Free Essay

Purata Kadar Pertumbuhan Penduduk Di Malaysia 1

In:

Submitted By zettyEzt
Words 2176
Pages 9
PURATA KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK DI MALAYSIA
ABSTRAK
Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengkaji kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia secara purata dan bagaimana kadar pertumbuhan ini ditentukan. Penumpuan diberi kepada tiga pembolehubah iaitu kadar kelahiran kasar (KKL), kadar kematian kasar (KKM), dan kadar jumlah kesuburan (KKS) dalam mengkaji purata kadar pertumbuhan penduduk (KPP) di negara ini. Tiga pembolehubah ini diwakili oleh saiz sampel sebanyak 30 tahun iaitu merupakan data siri masa bermula tahun 1982 hingga 2010. Data kajian ini dianaliss menggunakan program Eviews 3.1 untuk menghasilkan model regresi linear berbilang. Hasil kajian ini, ia akan menunjukkan sama ada kadar pertambahan semulajadi kasar (kadar kelahiran kasar tolak kadar kematian kasar) dan kadar jumlah kesuburan ada hubungan atau tidak dengan kadar pertumbuhan penduduk di negara ini. Di akhir kajian, cadangan atau perbincangan tentang penggunaan model untuk tujuan dasar dan kawalan dikemukakan untuk membantu meningkatkan kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia.

1.0 PENGENALAN
Kadar pertumbuhan penduduk biasanya merujuk kepada satu angka yang dapat menunjukkan suatu arah pertambahan penduduk sama ada pesat, perlahan, statik, atau berkurangan di sesebuah negara pada satu tempoh tertentu.

Angka ini diukur dalam unit peratus atau per seribu orang. Misalnya kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia pada tahun 2000 adalah 2.50% per 1000 = 25 orang/1000 (Pertambahan seramai 25 orang bagi setiap 1000 orang penduduk).

Negara-negara sedang membangun yang lain mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi dalam setahun antaranya seperti India 2.4%, Brazil 3.0%, dan Thailand 3.1%. Kadar pertumbuhan penduduk dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

i. Pertumbuhan semula jadi atau kadar pertumbuhan kasar pertumbuhan bersih ini tidak mengambil kira kadar imigrasi dan emigrasi negara. ii. Pertumbuhan penduduk di sesebuah negara dikira dengan menggunakan formula berikut:
Yi = β0+ β1 X1i + β2 X2i + β3 X3i
Iaitu dibentuk menjadi:
KPPi = c + β1 KKLi + β2 KKMi + β3 KKSi

1.1 LATAR BELAKANG MASALAH
Pertumbuhan penduduk semulajadi merupakan perubahan sama ada bertambah atau berkurangan saiz penduduk di sesebuah negara secara semula jadi iaitu hanya mengambil kira faktor kelahiran dan kematian. Manakala kadar pertumbuhan penduduk mewakili angka yg menunjukkan arah pertumbuhan penduduk sama ada pesat, perlahan, statik atau berkurang dalam tempoh tertentu.
Sejak kebelakangan ini, jika diperhatikan angka bilangan penduduk negara kita makin merosot jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum. Kemerosotan ini sering dikaitkan dengan angka kelahiran yang rendah pada abad ke 20 berbanding dengan era tahun 1980an, angka kematian yang semakin meningkat akibat kekerapan kemalangan jalan raya berlaku dan kadar kesuburan penduduk di negara ini yang juga semakin merosot akibat cara gaya hidup yang diamalkan pada abad ke 20 kini. Oleh itu, kajian ini cuba meninjau sejauh manakah kadar kelahiran, kadar kematian, dan kadar kesuburan penduduk di negara ini mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk di negara ini.

Menurut kajian yang dibuat oleh Syed Abdul Razak dan Mustafa Omar (2007) menyatakan peningkatan jumlah penduduk Malaysia ini adalah dipengaruhi melalui dua proses utama iaitu proses pertambahan semulajadi dan imigrasi antarabangsa. Peningkatan penduduk melalui proses pertambahan semulajadi ini adalah berkait rapat dengan peningkatan dalam kualiti kehidupan penduduk. Misalnya, ekoran dari pembangunan pesat ekonomi dan sosial negara telah memberi kesan ke atas kadar fertiliti dan mortaliti penduduk di negara ini. Sementara itu berdasarkan kajian Lim Chong Yah 1967, dalam sejarah pertumbuhan penduduk Semenanjung Malaysia, unsur fertiliti dan mortaliti memainkan peranan penting selepas perang dunia kedua. Kesan ini juga dirasai oleh negara jiran dengan meningkatnya kemasukan migran untuk mencari pekerjaan telah menyumbang kepada kadar pertumbuhan penduduk di negara ini. Namun dalam kajian ini, penumpuan diberikan kepada faktor pertumbuhan semulajadi iaitu kadar kelahiran dan kadar kematian, serta kadar kesuburan penduduk di negara ini tanpa mengambil kira faktor imgrasi yang berlaku di negara ini.
Kesimpulannya, ada kemungkinan berjaya atau gagalnya mencari pertalian antara kadar pertumbuhan penduduk dengan kadar pertumbuhan semulajadi dan kesuburan penduduk di negara ini berkait rapat dengan teknik kajian, dan bagaimana kajian itu dibuat.

1.2 PERNYATAAN MASALAH
Kajian yang dijalankan ini ialah untuk melihat sejauh manakah faktor pertumbuhan semulajadi dan kesuburan penduduk di negara ini mempunyai kesan tertentu terhadap pertumbuhan penduduk di negara ini. Pertumbuhan berkenaan akan dilihat dari aspek kadar kelahiran iaitu sama ada berlaku pertambahan atau pengurangan bilangan bayi selamat dilahirkan di negara ini, aspek kadar kematian secara kasar iaitu bilangan kes kemalangan, pembunuhan dan bencana alam yang melibatkan maut berlaku di negara ini, serta aspek kadar jumlah kesuburan penduduk yang dipengaruhi cara hidup, pemakanan, pergaulan social yang diamalkan oleh penduduk di negara ini pada masa kini. Ketiga-tiga aspek ini kemudian dihubungkan dengan bilangan penduduk di negara ini bagi mendapat jawapan kepada pertalian antara pembolehubah-pembolehubah berkenaan. Kajian ini akhirnya cuba mendapatkan jawapan sejauh manakah kadar pertumbuhan semulajadi dan kesuburan penduduk boleh dijadikan faktor kepada kadar pertumbuhan penduduk di negara ini secara purata.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan mengenalpasti kadar pertumbuhan penduduk di negara ini. Melalui beberapa pembolehubah bebas iaitu kadar kelahiran kasar, kadar kematian kasar, dan kadar jumlah kesuburan penduduk terhadap purata kadar pertumbuhan penduduk di negara ini berdasarkan data siri masa bersaiz sampel sebanyak 30 tahun (n = 30), iaitu bermula tahun 1981 hingga 2010. Objektif kajian ini ialah: i. Mengetahui graf purata kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia sepanjang 30 tahun. ii. Mengkaji perhubungan antara pertumbuhan penduduk dengan faktor kadar kelahiran kasar, kadar kematian kasar, dan kadar jumlah kesuburan penduduk.

1.4 HIPOTESIS i. Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara kadar kelahiran kasar dengan purata kadar pertumbuhan penduduk di negara ini. ii. Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara kadar kematian kasar dengan purata kadar pertumbuhan penduduk di negara ini. iii. Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara kadar jumlah kesuburan penduduk dengan purata kadar pertumbuhan penduduk di negara ini. 1.5 KEKANGAN KAJIAN
Kajian ini membuat andaian bahawa pertumbuhan penduduk adalah disebabkan oleh pertumbuhan semulajadi dan kesuburan penduduk. Kajian ini juga mengawal faktor luar yang boleh mempengaruhi pertumbuhan penduduk seperti kadar imigrasi bersih, kestabilan politik, agama, dasar kerajaan, faktor social, dan sumber makanan seimbang.

2.0 METODOLOGI Kajian yang dijalankan ini bersifat pemerhatian berdasarkan faktor yang diandaikan, di mana data diambil hasil dari keputusan bancian yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia setiap tahun, digunakan untuk melihat hubungan purata kadar pertumbuhan penduduk di negara ini dengan beberapa aspek pertumbuhan semulajadi penduduk. Responden kajian ini ialah penduduk yang tinggal di Malaysia bermula tahun 1981 hingga 2010. Data yang digunakan dalam kajian ini ialah data siri masa iaitu data yang diambil selama 30 tahun berturut-turut bermula tahun 1981 hingga 2010. Kajian ini diuji secara 2 jenis cara ujian iaitu ujian dengan menggunakan program Eviews, dan ujian secara penggiraan manual dengan menggunakan formula seperti berikut: Yi = β0+ β1 X1i + β2 X2i + β3 X3i

2.1 METODOLOGI EKONOMETRIK: EVIEWS 3.1 Dependent Variable: KPP | Method: Least Squares | Date: 05/01/12 Time: 08:33 | Sample: 1981 2010 | Included observations: 30 | Variable | Coefficient | Std. Error | t-Statistic | Prob. | C | 3.195367 | 1.190983 | 2.682965 | 0.0125 | KKL | -0.359206 | 0.157038 | -2.287375 | 0.0306 | KKM | -0.669407 | 0.275720 | -2.427848 | 0.0224 | KKS | 3.566696 | 1.248624 | 2.856501 | 0.0083 | R-squared | 0.721372 | Mean dependent var | 2.386667 | Adjusted R-squared | 0.689223 | S.D. dependent var | 0.491116 | S.E. of regression | 0.273785 | Akaike info criterion | 0.370615 | Sum squared resid | 1.948907 | Schwarz criterion | 0.557441 | Log likelihood | -1.559227 | F-statistic | 22.43817 | Durbin-Watson stat | 0.778004 | Prob(F-statistic) | 0.000000 |

2.2.1 Spesifikasi Model Matematik
KPPi = c + β1 KKLi + β2 KKMi + β3 KKSi (1)
Iaitu;
KPPi = Kadar Pertumbuhan Penduduk
KKLi = Kadar Kelahiran Kasar
KKMi = Kadar Kematian Kasar
KKSi = Kadar Jumlah Kesuburan Penduduk

2.2.2 Spesifikasi Model Ekonometrik dan Statistik
KPPi = c + β1 KKLi + β2 KKMi + β3 KKSi + µi (2)
Iaitu;
KPPi = Kadar Pertumbuhan Penduduk
KKLi = Kadar Kelahiran Kasar
KKMi = Kadar Kematian Kasar
KKSi = Kadar Jumlah Kesuburan Penduduk µi = Faktor-faktor lain selain dari kadar kelahiran, kematian dan kesuburan penduduk.

2.2.3 Pengumpulan Data
Data siri masa digunakan dalam kajian. Data ini dikumpul melalui hasil bancian yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia selama 30 tahun berturut-turut bermula tahun 1981 hingga 2010.

2.2.4 Penganggaran Parameter untuk Ekonometrik
KPPi = 3.20 – 0.36 KKLi - 0.67 KKMi + 3.57 KKSi (3)
Se (1.19) (0.16) (0.28) (1.25) t-stat (2.69)* (-2.29) (-2.43) (2.86)*
R2 = 0.72
Adj. R2 = 0.69
F-stat = 22.44 n = 30 df = 26
Dimana t-table (0.025; 26) = 2.479 F-table (0.05; 3; 26) = 2.98
* Signifikan pada aras keertian 5%

2.2.5 Pengujian Hipotesis / Analisis Data i. Ujian t
Berdasarkan ketiga-tiga pembolehubah tersebut, terdapat hanya satu pembolehubah bebas yang memberi kesan yang signifikan terhadap pembolehubah KPP, iaitu pembolehubah KKS. Hal ini dijelaskan dengan menyatakan t-stat untuk koefisien regresi pembolehubah bebas masing-masing adalah lebih besar nilainya berbanding dengan nilai t-table pada aras keertian 5% dan degree of freedom sebanyak 26. Untuk pembolehubah KKS t-stat = 2.86 > t-table (0.05;26) = 2.479. Sedangkan pembolehubah KKL dan KKM tidak memberi kesan signifikan terhadap pembolehubah KPP. Hal ini dijelaskan dengan menyatakan bahawa t-stat untuk koefisien regresi pembolehubah bebas menunjukkan nilai lebih kecil berbanding dengan nilai t-table pada aras keertian 5% dan degree of freedom sebanyak 26. Untuk pembolehubah KKL t-stat = -2.29 < t-table (0.05;26) = 2.479, dan pembolehubah KKM t-stat = -2.43 < t-table (0.05;26) = 2.479.

ii. Ujian F
Melalui program Eviews dapat dianggarkan nilai R2 = 0.72 menandakan bahawa faktor purata kadar pertumbuhan penduduk (KPP) mampu dijelaskan secara serentak oleh pembolehubah - pembolehubah kadar kelahiran kasar (KKL), kadar kematian kasar (KKM), dan kadar jumlah kesuburan penduduk (KKS) sebanyak 72.14%, manakala selebihnya iaitu sebanyak 27.86% dijelaskan oleh faktor-faktor lain yang tidak termasuk dalam model ini.
Pengujian secara serentak dijalankan untuk menguji sama ada tidak terdapat kesan yang signifikan secara serentak atau bersama – sama oleh pembolehubah KKL, KKM dan KKS terhadap pembolehubah KPP. Pengujian secara serentak menggunakan F-test iaitu dengan membandingkan F-stat dan F-table. Hasil melalui program Eviews diperolehi nilai F-stat = 22.44 > F-table (0.05; 3; 26) = 2.98, maka dapat disimpulkan bahawa pembolehubah KKL, KKM dan KKS secara serentak memberi kesan signifikan yang sangat kuat terhadap pemboleubah KPP.

2.2.6 Ramalan Jangkaan

KPPi = 3.20 – 0.36 KKLi - 0.67 KKMi + 3.57 KKSi (3)
Gantikan KKL = 23.4, KKM = 4.5, KKS = 3.0 ke dalam formula (3) iaitu;
KPPi = 3.20 – 0.36 (23.4) - 0.67 (4.5) + 3.57 (3.0)
KPPi = 3.20 – 8.42 – 3.02 + 10.71
KPPi = 2.47

Hasil jangkaan dari pengiraan di atas iaitu KPPi = 2.47% dibandingkan dengan data purata kadar petumbuhan yang diambil dari hasil bancian Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pertumbuhan pada tahun 2000 iaitu sebanyak 2.5% (rujuk lampiran muka surat 15), nilai menghampiri antara satu sama lain. Ini menunjukkan ramalan jangkaan melalui pembentukkan model ini boleh diterima pakai.

2.2 METODOLOGI EKONOMETRIK: PENGIRAAN MANUAL 2.2.1 Hipotesis (Ujian t)
H0 ; β2 = 0
H1 ; β2 ≠ 0

2.2.2 Pengujian Ujian t

Se (β2^)
│ts│ = β2^ - β2 , tc = t α/2; n-k = t (0.025, 26) = 2.479

0.28
│ts│= 0.67 – 0 = 2.393 2.2.3 Keputusan ts = 2.39 < tc = 2.48 ---- reject H0

2.2.4 Kesimpulan
Pada aras keertian 5%, ujian adalah signifikan secara statisik iaitu menunjukkan hubungan antara purata kadar pertumbuhan penduduk (KPP) dengan kadar kelahiran kasar (KKL), kadar kematian kasar (KKM), dan kadar jumlah kesuburan penduduk (KKS) adalah bukan 0 (≠ 0).

3.0 PERBINCANGAN : PENGGUNAAN MODEL UNTUK TUJUAN DASAR ATAU KAWALAN Secara keseluruhan, kajian purata telah menunjukkan bahawa kadar jumlah kesuburan penduduk di negara ini mempunyai hubungan dengan purata kadar pertumbuhan penduduk di negara ini. Analisis data menunjukkan korelasi antara kadar kelahiran kasar dan kadar kematian kasar adalah lemah. Jika ditinjau dari pembolehubah kadar kelahiran kasar dan kadar kematian kasar tersebut, kadar jumlah kesuburan memberi tindak balas yang baik dalam menentukan kadar pertumbuhan penduduk. Beberapa cadangan disarankan agar dapat membantu meningkatkan kadar pertumbuhan penduduk di negara ini melalui; i. Faktor kesuburan penduduk hendaklah diberi perhatian oleh kerajaan dalam mencapai target untuk meningkatkan kadar pertumbuhan penduduk dan secara langsung dapat meningkatkan lagi bilangan penduduk di negara ini. ii. Faktor-faktor lain seperti dasar kerajaan, pergaulan social dan pemakanan seimbang hendaklah diambil kira dalam meningkatkan lagi kadar pertumbuhan penduduk selain dari faktor kadar kematian kasar, kadar kelahiran kasar, dan kadar kesuburan penduduk kerana kadar pertumbuhan penduduk ini merupakan satu faktor yang meluas dan besar. iii. Faktor keseimbangan dalam pemakanan dan pergaulan sosial juga boleh mempengaruhi faktor kadar kesuburan penduduk.

4.0 RUJUKAN
Rahmanta “Aplikasi Eviews Dalam Ekonometrika”, Jurnal Sosial Ekonomi Pertanian, Fakultas Pertanian, Universiti Sumatera Utara, Indonesia, 2009.
Syed Abdul Razak Sayed Mahadi dan Mustafa Omar “Pengalaman Perubahan Keluarga dan Tingkat Fertiliti di Malaysia: Satu Analisis Dari Aspek Demografi”, 2007.

Geografi STPM Kertas 1 dan 2 di http://cikguseri73.tripod.com diakses pada 18 April, 2012
Jabatan Perangkaan Malaysia di http://www.statistics.gov.my/portal diakses pada 18 April, 2012
Pagar Museh di http://pagarmuseh.blogspot.com/2011/04/bab-3-pertumbuhan-penduduk.html diakses pada 21 April, 2012.

LAMPIRAN

Similar Documents

Free Essay

Consumer Preference on Guava

...saluran perolehan. Abstrak Kajian peringkat nasional melibatkan 1042 orang responden telah dijalankan dalam tahun 2007, bertujuan menyelidiki penggunaan dan kecenderungan pengguna di Malaysia terhadap makanan sejuk beku. Kajian ini menggunakan kaedah survei melalui borang soal selidik yang bertindak sebagai instrumen kajian. Keputusan kajian menunjukkan bebola ikan merupakan produk sejuk beku yang paling mendapat sambutan pengguna. Pada umumnya penggunaan produk sejuk beku di kalangan penduduk Malaysia adalah meningkat dari tahun ke tahun, natijah daripada keperluan produk convenient, khususnya daripada penduduk bandar yang berkerjaya. Di antara faktor penting yang mendorong pembelian produk sejuk beku ialah jaminan keselamatan produk seperti kualiti, kebersihan, pengesahan halal dan tarikh luput produk. Penemuan penting kajian ini ialah berhubung dengan kecenderungan pengguna membeli produk tempatan, berbanding produk import, yang boleh diterjemahkan sebagai peluang pembangunan industri sejuk beku di kalangan pengusaha Malaysia. Pasar raya merupakan saluran pemasaran yang penting bagi produk sejuk beku, diikuti oleh kedai runcit dan pasar tani yang merupakan lokasi pilihan pengguna. Hasil kajian ini juga membuka peluang pembangunan produk baru di mana responden telah mencadangkan sebanyak 150 produk baru, di antaranya ayam BBQ sejuk beku, sosej arnab, gamat sejuk beku dan lain-lain lagi. Pendahuluan Menurut Perkhidmatan Penyelidikan Ekonomi, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (Economic...

Words: 3781 - Pages: 16

Free Essay

Theory

...Mengapakah pembangunan merupakan keutamaan bagi kebanyakan negara? Dengan merujuk kepada beberapa teori pembangunan, bincangkan dualism program pembangunan dari 2 perpektif berikut: a) Program pembangunan menyumbang terhadap kemajuan. b) Program pembangunan turut menyumbang terhadap kurang pembangunan, ketidaksamarataan dan kemiskinan. Tiada makna yang khas yang dapat menerangkan maksud pembangunan walaupun terdapat banyak usaha telah dilakukan oleh ahli ekonomi dan ahli sains sosial dalam usaha untuk menerangkan konsep pembangunan dan cuba mendapatkan satu definisi pembangunan yang tepat. Walaupun teori ini banyak dibincangkan oleh para ahli falsafah seperti Todaro (1977), Seers (1979) dan juga Syed Husin Ali (1976). (Rahimah Aziz 1989: 197). Menurut Laporan Suruhanjaya Selatan (1990), pembangunan boleh didefinisikan sebagai satu proses yang mana membolehkan kehidupan manusia merealisasikan potensi, membina keyakinan serta membawa kehidupan ke arah kemuliaan dan penuh bermakna yang membebaskan manusia dari rasa takut untuk meminta dan dieksploitasi. Ia merupakan pergerakan yang menjauhkan dari penindasan politik, ekonomi dan juga sosial. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 2) Todaro (1977) berpendapat bahawa pembangunan melibatkan prose menyusun dan mengorientasi semula sistem ekonomi dan social. Ini bermakna bahawa pembangunan bukan sahaja melibatkan pertambahan kepada pendapatan dan pengeluaran, bahkan juga mengambil kira perubahan institusi social...

Words: 7157 - Pages: 29

Free Essay

Economic Report of Malaysia

...Ekonomi Malaysia pada Tahun 2005 2-18 6-7 10-15 18-36 37-42 42-50 50-70 65-68 70-72 Tinjauan Keseluruhan Rencana: Keluaran Potensi Ekonomi Malaysia Rencana: Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kajian Mengikut Sektor Keadaan Permintaan Dalam Negeri Harga dan Guna Tenaga Sektor Luar Negeri Rencana: Penyusunan Data Hutang Luar Negeri Malaysia: Mengambil Kira Entiti Kewangan Luar Pesisir di Labuan IOFC sebagai Pemastautin Aliran Dana Ekonomi Malaysia pada Tahun 2005 TINJAUAN KESELURUHAN Biarpun berhadapan dengan harga minyak yang berterusan tinggi dan kitaran elektronik global yang menurun, keluaran dalam negeri kasar (KDNK) benar meningkat 5.3%. Pertumbuhan dipacu oleh sektor swasta dan didorong pula oleh dasar makroekonomi yang menyokong, serta keadaan kewangan yang menggalakkan. Permintaan pengguna swasta kekal mapan dengan pertumbuhan yang kukuh, sementara pelaburan swasta berdaya tahan untuk terus menyokong pengembangan ekonomi. Sektor awam pula terus mengambil kesempatan persekitaran yang menggalakkan untuk mengukuhkan keadaan kewangannya supaya ke paras yang lebih mapan. Graf 1.1 KDNK Benar, Perdagangan Dunia dan Kadar Inflasi Perubahan tahunan (%) 15 10 5 0 -5 -10 KDNK Perdagangan Dunia IHP 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 KDNK benar mengembang 5.3% pada tahun 2005. Dasar makroekonomi yang sesuai serta keadaan kewangan yang menggalakkan terus meningkatkan daya tahan ekonomi dan menyokong pengembangan ekonomi yang seimbang. ...

Words: 39597 - Pages: 159

Free Essay

Ekonomi Semasa Dan Kedudukan Kewangan Negara

...Ucapan penuh perutusan khas Perdana Menteri tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara: 1. Pertama-tamanya, marilah kita mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini. Begitulah ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 2. Dalam Majlis ini, kita berhimpun bersama-sama, sebahagian pimpinan dan para pentadbir, penjawat awam, ketua-ketua industri dan orang-orang korporat, wakil-wakil kedutaan, golongan NGO dan para sukarelawan.  Seterusnya, yang dikasihi seluruh rakyat Malaysia, sama ada yang di dalam dewan, atau yang sedang menonton juga mendengar perutusan khas ini. 3. Tujuan saya berucap, adalah untuk memberi penjelasan terkini tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara. Mutakhir ini, terdapat laporan-laporan, kebimbangan dan pertanyaan terutamanya berkait harga minyak dan kedudukan nilai matawang ringgit. 4. Ketahuilah bahawa, Kerajaan memang sentiasa memantau keadaan ini sejak awal. Sehubungan itu, hari ini, Kerajaan akanmengumumkan beberapa langkah proaktif, untuk membuat pengubahsuaian yang spesifik, bagi menjajar semula dasar-dasar kita, beriring dengan perubahan senario ekonomi global, yang faktor-faktornya, berada di luar kawalan kita. Ini dilakukan, untuk kita terus mencapai pertumbuhan ekonomi yang menyakinkan lagi boleh dibanggakan. 5. Dalam erti kata lain, I am here today to announce specific...

Words: 3567 - Pages: 15

Free Essay

Subsidi

...Politics I: 20 Januari 2014 Malaysia: Political Paper 10/2014 ISU SUBSIDI DAN KENAIKAN KOS SARA HIDUP DI MALAYSIA Perkembangan Terkini 1. Pada 15 Januari 2014, Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas bagi menangani kenaikan kos sara hidup. Jawatankuasa berkenaan antaralain akan mengkaji punca kenaikan kos sara hidup; menyelaras pelaksanaan dasar dan program agensi Kerajaan yang terbabit; dan berkerjasama dengan Jawatankuasa Dasar Fiskal di bawah Perdana Menteri (PM) Dato’ Sri Najib Tun Razak dalam meneliti dasar cukai kerajaan dan rasionalisasi subsidi. 2. Penubuhan Jawatankuasa berkenaan menyusul pengumuman PM merangkap Menteri Kewangan Dato’ Sri Najib pada 30 Disember 2013 mengenai 11 langkah pengurangan perbelanjaan Kerajaan mulai 1 Januari 2014. Langkah-langkah tersebut, yang melibatkan kemudahan-kemudahan yang dihulurkan kepada para Menteri dan pegawai kanan, bertujuan untuk mengamalkan perbelanjaan Kerajaan yang lebih berhemah (Lampiran A). Analisa Isu Kos Sara Hidup 3. Secara umum, isu sosio-ekonomi rakyat merupakan perkara “perennial” dan asasi bagi parti-parti politik Malaysia. Walaubagaimanapun, kos sara hidup secara khusus dilihat sebagai isu baru, yang mana mula mendapat perhatian di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003 – 2009) dan Dato’ Sri Najib (2009 hingga sekarang).1 Subsidi: Legasi Tun Mahathir? 4. Di bawah pentadbiran Tun Mahathir, Kerajaan Malaysia memperkembangkan sistem subsidi...

Words: 1211 - Pages: 5

Free Essay

Ekonometrik

...000 biji benih yang di bawa keluar dari Brazil hanya 2,700 biji benih sahaja yang hidup.Daripada jumlah ini 1,000 biji benih telah dijual dengan harga 10 pound sterling.Pada tahun 1876,sebanyak 1,900 biji benih telah di bawa oleh Henry Martem ke Singapura.Walau bagaimana pun hanya lima biji benih sahaja yang hidup. Pada tahun 1877,sekali lagi percubaan telah dilakukan dengan membawa sebanyak 22 biji benih ke Singapura, akhirnya percubaan untuk menanam pokok getah buat kalia ke dua ini telah berjaya dilakukan iaitu kesemuanya 22 biji benih tersebut hidup.Di Singapura getah telah ditanam di Botanical Garden, Sembilan biji daripadanya telah dibawa ke Kuala Kangsar Perak pada tahuan 1877.Kesesuaian iklim, kesuburan bumi dan permintaan yang tinggi daripada negara Barat telah menjadikan getah sebagai tanaman yang popular di Negara ini (Nik Kamarudin Nik Abdul Kadir, 1995). Perkembangan industry getah telah menjadi pesat dengan jumlah eksport RM1,368 juta pada tahun 1965 (Chamhuri Siwar & Surtahman Kastin Hasan, 1999). Melalui galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan seperti bantuan tanaman semula dan subsidi baja.Kesemua faktor ini telah meningkat pengeluaran getah di Malaysia. Dalam jangka masa tidak mencecah 30 tahun iaitu pada tahun 1905, Malaysia telah mengeksport getah ke England dengan jumlah eksport pertama sebnayak 130 tan dan lima tahun kemudian jumlah ini telah meningkat dengan begitu mendadak kepada 6,504 tan.Seterusya pada tahun 1912,Malaysia telah menjadi pengeluar...

Words: 5154 - Pages: 21

Free Essay

Business

...1.0 Pengenalan Pada masa ini,jumlah penyakit diabetes semakin bertambah di negara kita. Hal ini dikaitkan dengan gaya hidup yang diamalkan oleh masyarakat moden pada masa ini. Malaysia telah dikelaskan sebagai sebagai negara keempat tertinggi di Asia yang mempunyai penghidap kencing manis. Berdasarkan perangkaan Institut Diabetes Antarabangsa, pesakit kencing manis di Malaysia juga dijangka meningkat daripada 800,000 orang pada tahun lepas kepada 1.3 juta orang menjelang tahun 2010. Memandangkan jumlah pengidap kencing manis sentiasa meningkat setiap tahun, amatlah perlu bagi rakyat Malaysia untuk mengubah tabiat pemakanan. Masalah dapat dicapai melalui pengetahuan tentang kesihatan, pemakanan yang seimbang, beriadah dan melakukan aktiviti fizikal. Oleh itu,pelbagai model promosi program kesihatan telah diperkenalkan untuk melahirkan seseorang individu yang seimbang dari segi rohani, jasmani, mental, emosi dan intelek. 2.0 Latar belakang laporan 2.1 Kencing Manis (Diabetes Mellitus) Penyakit Kencing manis atau diabetes mellitus merupakan penyakit disebabkan kandungan glukosa (gula) di dalam air kencing seseorang adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan hormon insulin. Penyakit ini dicirikan dengan keadaan hiperlisemia dimana kandungan glukosa dalam darah adalah tinggi terutamanya selepas pengambilan makanan.Keadaan ini berlaku disebabkan glukosa (gula) dalam darah tidak dapat dicernakan oleh badan seseorang sama ada kekurangan...

Words: 6751 - Pages: 28