...kematian yang dibuat oleh beliau dengan bantuan jadual mortaliti. Walau bagaimanapun dalam amalan, bilangan sebenar mungkin berbeza menyebabkan penyebaran luas. Perbezaan sedemikian akan memberi kesan ke atas pendapatan bagi Syarikat Insurans Hayat. Kos untuk sebuah syarikat insurans hayat dalam kes tuntutan adalah jumlah diinsuranskan bonus ditambah, jika dibenarkan. Penanggung insurans hayat biasanya mendapatkan insurans semula untuk mengurangkan kesan ketegangan kematian itu ke atas keputusan operasi syarikat. Terdapat dua pelan perlindungan reinusrans: ( i ) Pelan Koinsurans Pelan ini hampir sama dengan reinusurans kongsi kuota dalam insurans harta dan liabiliti. Insurer utama akan menindahkan sebahagian daripada amaun perlindungan polisi kepada reinsurer. Reinsurer akan bertanggungjawab terhadap manfaat kematian berdasarkan bahagian yang dipindahkan. Reinsurer juga bertanggungjawab terhadap pengendalian rizab polisi berkadaran dengan perkongsiannya dengan insurer utama. ( ii ) Pelan Sementara Boleh Baru Tahunan Insurer utama akan membeli polisi insurans sementara boleh baru tahunan dengan nilai sama dengan amaun baru berisiko bersih polisi yang ingin direinsuranskan. Amaun bersih berisiko ialah perbezaan antara amaun muka polisi dengan rizab. Reinsurer akan membendung amaun bersih berisiko (NAR) bagi polisi yang direinsuranskan yang melebihi...
Words: 287 - Pages: 2
...MATEMATIK (PERANCANGAN 5 TAHUN : 2014 - 2018) ANALISIS SWOT KEKUATAN (S) S1 | Pengurusan dan kepimpinan yang mantap. | S2 | Hubungan dan kerjasama baik di kalangan warga sekolah. | S3 | Komunikasi baik antara pentadbir dan semua guru. | S4 | Mempunyai guru-guru yang berpengalaman dan guru lepasan ijazah. | S5 | Guru-guru yang komited dan optimis. | S6 | Kemudahan fizikal dan ICT. | | KELEMAHAN (W) W1 | Guru terlibat dengan tugas rasmi di luar sekolah. | W2 | Sebilangan murid yang kurang berminat untuk belajar. | W3 | Guru dibebankan dengan pelbagai tugas dan aktiviti. | W4 | Murid terlalu bergantung dengan guru. | W5 | P & P sebahagian guru perlu dimantapkan. | W6 | Kurang pembudayaan PBS. | W7 | Pelajar tidak sedar bahawa mereka dinilai setiap masa. | | | | PELUANG (O) O1 | Sokongan dari PIBG dan wakil rakyat. | O2 | Hubungan baik dengan PPD, JPN dan pihak yang terlibat. | O3 | Hubungan baik dengan masyarakat setempat. | O4 | Kerjasama yang baik dengan sekolah-sekolah kelompok. | O5 | Perhubungan yang baik dengan bekas pelajar (ALUMNI). | O6 | Jalinan di antara sekolah-sekolah berhampiran. | O7 | Penguasaan fakta asas murid lemah. | | | | ANCAMAN (T) T1 | Latar belakang sosio ekonomi pelajar yang berbeza. | T2 | Kekangan masa. | T3 | Banyak program sampingan. | T4 | Masalah keluarga. | T5 | Kurang perhatian dan sokongan dari ibu bapa. | T6 | Pengaruh negatif rakan sebaya. | | TOWS MATRIKS – KSSR/PBS...
Words: 1062 - Pages: 5
...MAJLIS KESELAMATAN NEGARA ARAHAN No. 20 (SEMAKAN SEMULA) DASAR DAN MEKANISME PENGURUSAN BENCANA NEGARA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI TERHAD PRAKATA Susulan daripada kejadian keruntuhan Pangsapuri Highland Towers di Hulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993, Jemaah Menteri pada 18 Mei 1994 telah memutuskan untuk mewujudkan satu mekanisme pengurusan Bencana dan diletakkan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Hasil daripada keputusan tersebut, MKN telah mengeluarkan Arahan mengenai Dasar dan Mekanisme Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara pada 11 Mei 1997. Arahan ini disemak semula selaras dengan perubahan semasa, corak serta kerumitan kejadian Bencana pada masa ini. Arahan ini menggariskan mekanisme pengurusan Bencana secara lebih menyeluruh meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian Bencana. Setiap agensi yang terlibat dalam pengurusan Bencana bertanggungjawab melaksanakan peranan masing-masing selaras dengan Arahan ini. Pengurusan Bencana juga hendaklah dikendalikan secara bersepadu oleh semua agensi supaya tindakan di setiap peringkat menjadi lebih efisien dan efektif. Arahan ini juga akan dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang pembaziran, kekeliruan, konflik dan percanggahan atau pertindihan peranan semasa menangani Bencana. Tumpuan utama kepada pengurusan Bencana adalah ke arah Pengurangan Risiko Bencana secara berterusan melalui program-program Pencegahan, Peredaan dan Kesiapsiagaan...
Words: 10423 - Pages: 42
...BAB 6 STRATEGI KEUSAHAWANAN Ahmad Khairi Yahya OBJEKTIF PEMBELAJARAN______________________ Di akhir bab ini, pelajar akan: 1. Memahami perancangan strategik dan kepentingannya. 2. Memahami mengenai Matrik Strategik Keusahawanan dan kegunaannya dalam memilih strategi yang sesuai. 3. Memahami dan mengenal pasti strategi yang dipraktikan dalam bidang keusahawanan. 4. Mengetahui kitar hayat industri dan aplikasi strategi yang sesuai. 5. Mengenal pasti postur dalam penentuan strategi. __________________________________________________ 1. PENGENALAN Kebanyakan usahawan merangka berbagai perancangan untuk perniagaan mereka namun selalunya kecenderungan mereka ialah kepada perancangan yang tidak formal atau yang kurang bersistematik. Keperluan untuk merancang adalah berbeza dan ianya bergantung kepada saiz, sifat dan struktur perniagaan. Perniagaan kecil yang beroperasi dengan dua orang pekerja mungkin boleh berjaya dengan perancangan yang tidak formal berikutan tahap kekompleksan yang rendah dalam urus niaganya. Bagi perniagaan yang berkembang pesat dengan menyaksikan peningkatan bilangan pekerja dan peningkatan saiz pasaran secara berterusan, maka ianya perlu mempunyai perancangan yang formal berikutan kewujudan kekompleksan dalam urus niaga dan operasinya. Usahawan perlu beralih daripada perancangan...
Words: 4809 - Pages: 20
...surat hadapan dokumen ini PENGENALAN Penilaian Pengiktirafan Pengurusan Kualiti Menyeluruh berdasarkan Total Quality Fast Track Model (TQFTM) dilaksana pada 1 Jun 2011 di Kolej Pengurusan Perniagaan & Perakaunan (COBA) di UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Bandar Muadzam Shah, Pahang, manakala pada 3 Jun 2011, penilaian dilaksanakan di UNITEN Kampus Putrajaya bagi Bahagian Pengurusan Universiti, Kolej Kejuruteraan, IT dan Asas & Pengajian Am. Penilaian bertujuan untuk mengenalpasti amalan dan pelaksanaan di UNITEN berbanding kriteria penilaian TQFTM sebelum UNITEN dianugerahkan dengan sijil TQFTM SIRIM Berhad. Hasil penilaian ini juga akan membantu UNITEN mengenalpasti ruang - ruang peningkatan dalam pengurusan kualiti operasi keseluruhan organisasi untuk membantu UNITEN dalam usaha yang berterusan ke arah kecemerlangan. LATAR BELAKANG ORGANISASI Universiti Tenaga Nasional mula beroperasi pada tahun 1976 sebagai Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS), yang berkhidmat selama bertahun-tahun sebelum ini sebagai pusat latihan korporat untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dulunya dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara (LLN). Pada tahun 1994, ILSAS telah berubah menjadi sebuah institusi...
Words: 3398 - Pages: 14
...Sebagai seorang Ekekutif Sumber Manusia, saya diberi tanggungjawab untuk menyediakan satu pelan tindakan khusus bagi menyemarakan semula semangat motivasi dikalangan semua peringkat agar dapat mengatasi masalah motivasi dikalangan pekerja syarikat yang sedang merundum. Beberapa perkara perlu dilalukan untuk meningkatkan motivasi pekerja, antaranya ialah pastikan sistem dan prosedur kerja berkesan dan senang difahami. Contoh, semua pekerja termasuk pekerja baru perlu diberitahu sejelas-jelasnya mengenai tugas-tugas yang harus dibuat dan prosedur untuk melakukannya. Sistem insentif perlu dihubungkaitkan dengan prestasi pekerja. Pastikan keberkesanan saluran komunikasi (perhubungan). Setiap pengurus dan penyelia perlu dilatih menggunakan cara efektif dalam perhubungan dengan pekerja bawahan agar dapat membantu mewujudkan suasana harmoni di dalam pekerjaan. Buat perancangan program latihan dan pembangunan pekerja yang tepat, mencukupi dan secara menyeluruh. Kenalpasti objektif-objektif latihan dan pembangunan yang perlu dicapai. Pekerja yang mahir dalam menjalankan tugasnya akan menjadi lebih bermotivasi. Pastikan gaya dan cara kepimpinan di dalam organisasi dan budaya korporat dapat membantu meningkatkan motivasi pekerja. Tangani masalah peribadi pekerja mengikut cara yang telah diterima sebagai efektif. Walau bagaimanapun, latar belakang pekerja, keperibadian, falsafah hidupnya dan sebagainya boleh menghalang pekerja berkenaan untuk memperbaiki prestasinya. Terdapat teori bahawa...
Words: 1540 - Pages: 7
...DENGAN KERJASAMA ________________________________________ KERTAS KERJA CADANGAN _________________________________________ PENGANJURAN PROGRAM: 1. GAS FITTER LEVEL III & 2. PLANT OPERATION 1.0 PENGENALAN Dalam usaha kearah mencapai Pelan Transformasi 2011-2015 Universiti Malaysia Pahang, Unit Latihan & Pembangunan Staf Makmal Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli dengan kerjasama Pusat Pengajian Berterusan & Pembangunan Professional (CENFED) berhasrat untuk melaksanakan kursus jangka pendek bagi program “Gas Fitter Level III” dan “Plant Operation”. Modul bagi program-program ini adalah bersandarkan kepada kurikulum Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber manusia. Pada tahun 2011, Makmal Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli telah menerima status Pusat Latihan Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) daripada JPK di mana pada dasarnya ia adalah merupakan pengiktirafan untuk UMP melaksanakan kedua-dua program ini. Pelaksanaan program ini diharap dapat membantu Universiti Malaysia Pahang mencapai “Key Result Area” (KRA) yang telah disusun. 1.0 OBJEKTIF 2.1.1 Melaksanakan Program Sinar Mahkota dengan memperkenalkan program yang bersifat menjana kemahiran bagi bidang yang berkait rapat dengan industri minyak dan gas iaitu “Gas Fitter Level III” dan “Plant Operation” 2.1 Memohon peruntukan dana bagi melaksanakan program yang dirancang. 2.2 Memberi sumbangan sosial kepada masyarakat setempat...
Words: 908 - Pages: 4
...RANCANGAN PERNIAGAAN RINGKASAN PENILAIAN PROJEK (Diisi dan dilengkapkan oleh pemohon) A. Maklumat Am Pemohon . 1. Nama Syarikat/Firma : NONAMA BEAUTY CENTRE (Firma milik tunggal) 2. Alamat & No. Tel : No. 123, Jalan Bersatu 123, Taman Bersatu 48000 Rawang 3. Tarikh dan No. Pendaftaran : 25 Julai 2001 01234567 - T 4. Tarikh Beroperasi : 25 Ogos 2001 (Jangkaan) 5. Modal Sumbangan : RM43,600 | |Jumlah modal dimiliki (RM) | |Nama pemilik | | | | | | | | |Sediada |Baru |Jumlah | | | | | | |Nonama bt. Abdullah | |RM43,600 |RM43,600 | |No. 123, Jalan Pandan Indah, Pandan | | | | |Indah, | | | | |55100 Kuala Lumpur | | | ...
Words: 2981 - Pages: 12
...39 ) : 00 JPA PANDUAN AMALAN 5S JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA ISI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN BAHAGIAN SATU : MENGENALI AMALAN 5S 1. 2. 3. Tujuan Latar Belakang Memahami Konsep Amalan 5S 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 4. Amalan 5S Prinsip Amalan 5S Faedah Melaksanakan Amalan 5S Hasil Yang Dijangka Dari Amalan 5S Tindakan Yang Bukan Amalan 5S Tentangan Terhadap Pelaksanaan Amalan 5S 1–3 4–7 7–8 8–9 9 10 10 10 1 1 Kunci Kejayaan Amalan 5S 4.1 Sokongan dan Komitmen Berterusan Dari Pengurusan Atasan 4.2 4.3 4.4 Membentuk Prasarana Yang Berkesan Mengadakan Sistem Komunikasi Yang Berkesan Melatih Semua Peringkat Anggota Untuk Mengamalkan Amalan 5S 4.5 4.6 4.7 4.8 Projek Perintis Amalan 5S – Model 5S Penandaarasan Amalan Terbaik Pelan Pelaksanaan Amalan 5S – Kitaran P-D-C-A Mengamalkan Penilaian Prestasi Dan Sistem Ganjaran 11 11 11 11 12 12 12 12 5. Penutup BAHAGIAN DUA : HALA TUJU AMALAN 5S JPA 1. 2. 3. Tujuan Latar Belakang Hala Tuju Amalan 5S JPA 3.1 3.2 3.3 Polisi Amalan 5S Slogan Amalan 5S JPA Logo Amalan 5S 13 14 14 13 13 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 3.10 3.11 3.12 4. Model Amalan 5S JPA Wawasan Amalan 5S JPA Misi Amalan 5S JPA Objektif Amalan 5S JPA Pendekatan Pelaksanaan Amalan 5S di JPA Warna Penandaan Ciri Keutamaan Amalan 5S di JPA Penumpuan Persekitaran Berkualiti Kunci Kejayaan Pelaksanaan Amalan 5S di JPA 14 14 14 – 15 15 15 – 16 16 16 17 17 17 Penutup BAHAGIAN TIGA : LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN AMALAN 5S DI JPA 1. 2. 3. 4. Tujuan...
Words: 21732 - Pages: 87
...MALIM Bil. 10 (2009) 39 Kepimpinan Beretika dan Kecemerlangan Organisasi dalam Perkhidmatan Awam ZAHARAH HASSAN1, ABU DAUD SILONG2 & NAZRI MUSLIM1 ABSTRACT Leadership is a very important factor in determining organisations’ effectiveness. The values uphold by leaders will influence their conduct as ethical leaders or not. What are ethical behaviours? Why are they important? What are the values and behaviours that are being inculcate among public sectors workers? How is it done? What are the strategies employed to enhance ethical behaviours? Analysis shows that despite numerous efforts done by the top managements, the result are not very encouraging because there is no comprehensive plan to educate public sector employees about ethics. KEPIMPINAN DAN PRESTASI ORGANISASI Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah disebabkan oleh banyak faktor. Walaubagaimanapun ramai pengurus dan penyelidik dalam bidang kepimpinan dan pengurusan cenderung untuk melihat kepimpinan sebagai penyumbang utama atau penyebab langsung kepada pencapaian organisasi. Antaranya adalah Andersen (2002) yang mengatakan bahawa literatur mengenai kepimpinan secara umumnya banyak berasaskan andaian bahawa kepimpinan adalah penyebab kepada keberkesanan organisasi. Selain Andersen, Fiedler (1967) juga berpendapat, kepimpinan berkesan sering dilihat sebagai sesuatu yang amat penting dalam menerangkan atau membuat ramalan tentang kejayaan organisasi. Bennis dan Nanus (1985), menyatakan kejayaan sesebuah organisasi...
Words: 3517 - Pages: 15
...ASSIGNMENT | | |BJMP 5023 OPERATION & TECHNOLOGY MANAGEMENT | TOPIC : APLIKASI KAMERA SISTEM PENGUATKUASAAN AUTOMATIK (AES) – SATU PENCERAHAN PREPARED FOR : DR. AMLUS BIN IBRAHIM PREPARED BY |MOHD NASRUL HAKIM BIN JALALUDIN |812004 | APLIKASI KAMERA SISTEM PENGUATKUASAAN AUTOMATIK (AES) – SATU PENCERAHAN Pengenalan AES ialah Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010. Selain itu AES juga adalah usaha berterusan aktivis keselamatan jalanraya iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam memberi tumpuan kepada 4E iaitu Engineering, Enforcement, Education and Environment. AES juga adalah pendekatan kepada system based approach yang mampu mengubah sikap pemanduan rakyat Malaysia. Kamera AES juga boleh dikategorikan sebagai satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video). Agensi yang...
Words: 2304 - Pages: 10
...1.0 PENGENALAN ~ Nama perniagaan dan tarikh ditubuhkan ~ Lokasi dan alamat perniagaan ~ Aktiviti utama perniagaan ~ Sejarah penubuhan dan perkembangan secara ringkas ~ Pengalaman pengasas dalam kerja dan perniagaan ~ Sebab-sebab berniaga ~ Hubungan/nilai perniagaan kepada persekitaran dan ekonomi negara secara umum ABC ENTERPRISE(ABC) yang telah ditubuhkan secara rasmi pada……merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal. Perniagaan kini beroperasi di Lot 556, Jalan Ladang 1, Taman Sri Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Sebagai kontraktor elektrik, ACB terlibat di dalam kerja-kerja pemasangan dan pendawaian kabel atas dan bawah, membekal, memasang dan mentauliahkan peralatan elektrik untuk kegunaan industri seperti … membaiki… Di samping itu, ABC turut menyediakan beberapa perkhidmatan sampingan untuk kerja-kerja mekanikal dan elektrikal seperti membekal dan memasang sistem pemadam api, saluran gas dan paip untuk bangunan, sistem hawa dingin dan sebagainya. Biarpun baru didaftarkan secara rasmi, perniagaan ini telah dimulakan secara sambilan lebih 5 tahun yang lalu oleh pemilik. Pemilik perniagaan ini juga mempunyai lebih 8 tahun pengalaman kerja di dalam bidang elektrik. Adalah menjadi hasrat perniagaan untuk turut serta di dalam menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara yang sedang bergerak ke arah yang positif sejak kebelakangan ini. Perniagaan juga ingin menyahut seruan kerajaan...
Words: 2875 - Pages: 12
...1.0 PENGENALAN Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum. Matlamat Pendidikan Kesihatan adalah untuk membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti (Draf KSSR. 2014). Objektif utama pembelajaran Pendidikan Kesihatan adalah untuk memastikan: Murid boleh : (i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran; (ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit; dan (iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan. Oleh yang demikian, dalam usaha mendidik pelajar untuk memahami dan mempelajari subjek Pendidikan Kesihatan dengan lebih berkesan, pelajar tersebut harus mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi atau lebih dikenali sebagai KBAT. KBAT perlu dipelajari melalui kaedah ransangan dan proses pebelajarannya adalah berterusan. Justeru, penerapan KBAT...
Words: 1469 - Pages: 6
...1.0 Profil Syarikat 1.1 Latar Belakang Syarikat Syarikat Kulim (Malaysia) Berhad bermula 70 tahun lalu apabila Kulim Rubber Plantations Ltd (KRPL) diperbadankan di United Kingdom pada 4 Julai 1933. KRPL memulakkan operasi pada tahun 1947 dengan memiliki ladang getah seluas 190 hektar di negeri Johor, Malaysia. Kulim (Malaysia) Berhad adalah sebuah syarikat awam yang berpangkalan di Malaysia yang tersenarai berpangkalan di Malaysia yang menekankan kepada empat operasi perniagaan terasnya iaitu perladangan kelapa sawit, oleokimia, makanan dan restoran dan usahasama keusahawanan Pada 16 Julai 1960 KRPL telah menukar namanya kepada Kulim Group Limited (KGL) dan menyenaraikannya di Bursa Saham London. Kulim (Malaysia) Sdn Bhd telah diperbadankan pada 3 Julai 1975 dan selepas itu dinaik taraf sebagai sebuah syarikat awam pada 18 Ogos 1975 dan menggunakan namanya sekarang, iaitu Kulim (Malaysia) Berhad. Syarikat Malaysia ini disenaraikan di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia) pada 14 November 1975 dan telah menamatkan penyenaraiannya di Bursa Saham London pada tahun 1977. 1.2 Situasi Semasa Menurut IMF, pertumbuhan ekonomi dunia menjadi lembab kepada 3.7% pada tahun 2008, kadar paling lembab sejak 2002 di mana keadaan ekonomi serantau mengalami kelembapan yang kian mendadak. Ekonomi malaysia walaupun bertahan pada 2008 dengan pertumbuhan KDNK yang sederhana iaitu 4.6% berbanding dengan 6.3% pada tahun...
Words: 7214 - Pages: 29
...1.0 Pengenalan Sistem kewangan merupakan satu sistem yang mengandungi institusi perbankan, pasaran kewangan, pengantara kewangan lain seperti dana persaraan dan syarikat insurans. Sebuah badan kawal besar, iaitu bank pusat yang menyelia dan mengawasi operasi pengantara kewangan ini. Ia merupakan satu sektor dalam ekonomi yang menggunakan sumber-sumber produktif untuk memudahkan pembentukan modal melalui peruntukan daripada pelbagai alat-alat kewangan, iaitu memenuhi pelbagai keperluan antara pemberi pinjaman dan peminjam. Maka, sistem kewangan memainkan peranan yang penting dalam mengerahkan(mobilizing), pengantara untuk simpanan(intermediating saving), dan memastikan sumber-sumber ini adalah diperuntukkan dengan cekap kepada sektor-sektor yang produktif. Selain itu, Wang yang dominan dalam sesebuah ekonomi sekarang ialah wang kredit, wang yang tercipta ekoran aktiviti sektor perbankan mengambil deposit dan mengeluarkan pinjaman. Perkembangan ini serta peningkatan pesat inovasi kewangan dalam ekonomi berasaskan kredit boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonomi di sesebuah negara. Ini yang menjadikan peranan sektor kewangan terhadap pertumbuhan ekonomi sering menimbulkan perdebatan di kalangan ahli-ahli ekonomi. Misalnya Miller (1998) yang menyatakan bahawa sektor kewangan telah dilebih-nyatakan(over-stressed) terhadap pertumbuhan ekonomi. Manakala, ahli ekonomi lain seperti Schumpeter (1911) dan Mikinnon (1973) yang menggunakan pelbagai kaedah ekonometrik telah memberikan kesimpulan...
Words: 3302 - Pages: 14