paramewara (1400 – 1414M) * Sultan Iskandar Zulkarnain Shah (1414 – 1424M) * Sultan Muhamad MShah (1424 – 1444M) * Sultan Ibrahim (1444M) * Sultan Muzaffar Shah (1444 – 1459M) * Sultan Mansur Shah (1459 – 1477M) * Sultan Alauddin Riayat Shah (1477 – 1488M) * Sultan Mahmud Shah (1488 - 1511M) PARAMESWARA * Menurut Sejarah Melayu,Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya. * Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. * Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan...

Words: 1182 - Pages: 5

Free Essay

The Curse

...Pengenalan/latar belakang pembinaan negara dan bangsa. Konsep kerajaan dan negeri dalam masyarakat Melayu tradisional. …Sistem politik masyarakat Melayu tradisional adalah berbeza daripada sistem politik negara moden. …Dalam masyarakat Melayu tradisional muncul kerajaan yang membawa kepada kewujudan raja. …Kedudukan raja adalah begitu tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan. …Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan jaminan keselamatan kepada rakyat yang mendiami kawasan kekuasaannya. …Rakyat yang mendiami wilayah yang diperintah raja pula akan menerima dan mengakui kekuasaan raja. …Kesetiaan rakyat terhadap rajanya menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah oleh raja tersebut. …Kerajaan yang kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan lain yang lemah untuk mengembangkan empayarnya. …Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak negeri taklukan dan naungan. …Dalam masyarakat Melayu tradisional,negeri bererti kawasan seperti Larut,negeri Bernam,dan negeri Krian. …Dalam perjanjian antara sesebuah kerajaan Melayu dengan kuasa asing,keseluruhan kerajaan merujuk kepada negeri dengan segala jajahan takluknya. Konsep Kerajaan dan negeri pada zaman penjajahan …Penjajahan kuasa barat telah mengubah konsep kerajaan dan negeri dalam masyarakat Melayu Tradisional. …Setelah British campurtangan di Semenanjung Tanah Melayu,British mulai merujuk setiap kerajaan Melayu sebagai negeri. …British menetapkan sempadan setiap kerajaan. …Konsep kerajaan beransur luput dan...

Words: 1776 - Pages: 8

Free Essay

Sejarah Kedatangan Kaum Cina Dan India Di Tanah Melayu Dan Sumbangan Mereka Dalam Proses Kemerdekaan Tanah Melayu

...dan India di Tanah Melayu dan sumbangan mereka dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu Isi Kandungan No. | Kandungan | Muka Surat | 1. | Pendahuluan | 3 - 4 | 2. | Sejarah kedatangan kaum Cina di Tanah Melayu | 5 – 7 | 3. | Sejarah kedatangan kaum India di Tanah Melayu | 8 – 11 | 4. | Sumbangan kaum Cina dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu | 12 – 15 | 5. | Sumbangan kaum India dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu | 16 – 19 | 6. | Penutup | 20 – 21 | 7. | Rujukan | 22 | Pendahuluan Masyarakat majmuk yang ada di Malaysia pada hari ini bukanlah suatu bentuk masyarakat yang sememangnya telah wujud secara asalnya di sini. Sebaliknya, masyarakat yang ada pada hari ini adalah masyarakat yang telah dicampuri pelbagai asal-usul, budaya dan sejarahnya yang berbeza-beza. Seperti yang sedia kita maklumi,penduduk asal Tanah Melayu adalah orang Melayu dan beberapa kaum minoriti yang lebih mudah kita kenali sebagai kaum orang asli dibeberapa bahagian pendalaman di Tanah Melayu.Di Sabah dan Sarawak pula,penduduk asalnya ialah terdiri daripada kaum Kadazan,Dusun,Murut,Iban,Bajau,Melanau dan pelbagai suku minoriti yang lain. Kaum-kaum lain yang ada di Malaysia pada hari pula seperti kaum Cina,India,Serani,Siam,Bugis,Jawa dan sebagainya ialah golongan imigran yang datang dan menetap di Tanah Melayu sama ada secara tetap ataupun hanya sekadar singgah untuk memenuhi keperluan mereka.Secara mudahnya,mereka bukanlah penduduk asal di Tanah Melayu. Kenapa mereka...

Words: 5392 - Pages: 22

Free Essay

Ctu555

...|MAKLUMAT KURSUS | |SEJARAH MALAYSIA (CTU 555) | |i. |Nama Mata Pelajaran |Sejarah Malaysia | |ii. |Kod Mata Pelajaran |CTU 555 | |iii. |Taraf |Kursus Universiti/ Ijazah Sarjana Muda | |iv. |Jam Kredit |2 Jam | |v. |Kaedah Penyampaian/Pengendalian |Kuliah dan Diskusi ...

Words: 1611 - Pages: 7

Free Essay

Unikl Ecitie Individua Assignment Siti Arafah

...ISI KANDUNGAN TAJUK | MUKA SURAT | Pengenalan Perlembagaan Malaysia | | Sejarah Perlembagaan Malaysia | | Definisi Perlembagaan Konsep Perlembagaan Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia | | Hak Asasi Perlembagaan Malaysia( belom siap) | | Fungsi dan tujuan Perlembagaan | | 1.0 PENGENALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA Malaysia merupakan Negara berdaulat dan mempunyai sistem pentadbiran dan sistem perundangan yang unik dan tersendiri. Setiap Negara mempunyai sistem perlembagaan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan bagi membantu pemerintah dan pemimpin Negara dalam mempermudahkan proses mentadbir Negara dalam pelbagai aspek seperti aspek ekonomi, politik dan sosial. Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang yang tertinggi untuk menentukan bagaimana pemerintahan sebuah negara itu mesti dijalankan. Perlembagaan sesebuah negara menerangkan dan memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh pelbagai anggota negara itu, seperti hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan yang diperintah. Seperti negara lain yang berdaulat di dunia, Malaysia juga mempunyai suatu Perlembagaan Persekutuan yang berfungsi sebagai undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan Persekutuan menentukan pelbagai perkara mengenai kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, perundangan, peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman, perkhidmatan awam dan lain-lain. Dengan lain perkataan, bolehlah kita anggap...

Words: 2025 - Pages: 9

Free Essay

Penjajahan British

...JELASKAN BAGAIMANA PENJAJAHAN BRITISH MENCORAKKAN BENTUK MASYARAKAT DI TANAH MELAYU. Malaysia yang dikenali Tanah Melayu pada suatu ketika dulu pernah dijajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu Portugis, Belanda,British dan Jepun. Penjajahan mereka bukan sahaja membawa kesan yang besar terhadap politik dan ekonomi di negara kita malah sosial dan budaya juga mengalami perubahan yang besar. Dasar- dasar penjajah terhadap negara kita telah membawa ramai pendatang asing ke negara kita. Kedatangan pendatang-pendatang asing ketika zaman itu memberi perubahan kepada bentuk masyarakat kita secara kekal sehingga ke hari ini.Bentuk masyarakat kita yang wujud pada hari ini adalah masyarakat majmuk.Terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu’. Manakala, menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang...

Words: 1738 - Pages: 7

Free Essay

Jatuh Bangun Sesebuah Tamadun

...JATUH BANGUN SESEBUAH TAMADUN Isi Kandungan 1.0 Pengenalan 1.01 Objektif 2.0 Faktor-faktor kemunculan dan perkembangan tamadun * Kedudukan strategik * Ransangan keagamaan * Penghayatan moral dan nilai murni yang tinggi * Politk * Ekonomi * Kesengsaraan hidup * Perilaku dan kebudayaan yang tinggi * Toleransi dengan tamadun lain 3.0 Faktor-faktor kejatuhan tamadun * Ketidakadilan dan jurang perbezaan * Keruntuhan moral dan nilai masyarakat * Wujud sikap tertutup * Penindasan dan kezaliman * Malapetaka dan bencana alam 4.0 Pengajaran dan Penutup 4.01 Rujukan 5.0 Laporan 1.0 Pengenalan Perkataan tamadun berasal daripada perkataan arab “tamaddun”, “madinah”,dan “madaniyah” yg bermaksud bandar. Pengkajian sejarah sebagai ilmu ketamadunan mula diperkenalkan oleh Ibn Khaldun pada abad ke-14 Masihi melalui kitabnya “Mukaddimah”. Sejarah merupakan asas kepada pengajian ketamadunan. Nmun begitu,terdapat perbezaan yang jelas antara kedua-duanya. Secara asasnya, pengajian ketamadunan membincangkan tentang teori, konsep-konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoretikal dan abstrak. Manakala sejarah tamadun pula merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun dari segi pencapaian, jatuh bangun, kemajuan dan kemunduran atau ringkasnya kajian tentang masa lampau.(sumber: Osman Bakar,Tamadun Islam dan Tamadun Asia) Namun, apa yang...

Words: 5500 - Pages: 22

Free Essay

Mohathir Mohamad

...PEMIKIRAN MELAYU MENGENAI JATI DIRI TERLALU BERSIFAT BERTINDAK BALAS DAN KURANG BERSIFAT KONSTRUKTIF. BINCANGKAN. PENGENALAN Pemikiran Melayu dirujuk sebagai pemikiran sosial iaitu pemikiran orang Melayu ke arah bermasyarakat iaitu mewakili orang lain. Pemikiran Melayu menggambarkan pemikiran masyarakat yang berkelompok, bersifat kolektif bukannya individu, bersabit dengan isu-isu tertentu yang pada akhirnya mempengaruhi tindakan, pendengaran, kehidupan, dan pendirian mereka. Selain itu, pemikiran adalah aktiviti yang dilakukan oleh manusia hampir setiap masa. Pemikiran secara mudah boleh difahami sebagai apa saja yang berlaku dalam minda kita. Kritis membawa banyak pengertian yang sederhana seperti sangat mendalam, terperinci, mengamati dan sebagainya.Ia juga dimaksudkan sebagai pemahaman secara mendalam dan kritikal bagi mempertingkatkan pemahaman.Pemikiran ini membantu individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati dan mencari bukti yang sah sebelum membuat keputusan. Pemahaman terhadap pengertian pemikiran harus dilihat daripada pelbagai sudut..Hal ini kerana, pengertian pemikiran itu sesungguhnya amat luas dan dalam. Setiapa sarjana sains berpendapat bahawa pemikiran akan memberi pengertian suatu buah fikiran berasaskan pengalaman dan kajian yang dijalankan. Definisi yang dinyatakan di bawah dapat memahamkan kita apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran? Dewey (1933) berpendapat bahawa pemikiran adalah berfikir secara serius (mendalam)...

Words: 5023 - Pages: 21