Free Essay

Kaum Di Sabah

In:

Submitted By maiyskitty
Words 2576
Pages 11
Pengenalan
Sabah yang dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu merupakan sebuah negeri yang unik dan terkenal dengan kepelbagaian kebudayaan suku kaumnya. Terdapat kira-kira 2.5 juta penduduk Sabah merangkumi lebih daripada 30 suku kaum dan kira-kira 80 dialek bahasa. Penduduknya terdiri daripada kaum Kadazan, Dusun, Bajau, Murut, Kelabit atau Rungus dan lain-lain. Ciri-ciri kebudayaan negeri Sabah amat unik kerana kepelbagaian suku kaum di sini.
Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. Suku kaum Rungus adalah penduduk asli kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya. Suku Rungus juga dikenali sebagai Momogun, Dayak Dusun, Dayak Laut, Momogun Rungus, Melobong Rungus, Momogun Laut atau Dusun Laut. Rungus merupakan nama nenek moyang mereka yang di kenali sebagai Aki Rungsud. Aki Rungsud adalah tokoh bangsa Momogun Rungus yang telah membuka Teluk Bandau sebagai Pusat Perdagangan Sistem Barter pada zaman lampau.
Suku kaum Momogun Rungus sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Ini berikutan berdasarkan kesamaan dari segi bahasa, seni arkitektur, kepercayaan, pandangan alam serta segi etnologinya Momogun Rungus di dapati mempunyai persamaan dengan rumpun Dayak Kalimantan, Dayak Sarawak dan Kadazan Dusun di Sabah. Tidak hairanlah Momogun Rungus ini sering kali juga di kenali sebagai Dayak Laut atau Dayak Dusun.
Sarawak yang terkenal dengan nama jolokannya Negeri Bumi Kenyalang mempunyai rakyat yang terdiri dari pelbagai suku kaum. Terdapat kira-kira 30 kumpulan etnik di Sarawak. Kaum Iban merupakan suku kaum yang terbesar di Sarawak, diikuti oleh kaum Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan kaum-kaum etnik yang lain.
Masyarakat Iban merupakan golongan majoriti di negeri Sarawak. Terdapat pelbagai suku kaum masyarakat Iban seperti Balau, Sebuyau, Lemanak dan lain-lain. Masyarakat Iban masih kuat berpegang dengan identiti tradisi mereka di samping mengamalkan pelbagai jenis adat resam yang unik.
Kaum Rungus (Sabah)
Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Rungus
Menurut adat istiadat suku kaum rungus Pemuda-pemuda dari suku kaum Rungus tidak mencari bakal isteri mereka sendiri tetapi ditentukan oleh ibu bapa mereka.
Ibu bapa akan mencarikan pasangan bagi anak mereka apabila anak-anak mereka dewasa dan sudah berupaya memikul tanggungjawab untuk mendirikan rumahtangga.
Selalunya apabila ibu bapa si lelaki bertemu gadis yang berkenan di hati, mereka akan datang ke rumah ibu bapa si gadis untuk merisik sama ada si gadis telah berpunya atau belum.
Apabila didapati si gadis itu belum dimiliki, maka ibu bapa si lelaki akan menanyakan orang-orang yang rapat atau keluarga terdekat si gadis bagaimana sikap si gadis, sama ada si gadis yang dirisik rajin, baik hati dan sebagainya.Begitu juga sebaliknya bagi keluarga si gadis.
Setelah kedua-dua pihak sudah sepakat, barulah ibu bapa si lelaki menetapkan hari peminangan atau pertunangan. Setelah persetujuan pertunangan dibuat, maka barulah hari menghantar tanda tunang ditetapkan.
Barang-barang yang yang dijadikan tanda tunang adalah tidak terhad, antaranya:
I. Buah Pinang
II. Daun Sirih
III. Daun Kirai
IV. Kapur
V. Sigup (Tembakau)
VI. Lain-lain barang yang difikirkan perlu untuk si gadis

Kesemua tanda tunang ini dihantar oleh bapa si lelaki, si lelaki sendiri dan beberapa orang lain sebagai pengiring. Kebiasaannya, apabila rombongan si lelaki tiba di rumah si perempuan, si lelaki akan mengambil seberapa banyak yang terdaya dan disimpan para-para rumah si perempuan. Ini menandakan bahawa si lelaki itu mahu menjadi keluarga mereka. Tali pengikat kayu api itu akan disimpan sebagai tanda bahawa berapa besar ikatan kayu itu begitulah juga besarnya sukatan tempayan yang diberikan kepada bapa si perempuan. Adat ini dinamakan sebagai adat "Loput" atau "Buka Mulut".
Bagi hal berkenaan berian dan belanja kahwin,ibu bapa si lelaki akan menggunakan seseorang sebagai wakil untuk berbincang dengan keluarga perempuan dan menyampaikan kepada ibu bapa ibu bapa si lelaki segala keputusan keluarga pihak perempuan.
Untuk perempuan yang akan dikahwininya diberi satu "languwai" sederhana besar dan satu "tawag". Ibu bapa perempuan pula akan diberi dua buah "tawag" atau "sanang". Jika si lelaki berkemampuan, semua adik-beradiknya yang perempuan juga diberi satu "gadur" setiap seorang sebagai adat pewarisan.
Apabila tiba masa perkahwinan yang telah ditetapkan, si lelaki dikehendaki membawa "bujak", keris atau pedang, "paes" (pisau) yang diikat bersama gelang dengan menggunakan sapu tangan. Setelah lengkap semuanya barulah si lelaki berangkat ke rumah bakal isterinya. Apabila tiba di rumah si perempuan, si lelaki hendaklah menyerahkan kesemua barang tadi kepada ibu bapa si perempuan.Sesudah itu, barulah si lelaki boleh duduk di tempat persandingannya sementara menanti pengantin perempuan keluar bersanding. Si lelaki mestilah membawa seorang pengapit yang dipanggil "magat", begitu juga dengan pengantin perempuan.
Sesudah upacara perkahwinan dijalankan, barulah Ketua Kampung membuat surat peringatan perkahwinan untuk didaftarkan di Mahkamah Anak Negeri bagi mendapatkan Surat Keterangan Berian. Dalam surat peringatan ini, diberi "Lapik Banda" kepada kedua-dua suami isteri, iaitu sekiranya si suami tidak menjaga isterinya dengan baik, tidak menghormati mentua dan hal-hal lain yang tidak wajar dilakukan oleh seorang suami kepada isterinya, maka isteri berhak menceraikan suaminya tanpa mengembalikan kesemua berian dan perbelanjaan kahwin. Jika si isteri tidak mengikut nasihat dan kata-kata suami, curang atau lari dari rumah akan didenda satu "tawag" atau "sanang" dan berian akan dikembalikan kepada suaminya. Adapun tujuan "Lapik Banda" ini adalah untuk mengelakkan pasangan suami isteri daripada bercerai.
Kebudayaan Suku Kaum Rungus
I. Rumah Panjang
Suku kaum Rungus tinggal di rumah panjang yang disebut sebagai vinatang dalam bahasa Rungus. Vinatang ini adalah satu kebanggaan bagi suku kaum Rungus kerana ia menggambarkan ciri-ciri unik yang ada pada bangsa mereka. Rumah panjang ini, yang lazimnya sepanjang 300 kaki panjang, biasanya dibina atas bukit dan dinaikkan. Ruang bawah rumah panjang ini digunakan untuk memelihara binatang seperti ayam,babi, dan kerbau selain berfungsi sebagai tugu kepada serangan luar.
Sebagai komuniti yang hidup dalam kawasan pedalaman dikelilingi dengan hutan hujan tebal, haiwan liar, terdedah kepada keadaan alam yang tidak dapat diramal, dan manusia lain yang hidup berhampiran, orang Rungus ini terpaksa bergantung kepada anggota kumpulan untuk saling membantu menyara hidup seharian. Jarak fizikal dari segi kedekatan petempatan adalah satu cara bagaimana mereka dapat menghubungi satu sama lain dalam masa yang paling cepat dan singkat. Melalui persambungan rumah kepada rumah sebelah dan begitu seterusnya, para penghuni rumah berkenaan tidak perlu turun ke tanah, sebagaimana keadaannya dengan rumah sebuah, kalau mereka perlu menghubungi jiran atau kerabat yang menetap berhampiran. Keadaan ini mengurangkan kebarangkalian diserang oleh haiwan atau pihak lawan yang mengendap menunggu masa sesuai untuk menyerang.

Pakaian Tradisional
Rungus terkenal dengan kebudayaan mereka yang asli dan tidak ditelan zaman. Pakaian tradisional mereka adalah hasil tenunan tangan mereka sendiri dengan menggunakan kapas yang lebih dikenali sebagai kapok oleh penduduk setempat.
Suku kaum Rungus di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi pada waktu itu.
Pakaian tradisi wanita Rungus juga sarat dengan manik-manik yang direkacipta sendiri. Wanita Rungus pada zaman dahulu sentiasa memakai pakaian ini dalam kehidupan seharian seperti memasak, mengangkat air, menyulam dan lain-lain lagi.Kini ia hanya dipakai ketika majlis perkahwinan, keraian, kematian mahupun menjemput ketibaan tetamu ke rumah panjang.
Pakaian tradisi lelaki Rungus pula cukup ringkas dengan hanya sandai atau sopilang ( kain panjang dipakai bersilang), hokos (tali pinggang kain yang biasanya berwarna merah,hijau dan kuning), sigar (tengkolok) dan baduh (baju atau kain sarung) yang biasanya dipakai ketika melakukan tarian Sumundai Mongigol.
I. Tarian
Tarian juga merupalkan suatu kebudayaan yang penting bagi Suku Kaum Momogun Rungus. Tarian suku kaum Momogun Rungus ditarikan oleh seorang lelaki dan beberapa orang perempuan. Tarian yang dinamakan Sumundai-Mongigol ini diiringi dengan paluan gong. Apabila lelaki dan perempuan sama-sama menari, ia dipanggil "miandak" dalam bahasa Rungus. Tarian Sumundai-Mongigol ini ditarikan apabila tiba Pesta Kaamatan, majlis perkahwinan, kematian, keraian ataupun ketika menyambut tetamu yang istimewa. Kadang-kadang semasa tarian ini ditarikan, beberapa orang Rungus akan membawa beberapa gelas arak buatan sendiri seperti "kinomol" yang diperbuat dari beras dan "tinonggilan" yang diperbuat dari jagung untuk para tetamu yang hadir dalam majlis berkenaan.
Kaum Iban (Sarawak)
Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Iban
Meminang dan Bertunang
Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin serta lain-lain yang berkaitan. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Seterusnya kedua belah pihak akan berbincang tentang tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.
Majlis Perkahwinan
Majlis Perkahwinan Pelbagai persiapan akan dibuat untuk majlis perkahwinan yang bakal tiba. Bagi pihak keluarga lelaki mereka akan menyediakan perbelanjaan serta barang yang harus diberikan kepada keluarga perempuan. Keluarga perempuan juga membuat pelbagai persiapan termasuk memburu binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan. Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil masing-masing untuk menguruskan jemputan kahwin. Wakil itu membawa beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan. Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan, bermakna perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa lima hari lagi. Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari.
Pada hari perkahwinan, rombongan lelaki biasanya berarak ke rumah panjang pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi kain pua kumbu sekiranya pengantin melalui jalan sungai. Jika tidak, pengantin akan berjalan kaki mengikut jalan darat. Di sepanjang jalan, rombongan yang berpakaian menarik itu akan memukul gong. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah pengantin perempuan, tembakan meriam akan dilepaskan. Kemudian mereka mandi beramai-ramai di sungai sebelum memakai pakaian tradisional. Sampai di tangga rumah panjang, kepala rombongan pengantin lelaki dipelawa menyembelih seekor babi sebagai penghormatan dan pada masa itu juga tembakan senapang akan kedengaran secara balas-membalas.
Sungguhpun mereka telah sah sebagai pasangan suami isteri, mereka tidak boleh tidur bersama. Si suami masih tidur di ruai iaitu di bilik tetamu. Sebarang bunyi-bunyian yang didengar sepanjang berada di situ akan mempunyai maksud yang tersendiri samada baik atau sebaliknya. Ada pasangan yang terpaksa dipisahkan buat sementara waktu kerana mendapat petanda buruk.
Adat Istiadat kematian Suku Kaum Iban
Semasa kematian
Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan. Apabila ada kematian, semua saudara mara dan sahabat handai menghadirinya. Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja mendapati seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya. Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya. Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si mati. Kemudia mayat diletakkan di tengagh-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.
Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas mati). Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian. Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan membaca doa. Dengan doa itu, roh si mati dipercayai dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan. Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang. Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang tua-tua akan berbincang tentang jangkamasa berkabung dan berpantang. Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan menggunakan pinggan. Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai. Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidak menyiksa mayat itu. Keranda itu diperbuat daripada kayu yang baik oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda itu biasanya dihias dengan ukiran yang mempunyai motif tradisional. Selepas kematian
Masa berkabung bermula sebaik sahaja pengebumian selesai. Tempoh berkabung ialah tiga bulan bagi keluarga si mati dan sebulan bagi penghuni rumah panjang tersebut. Dalam tempoh itu unggun api dinyalakan di luar rumah selama tiga malam. Jika tidak, roh si mati akan pulang ke rumah dan mengganggu orang yang masih hidup. Mereka dilarang mengadakan sebarang majlis hiburan. Ahli keluarga si mati juga dilarang memakai barang kemas dan pakaian bewarna-warni.
Setelah tempoh berkabung tamat, seorang lelaki yang dihormati dijemput untuk menjalankan upacara ngetas ulit sebagai tanda tamat berkabung. Tidak beberapa lama kemudian upacara bercerai bunga dijalankan supaya roh si mati berada di dalam keadaan aman. Manang atau dukun menyanyi sepanjang malam meminta supaya petara memisahkan roh si mati daripada roh orang yang masih hidup. Adalah dipercayai perpisahan tersebut akan berkekalan selepas gawai orang mati diselenggarakan.

Kesenian Suku Kaum Iban

Kegunaan Buluh digunakan untuk membuat alat-alat
Sejak dahulu lagi, masyarakat Iban telah menggunakan sumber hutan khususnya buluh untuk keperluan asas kehidupannya seperti tikar dan rumah. Sehingga sekarang, masyarakat Iban masih menukar buluh payan dan buluh surik dengan daun nipah, gula nipah, pekasam ikan dan udang. Pertukaran itu dibuat dengan masyarakat Melayu di kampung-kampung berdekatan kawasan mereka tinggal. Buluh telah digunakan untuk membuat alat menangkap ikan seperti serkap, bubu, dan lukah. Buluh juga digunakan untuk membuat rakit, salah satu jenis pengangkutan untuk menyeberangi atau menyusur sungai. Buluh juga dapat dijadikan senjata. Tukak (buluh yang diruncingkan) ditanam keliling rumah panjang untuk melindungi rumah panjang daripada serangan musuh. Musuh yang menyerang akan terpijak tukak-tukak dan kaki mereka luka. Semilu pula merupakan sejenis pisau yang amat tajam yang dibuat dengan menggunakan kulit bahagian luar buluh dan kulit bahagian dalam buluh. Semilu boleh digunakan untuk memotong sesuatu yang lembut seperti tembakau. Tembakau yang dipotong dengan semilu tidak berserabut.

Kebudayaan Suku Kaum Iban

Tarian
Tarian Ngajat sangat popular di kalangan orang Iban di Sarawak. Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian yang di tarikan ketika menyambut Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dulu ia ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
Penari akan memakai pakaian tradisional seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung adalah sejenis baju yang tebal dan keras diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut Hari Gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.
Satu lagi cara dan gerak tari tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
Ngajat adalah antara tarian orang ulu yang begitu terkenal dewasa ini. Terdapat banyak jenis tarian Ngajat orang ulu, antaranya adalah tarian Ngajat solo, berpasangan dan Ngajat secara berama-ramai.
Sebagai sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak, tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada suatu waktu dulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang.
Pahlawan lelaki mempamerkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir.

Bibliografi

1) http://pmr.penerangan.gov.my

2) http://www.sabah.edu.my/itls07013

3) http://www.scribd.com/doc/17486353/Adat-Resam-Masyarakat-Majmuk-di-Malaysia

4) http://noorhasnahadam.multiply.com/journal/item/26

5) http://malaysiana.pnm.my/01/0104swketnik_pengenalan.htm

6) http://malaysiana.pnm.my/01/0105sbhetnik_pengenalan.htm

Similar Documents

Free Essay

Sejarah

...atas hadrat Illahi di atas kurnia dan rahmat yang telah diberikan oleh-Nya sehingga pengkaji dapat menyiapkan penulisan Ilmiah yang bertajuk ‘Sejarah kedatangan dan perkembangan Masyarakat Bugis Sabah’ . Dengan jayanya. Sepanjang menjalankan kajian ini pengkaji telah mendapat banyak bantuan daripada pelbagai pihak terutamanya En. Samawi Kula yang merupakan guru mata pelajaran Sejarah , SMK KOTA MARUDU II , Kota Marudu Sabah. Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bantan dari segi moral dan motivasi. Tidak kira masa dan tempat. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan , terutamnya Kelas 6 atas 1 ,yang telah banyak membantu dan emebri tunjuk ajar kepada saya. Semoga kita semua Berjaya dalam menyiapkan penulisan Ilmiah ini. Kepada kedua ibu dan ayah tercinta . Terima Kasih di atas bantuan dan dorongan dari segi motivasi , kewangan dan pengankutan yang telah diberikan kepada saya selama ini. Semoga saya mendapat markah yang cemerlang dalam menyiapkan penulisan ini dengan jayanya. Kepada semua pihak yang telah emnghulurkan bantuan kepada saya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga allah memberkati kita semua. 1.0 PENDAHULUAN Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi, Indonesia. Ia merupakan salah satu rumpun Melayu yang terdapat di Nusantara. Pada hari...

Words: 4889 - Pages: 20

Free Essay

I Love Malaysia

...KEINAHAN SABAH Makanan Tradisional Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu kaum. Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazandusun. Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei. Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazandusun yang tinggal di kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini. Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazandusun. Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini amat berbeza dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat, sudah tentu ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri. KEBUDAYAAN Negeri Sabah mempunyai tidak kurang  dari tiga puluh etnik suku kaum . Sebuah  negeri yang kaya dengan tarian  kebudayaannya. Apabila tiba musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga perayaan Sabah Fest yang dirayakan pada Mei setiap tahun, orang ramai dapat menyaksikan pelbagai tarian kebudayaan yang dipersembahkan untuk memeriahkan lagi suasana perayaan berkenaan. Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum.  Etnik terbesar  di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.  Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. ...

Words: 716 - Pages: 3

Free Essay

Sampel

...SAMPEL JAWAPAN UNTUK UJIAN 1 HUBUNGAN ETNIK (CTU 553) BAHAGIAN B (10 MARKAH) Jawab SATU (1) soalan sahaja. Soalan 1 Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan tentang hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Huraikan: 1) TIGA (3) rasional perkara 153 tersebut. (06 markah) 2) Kaitan Perkara 153 dengan Perkara 10 dan Perkara 150 (6a). (04 markah) (10 markah) 1) Rasional perkara 153 a) Rasional bagi merezabkan untuk orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak suatu kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam persekutuan ialah kerana. Sebelum ini bilangan orang Melayu yang memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan sangat kurang. Kebanyakan orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak menjadi petani dan nelayan serta tinggal di kawasan luar bandar. Semasa penjajahan Inggeris, kebanyakan jawatan rendah dalam pentadbiran dipegang oleh kaum lain terutamanya orang India dan Sri Lanka yang boleh bertutur bahasa Inggeris. Untuk memperbaiki keadaan ini, para perwakilan daripada pelbagai kaum (Melayu, Cina dan India) yang merangka perlembagaan telah sepakat bahawa bilangan orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak mestilah ditambah dan diberi keutamaan. b) Jurang pendapatan antara bumiputera dan bukan bumiputera masih tinggi. Begitu juga negeri-negeri yang majoritinya adalah Melayu dan bumiputera mempunyai kadar kemiskinan yang tertinggi seperti Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan....

Words: 460 - Pages: 2

Free Essay

Whatever

... * Ekonomi sara diri – pengeluaran makanan harian * Catuan makanan – untuk mengatasi kekurangan bahan keperluan harian * Kaisha(syarikat Jepun) – diberi layanan istimewa Sosial – Pengaruh Barat dan China * Sekolah Inggeris dan Cina ditutup Kesetiaan terhadap Jepun / Penggalakan budaya Jepun * Ditumpukan kepada Maharaja Jepun * KIMIGAYO (Lagu Kebangsaan Jepun) – dinyanyikan pada setiap pagi * Nippon Go – bahasa penghantar Orang Melayu * Dilayan dengan baik – ingin mendapat kerjasama orang Melayu meneruskan pemerintahan Orang Cina * Dilayan dengan kasar – menyokong kerajaan China semasa Perang China-Jepun Orang India * Dilayan dengan baik – Jepun ingin kerjasama mereka bagi mengusir British di India PG 49 - Tujuan penubuhan Malayan Union Membentuk satu bangsa Malayan Union * Golongan imigaran menumpukan kesetiaan kepada Malayan Union Menyediakan Tanah Melayu * Ke arah bekerjaan sendiri Mewujudkan suatu pentadbiran yang cekap dan seragam * Pentadbiran Tanah Melayu telah merumitkan pemerintahan Mengukuhkan pertahanan * Tanah Melayu dan Asia Tenggara Memastikan sumbangan golongan imigran * Sumber tenaga kerja dan pelabur yang memajukan dan mengembangkan ekonomi Tanah Melayu tidak terjejas Menjamin terus penguasaan British * Terhadap sumber ekonomi Tanah melayu Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British * Kerana pentadbiran berasingan telah menelan belanja yang besar Mengurangkan dan mengawal...

Words: 1032 - Pages: 5

Free Essay

Hubungan Ethnic

...Tugasan Individu 1.  "Pilihanraya Umum Malaysia telah diadakan pada 5 Mei 2013. Ia adalah sebagai memenuhi tuntutan demokrasi di negara ini yang diasaskan kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan Malaysia" Merujuk kepada kenyataan di atas, jelaskan dengan lebih lanjut berkenaan kepentingan, matlamat dan proses pilihanraya di negara ini berdasarkan kehendak Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 2. "Secara umumnya gerakan Imperialisme Barat ke atas negara-negara yang lebih mundur adalah lebih bertujuan untuk memanipulasikan segal a kepentingan ekonomi dan politik negara tersebut untuk keuntungan mereka semata-mata." Bincangkan kenyataan di atas secara kritis. 3. "Dasar Ekonomi Baru Satu Kegagalan " Berdasarkan kefahaman anda tentang "DEB", berikan satu analisis terhadap kenyataan di atas menurut perspektif Malaysia pada hari ini. 4. " Penerimaan Sabah dan Sarawak kepada cadangan gagasan Persekutuan Malaysia merupakan satu rahmat kepada Persekutuan Tanah Melayu" Berdasarkan kenyataan di atas sila bincangkan dari aspek sosial, politik dan ekonomi, mengapa pemimpin dan penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju dengan cadangan pembentukan sebuah Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. 5. Huraikan perjuangan Parti Perikatan dari tahun 1955 sehingga 1957. 6. Pada pandangan anda bagaimana slogan "1 Malaysia" mampu menjana perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara kita dengan lebih berkesan. Jawapan anda perlu disertakan dengan contoh-contoh yang jelas. 7. Analisa kepentingan rancangan...

Words: 339 - Pages: 2

Free Essay

One Malaysia

...Manifesto Barisan Nasional (BN) 2013 (PRU 13) : BR1M RM1200, Harga Kereta Turun 20%-30%, Baucar Buku (RM300) & Bantuan Sekolah (RM150) 39 by STAFF BERITA SEMASA on APRIL 8, 2013 in PILIHANRAYA UMUM 13 Manifesto Barisan Nasional : Lautan dan gelombang biru diperhebatkan paluan gendang “perang” sehingga sudah menerjah masuk di kaca-kaca televisyen dan di corong-corong radio serta tidak lupa juga di akhbar arus perdana sejak pelancaran Manifesto barisan Nasional (BN) pada Sabtu yang lalu. Jikalau hebahan dan perkongsian Manifesto Pakatan Rakyat bakal diberikan ruang dan peluang hanya selama 10 tetapi secara rakaman untuk suntingan, lain pulanya untuk khas untuk manifesto Barisan Nasional. Berapa ramai yang saksikannya pengumuman Manifesto Barisan Nasional (BN) yang disiarkan secara langsung dan mendapat liputan yang cukup meluas dikebanyakan media utama di Malaysia (Siaran langsung di Astro Awani, Astro Saluran 301(saluran berbahasa Cina) dan Astro Saluran 201(saluran berbahasa tamil) , TV1 dan TV3)  selama tempoh lebih sejam lamanya dari Stadium Tertutup Bukit Jalil? Senarai Akujanji Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU 13? Manifesto Barisan Nasional 1 : Kos Sara Hidup * BR1M dinaikkan kepada RM1,200 untuk isi rumah; RM600 untuk orang bujang. * Baucar Buku 1Malaysia dinaikkan sehingga RM300; Bantuan Persekolahan dinaikkan kepada RM150. * Harga kereta akan diturunkan antara 20 hingga 30 peratus secara berperingkat dengan menyemak semula Dasar Automotif Nasional...

Words: 4296 - Pages: 18

Free Essay

He Etnik Nik

...Usul Kaum Iban 3-4 3. Penempatan Kaum Iban 5 4. Sistem Bahasa 6 5. Kegiatan Ekonomi 7-8 6. Makanan Tradisional Kaum Iban 9-11 7. Pakaian Tradisional Kaum Iban 12-15 8. Perayaan Kaum Iban 16-20 9. Perkahwinan Kaum Iban 21-24 10. Pantang-Larang Kaum Iban 25 11. Kesimpulan 26 12. Rujukan 27  Pengenalan Hubungan etnik merupakan salah satu kursus wajib 2 kredit yang didaftarkan di Taylor’s University. Kursus ini bertujuan memupuk kesepaduan antara etnik serta mengenali etnik-etnik yang terdapat di Malaysia. Seperti yang kita ketahui, Malaysia bukan sahaja kaya dengan hasil bumi yang bernilai tetapi juga mempunyai masyarakat majmuk yang mengamalkan perkongsian budaya antara kaum. Selain daripada mengikuti kuliah, kami juga dikehendaki melaksanakan kajian lapangan mengenai etnik-etnik yang terdapat di Sarawak. Kumpulan kami telah memilih kaum Iban dan kajian ini dijalankan di sekitar bandar Bintulu dan lawatan ke Kuching juga membantu kami untuk menambahkan info mengenai kaum Iban. Setelah mencari maklumat daripada pelbagai sudut, kami telah mengetahui latar belakang, sistem bahasa, makanan, pakaian, perayaan, perkahwinan dan pantang larang kaum Iban. Keputusan lengkap daripada tugasan ini telah kami sediakan di muka-muka surat belakang. Sejarah Asal Usul Kaum Iban Kaum Iban...

Words: 4117 - Pages: 17

Free Essay

Dasar Ekonomi Baru

...mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Pembangunan yang telah dicapai semenjak kemerdekaan sehinggalah tercetusnya tragedi 13 Mei bukan sahaja gagal mengatasi masalah kemiskinan malah pernah dianggap memburukkan lagi masalah tersebut. Pembangunan ekonomi yang pesat dalam tempoh tersebut tidak dapat dinikmati oleh sebahagian besar penduduk negara. Jadual di bawah menunjukkan kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1970. Ia jelas menunjukkan kemiskinan dalam kalangan kaum Melayu lebih tinggi berbanding dengan kaum Cina dan India. Juga disertakan dan didapati purata pendapatan kaum Melayu yang jauh lebih rendah dimana kaum Melayu hanya RM162 sebulan, sedangkan kaum India berpendapatan RM310 sebulan dan kaum Cina RM399 sebulan. Jadual 1.0: Semenanjung Malaysia : Kadar Kemiskinan dan Pendapatan Purata Isi Rumah, 1970. Kaum Kadar Kemiskinan (%) Pendapatan Purata Isi Rumah (RM Sebulan) Nisbah Pendapatan Melayu 56.4 162 - Cina 19.2 399 Cina/Melayu=2.32 India 28.5 310 India/Melayu=1.76 Sumber : Malaysia, Kajian Separuh Penggal RM ke-2 (1971-1975).Ishak dan Rogayah (1986) Oleh itu, Pembasmian kemiskinan merupakan salah satu usaha kerajaan dalam pelaksanaan DEB kerana kemiskinan bukan sahaja berlaku di luar bandar malah di bandar juga. Definisi secara umum tentang kemiskinan ini dapat dilihat daripada definisi klasik yang diberikan oleh Charles Booth (disebut di dalam...

Words: 552 - Pages: 3

Free Essay

Background of Rukun Negara

...peristiwa 13 Mei 1969 iaitu rusuhan kaum. Hal ini demikian kerana pada zaman dahulu, kedatangan British serta dasar-dasar imigrasi liberal ke Malaysia telah mengubahkan gaya hidup masyarakat Malaysia. Demi mengeksploitasi kekayaan semulajadi Malaysia, pihak Inggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh yang banyak dari China dan India untuk bekerja di lombong bijih timah dan juga estet dan perbuatan ini telah menyebabkan pertambahan bilangan pelbagai kaum di Malaysia pada masa tersebut. Seterusnya, pihak British berpendapat bahawa pertambahan bilangan pelbagai kaum di Malaysia akan mengugatkan kedudukan pihak Inggeris di Malaysia , maka kerajaan Inggeris telahpun melaksanakan dasar pecah untuk memisahkan ketiga-tiga kaum utama seperti Melayu, Cina serta India dari aspek pekerjaan dan juga tempat tinggal untuk mengelakkan kewujudan perpaduan mereka. Kebanyakkan kaum Melayu akan dipindah ke desa dan hanya terlibat dalam sector pertanian manakala kaum Cina akan tinggal di Bandar dan terlibat dalam perniagaan. Kaum India pula tinggal di dalam estet-estet dan hanya sedikit daripadanya tinggal di dalam Bandar. Selain itu, dari segi pendidikan, ketiga-tiga kumpulan ini tidak akan mendapat sukatan pelajaran atau kurikulum uang sama dan keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Dasar pecah ini telah berjaya dilaksanakan dan ini membawa kesan interaksi kepada pelbagai kaum iaitu interaksi mereka hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Apabila...

Words: 2327 - Pages: 10

Free Essay

Research

...pimpinan Lee Kuan Yew semakin lemah  British bercadang memberikan kemerdekaan Singapura, Photo - Straits Times Lim Chin Siong  Sarawak, Brunei & Singapura merdeka lebih awal  Kesemua negeri di bawah pemerintahan British  Kemerdekaan berasingan akan lebih lambat  Sabah & Sarawak belum bersedia  Di Sabah & Sarawak - Kebanyakan jawatan dipegang bangsa asing. Bumiputera berpendidikan rendah  Keistimewaan dalam perlembagaan dapat dinikmati bersama  Jumlah bumiputera ramai di Sabah & Sarawak.  Penggabungan membolehkan kumpulan Melayu & Bumiputera kekal terbesar  Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah,  Brunei kaya dengan sumber minyak,  Singapura - pelabuhan penting Asia Tenggara,  Sabah dan Sarawak belum maju… REAKSI NEGARI-NEGERI TERLIBAT  Lee Kuan Yew (PAP) menyokong kuat,  Barisan Sosialis dan Parti Buruh menentang.  Refrendum diadakan - keputusan, 71.1% rakyat Singapura menyokong.  Pemimpin terperanjat – salah faham, anggap helah.  Mereka takut kedudukan politik mereka terjejas.  peniaga Cina bimbang kuasa ekonomi terjejas  Ada berpendapat perlu dimerdekakan dahulu.  Pemimpin2 negeri ini membentuk Barisan Bersatu (9 Julai 1961 )  Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan – tujuan kumpulkan pendapat penduduk Sabah & Sarawak  Pada bulan Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS) menyokong gagasan Malaysia. Kemudian, Donald...

Words: 625 - Pages: 3

Free Essay

Mcdonalds

...dan air, pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan, perdagangan borong dan runcit serta perkhidmatan. Dengan perkataan lain, tiga sektor tersebut memberikan gambaran jenis-jenis pekerjaan bagi kaum Melayu, Cina, India, dan lain-lain di Malaysia iaitu ada yang terlibat dengan sektor pertama, ada yang terlibat dengan sektor kedua dan ketiga. (Lehar, 1998) ISU-ISU EKONOMI DI MALAYSIA Setiap negara di dunia menghadapi masalah sosial dan ekonominya sendiri. Negara kita juga tidak dapat lari daripada masalah-masalahnya. Beberapa isu ekonomi telah dihadapi oleh negara sejak merdeka lagi dan sebahagiannya masih lagi dirasai. Isu-isu ini adalah seperti berikut. 1) Pergantungan Eksport Warisan dari dasar dan pentadbiran penjajah British telah menyebabkan ekonomi negara bergantung kepada pengeluaran dan eksport dua komoditi utama iaitu getah dan bijih timah di Semenanjung, tumpuan eksport ialah lada hitam dan petroleum di Sarawak, dan kayu balak di Sabah. Sebelum merdeka, pendapatan dari eksport kasar merupakan lebih 45 peratus daripada KDNK dan 85 peratus dari jumlah tersebut dating dari eksport getah dan bijih timah. (Lehar, 1998) Pergantungan yang keterlaluan adalah kurang menguntungkan kerana pendapatan negara selalu tidak stabil akibat turun naik harga dan permintaan di pasaran dunia. Walau bagaimanapun, masalah ini telah dapat diatasi apabila kerajaan mula menjalankan strategi kepelbagaian dari sejak kemerdekaan hingga kini. Eksport negara sekarang...

Words: 2875 - Pages: 12

Free Essay

Teletubbies

...Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London. Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman. Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. [perlu rujukan]Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab. Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'. Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan...

Words: 527 - Pages: 3

Free Essay

Pengajian Malaysia

...& SELAMAT SEJAHTERA ‫ا و آ‬ BAB 1: PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA TOPIK-TOPIK BAB; TOPIKMASYARAKAT BUDAYA HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA MPW 1133 PENGAJIAN MALAYSIA Tenaga Pengajar: Pengajar: En. Muhamad Wazir Bin Muslat FPSS UNiSEL, Bestari Jaya UNiSEL, Tel : 017-2406268 017email: muhamad_wazir_muslat@yahoo.com 1 2 MASYARAKAT PENGENALAN Negara D.K.R.T Malaysia dari segi Sejarah Kedudukan geografi Kedudukan ekonomi Kepelbagaian masyarakat PENGENALAN DEFINISI MASYARAKAT KONSEP-KONSEP MASYARAKAT KONSEPMASYARAKAT MAJMUK HUBUNGAN ETNIK PEMBINAAN BANGSA/NATION MALAYSIA 3 4 DEFINISI MASYARAKAT Kamus Dewan > kumpulan manusia yg menetap bersama di suatu tempattempatmengikut aturan tertentu Kelompok terbesar dari makhluk manusia dimana mereka hidup terjaring kebudayaan (Kucaraningrat) Kucaraningrat) Kelompok manusia yg telah lama hidup & bekerjasama sehingga mereka dapat mengorganisasikan dirinya & berfikir mengenai dirinya sebagai kesatuan sosial yg mempunyai batas-batas tertentu batas(Linton) Samb... Satu kum. manusia yg b'hbg secara tetap & kum. t'sususn dlm m'jlnkan aktiviti2nya secara kolektif & merasakan bhw mrk adalah hidup b'sama. b'sama. Bukanlah individu yg sama shj m'jadi anggota satu2 msykt krn anggota baru akan terus menerus lahir di dlmnya & ada pula yg mati. Oleh mati. yg demikian t'dpt p'hub. terus menerus di p'hub. kalangan mrk yg masih hidup & kekal selama b'abad2 (Roucek & Warren, 1976) (Roucek Satu kumpulan / kelompok manusia yang...

Words: 16153 - Pages: 65

Free Essay

Business

...Soalan : Kebebasan beragama telah sedia terjamin di dalam Perlembagaan Negara. Kebebasan ini telah mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia sejak kita memperolehi kemerdekaan. Kesefahaman kepada pengaruh dan peranan nilai agama yang ditunjukkan telah mewujudkan masyarakat yang mampu bekerjasama, berinteraksi dan harmoni dalam menangani masalah yang dihadapi. Sejauhmanakah kebebasan beragama mempengaruhi konsep “Wasathiyah” di kalangan pelbagai kaum dan umat beragama di negara ini. Bincangkan. Abstrak Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia menyatakan, Islam adalah merupakan agama rasmi negara, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di Malaysia.Perkara 11(1) Perlembagaan Malaysia juga menyatakan, tiap-tiap orang di Malaysia berhak menganuti dan mengamalkan agamanya. Hak untuk menganuti dan mengamalkan agama ini tidak boleh disekat oleh mana-mana pihak atas apa-apa alasan sekalipun, melainkan ia berlawanan dengan apa-apa undang-undang am berhubung dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau moraliti. Hak kebebasan beragama ini perlu diselarikan dengan konsep wasatiyyah yang diterjemahkan oleh kerajaan dalam pentadbiran negara sekarang ini yang menekankan segala aspek kehidupan termasuklah aspek akidah, syariah, ekonomi, kepenggunaan, pengurusan pembangunan, akhlak, kebudayaan dan kesenian. Ini selari dengan keamanan global yang turut mementingkan kestabilan pembangunan, ekonomi, iklim persekitaran dan kemanusiaan. Konsep wasatiyyah dalam realitikehidupan...

Words: 4992 - Pages: 20

Free Essay

Marketing Research

...Kepentingan kerjasama antara kaum merupakan faktor kepentingan menjana ekonomi negara Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat majmuk yang hidup dalam suasana aman damai dalam pelbagai budaya, bahasa dan adat resam serta mempunyai kestabilan politik dan ekonomi yang mantap. 'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara.Bertitik tolak daripada sikap saling bekerjasama ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Kerjasama merupakan asset yang penting kepada Malaysia kerana tanpa kerjasama antara kaum, keharomian tidak mungkin dapat dinikmati ibarat ‘besatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Semasa penjajah British dan Jepun, rakyat Malaysia kurang melibat dalam politik dan pentadbiran. Setelah Jepun tamat penjajahan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, Pada 1 april 1946, British kembali ke Tanah Melayu dan menubuh kan Malayan Union sebagai Negara-bangsa bersifat kesaksamaan versi total. Hubungan etnik menjadi bertambah buruk dengan pengenalan Malayan Union oleh British yang diterima oleh kebanyakan orang cina dan india tetapi ditentang oleh orang melayu. Dengan bantahan melayu melahirkan UMNO. Selain itu, kerjasama kumpulan seperti AMCJA-PUTERA, MCA, MIC juga bermula semasa penjajahan Jepun dan sebelum kemerdekaan seperti. Kerjasama etnik UMNO, MCA, MIC membawa kejayaan besar...

Words: 869 - Pages: 4