...1.0 PENGENALAN Dalam proses pembinaan negara bangsa, pendidikan merupakan asas penyatuan dalam kalangan rakyat. Berdasarkan pengalaman di negara asing seperti Amerika Syarikat, Perancis, Indonesia dan Thailand, matlamat ini dicapai menerusi pelaksanaan dasar pendidikan untuk pelbagai komuniti etnik (Shamsul Amri Baharuddin.2012:193). Walaupun negara ini mempunyai Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan, dasar tersebut agak berbeza dengan negara berkenaan dari sudut praktiknya. Sistem pendidikan di negara ini iaitu Sistem Pendidikan Vernakular ataupun jenis Kebangsaan berorientasikan komuniti etnik tertentu yang berkongsi kurikulum yang sama. Dengan itu, pengekalan sistem sedemikian akan menggalakkan pemisahan kanak-kanak daripada komuniti etnik yang berbeza. Justeru, langkah bersepadu harus dilaksanakan demi mencapai matlamat kerajaan untuk memupuk kesepaduan sosial antara anggota masyarakat menerusi sistem pendidikan kebangsaan (Shamsul Amri Baharuddin.2012:193). Neena (1985) meletakkan peranan penting pendidikan formal dalam proses sosialisasi. Sekolah boleh mensosialisasikan semula pelajar yang mempunyai perbezaan latar belakang sosiopolitik mengikut kumpulan yang sama sehingga ke peringkat yang lebih tinggi, serta dapat mengamalkan semangat bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain (Shamsul Amri Baharuddin.2012:194). ISI KANDUNGAN |Pengenalan ...
Words: 7408 - Pages: 30
...National University of Malaysia Jurnal Hadhari Bil. 3 (2010) 61-84 Institute of Islam Hadhari CABARAN INTEGRASI ANTARA KAUM DI MALAYSIA: PERSPEKTIF SEJARAH, KELUARGA DAN PENDIDIKAN MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH ABSTRAK Kajian berkaitan dengan integrasi kaum di Malaysia agak kompleks. Ini kerana, sosio politik setiap kaum bersifat perkauman. Agen-agen seperti sejarah, pendidikan, media, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan amat kuat mencengkam budaya politik setiap kaum. Akhirnya, lahirlah setiap bangsa yang memperjuangkan kepentingan masing-masing. Bukti-bukti ini diperolehi melalui tinjauan yang dibuat ke atas kajian-kajian sebelum ini. Keadaan tidak banyak berubah sehingga ke hari ini. Kajian ini bertujuan menilai sejauh mana pengaruh agen sosio politik seperti sejarah, institusi keluarga dan pendidikan yang dilalui meninggalkan kesan terhadap hubungan antara kaum. Hasil kajian menunjukkan sosio-politik perkauman melahirkan sentimen perkauman yang tinggi. Integrasi masih lagi samar. Realitinya, sentimen perkauman masih kuat mencengkam budaya politik masyarakat berbilang kaum. Kata Kunci: Integrasi nasional, sosialisasi politik, politik etnik, agenda nasional, perpaduan ABSTRACT Study on integration and unity among races in Malaysia is quite complex. These are due to the facts that the political socialization agents process i.e. history, education, social, economy and politic, are race oriented. Every race fights for their own interest. Most of the past research...
Words: 8715 - Pages: 35
...etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk. J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas...
Words: 4793 - Pages: 20
...pembangunan, ketidaksamarataan dan kemiskinan. Tiada makna yang khas yang dapat menerangkan maksud pembangunan walaupun terdapat banyak usaha telah dilakukan oleh ahli ekonomi dan ahli sains sosial dalam usaha untuk menerangkan konsep pembangunan dan cuba mendapatkan satu definisi pembangunan yang tepat. Walaupun teori ini banyak dibincangkan oleh para ahli falsafah seperti Todaro (1977), Seers (1979) dan juga Syed Husin Ali (1976). (Rahimah Aziz 1989: 197). Menurut Laporan Suruhanjaya Selatan (1990), pembangunan boleh didefinisikan sebagai satu proses yang mana membolehkan kehidupan manusia merealisasikan potensi, membina keyakinan serta membawa kehidupan ke arah kemuliaan dan penuh bermakna yang membebaskan manusia dari rasa takut untuk meminta dan dieksploitasi. Ia merupakan pergerakan yang menjauhkan dari penindasan politik, ekonomi dan juga sosial. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 2) Todaro (1977) berpendapat bahawa pembangunan melibatkan prose menyusun dan mengorientasi semula sistem ekonomi dan social. Ini bermakna bahawa pembangunan bukan sahaja melibatkan pertambahan kepada pendapatan dan pengeluaran, bahkan juga mengambil kira perubahan institusi social, struktur pentadbiran, pendapat umum, adat resam dan kepercayaan. (Rahimah Aziz 1989: 3). Syed Husin Ali (1976) pula menyatakan bahawa pembangunan ekonomi bertujuan untuk menaikkan taraf hidup ekonomi sebahagian besar masyarakat. Bahawa pencapaian yang tinggi dalam bidang ekonomi boleh menjadi asas...
Words: 7157 - Pages: 29
...remaja berwawasan ialah cinta dan sayang akan ilmu pengetahuan. Remaja yang bermatlamat sangat mementingkan ilmu kerana akan kepentingan ilmu dalam kehidupan seharian. Selain itu, darjat seseorang yang berilmu sangat tinggi di sisi Maha Pencipta, malah dengan ilmulah Islam dapat dikembangkan dan terbentuknya tamadun. Golongan remaja cemerlang ini juga berpendapat bahawa dengan memiliki pendidikkan yang tinggi, masa depan dapat diubah. Di samping itu, untuk mengesan identiti remaja berwawasan, kita dapat lihat, mereka sangat berdisiplin dan menepati masa sesuai dengan kata pujangga, masa itu emas. Mereka tidak leka dengan perkara yang sia-sia seperti merokok, melepak dan merempit. Bagi mereka, masa itu ibarat pedang yang sangat tajam dan sentiasa mengejar kita dari belakang, jika kita alpa, pedang itu akan menikam diri sendiri. Perumpamaan syurga terletak di telapak kaki ibu sudah cukup menggambarkan betapa agungnya kasih sayang daripada ibu bapa. Tidak terkecuali, guru yang mencurahkan pelbagai jenis ilmu turut memberi impak besar. Remaja terpuji tidak akan sesekali melupakan jasa insan-insan mulia yang telah banyak mengasuh, mendidik dan memberi tunjuk ajar dalam menempuh onak duri kehidupan. Akhir sekali, patuh pada ajaran agama merupakan ciri remaja berwawasan yang sangat dititikberatkan. Remaja berjaya adalah remaja yang sentiasa berakhlak mulia dan disenangi oleh segenap lapisan masyarakat. Mereka sentiasa mentaati perintah Tuhan dan meninggalkan segala larangan-Nya...
Words: 8462 - Pages: 34
...menyertainya. Huraikan perkara di atas. Kokurikulum merupakan satu aktiviti luar kelas yang melibatkan aktiviti persatua n, pakaian seragam dan sukan. Kegiatan ini telah diberi penekanan oleh kerajaan untuk memastikan semua pelajar memberi perhatian yang serius terhadap hal ini. C uma pembabitan pelajar dalam kegiatan luar kelas ini tidak begitu memberangsangk an terutama daripada aspek keikhlasan hati mereka untuk menjalankan aktiviti ter sebut. Jadi, memang ada banyak penyebab yang mendorong pelajar tidak berminat un tuk menyertai aktiviti kokurikulum ini. Aspek masa yang terlalu banyak diberikan untuk menjalani latihan yang melibatkan kokurikulum ini sering dipersoalkan ole h pelajar. Ramai yang menganggap masa yang terlalu panjang itu membazir dan elok dipenuhi dengan pembacaan buku untuk persiapan peperiksaan. Pelajar juga memben ci aktiviti luar kelas ini kerana masa petang mereka terpaksa dihabiskan di seko lah padahal mereka sepatutnya sudah boleh kembali ke rumah untuk bersantai. Oleh itu, keengganan pelajar terbabit dalam aktiviti ini banyak bergantung pada fakt or masa. Malah, pertimbangan untuk menyertai kokurikulum ini turut ditentukan ol eh sikap pelajar yang menganggap aktiviti ini tidak memberikan sebarang impak po sitif kepada diri mereka. Pandangan mereka ini dikukuhkan dengan kegagalan merek a peroleh markah dalam peperiksaan yang diadakan oleh pihak sekolah. Tindakan ib u bapa yang menegur kegagalan mereka ini menyebabkan mereka terus melupakan atau menganggap...
Words: 11418 - Pages: 46