Free Essay

Riba

In:

Submitted By musher32
Words 3674
Pages 15
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1 1.1 Pengertian dan Konsep Riba 2 1.2 Jenis- Jenis Riba 4 1.2.1 Riba albuyu’ 4 1.2.2 Riba alduyun 5 1.3 Pengharaman Riba 6 1.3.1 Larangan Riba di dalam Al-Quran 6 1.3.2 Larangan Riba di dalam Hadis 12 2.0 APLIKASI RIBA MASA KINI 14 3.0 KESAN RIBA KEPADA MASYARAKAT 16 4.0 KESIMPULAN 20 RUJUKAN 21

1. PENGENALAN

Tugasan ini merupakan kerja kursus individu bagi kursus BPMS 2013 Fiqh Muamalat di mana setiap pelajar dikehendaki memilih salah satu tajuk tugasan yang telah disenaraikan oleh pensyarah. Bagi tugasan individu ini, tajuk yang dipilih adalah berkaitan isu riba iaitu kesan riba kepada masyrakat.

Seperti yang kita sedia maklum, apabila memperkatakan tentang perniagaan secara Islam, salah satu isu yang perlu kita perhatikan ialah riba. Walaupun Allah mengharamkan riba sebagaimana arak atau judi diharamkan, ia masih kurang diberi perhatian oleh kebanyakan orang Islam dan tetap menjadi amalan dalam kalangan masyarakat masa kini. Suatu yang mendukacitakan apabila didapati majoriti umat Islam di Malaysia tidak memahami sebaiknya tatacara dan undang-undang Islam dalam hal ehwal kewangan, padahal majoriti individu tidak akan terlepas dari berurusan dengan urusan kewangan seperti kerjaya, perniagaan sampingan,membeli belah, berhutang dan sebagainya .

Masih terdapat di antara mereka yang menganggap riba sebagai isu yang remeh dan tidak perlu diberi perhatian yang berat seperti dosa-dosa besar yang lain.Kurangnya kefahaman umat Islam berkenaan riba yang merupakan ‘ibu dosa’ dalam hal kewangan,menyebabkan ianya dipandang sebelah mata sahaja oleh orang Islam sendiri.

Tugasan ini akan memfokuskan aspek - aspek berkaitan perbincangan tentang pengertian dan konsep riba, pengharaman riba, jenis-jenis riba, aplikasi riba masa kini dan kesan riba kepada masyarakat. Diharapkan dengan penerangan ringkas ini dapat menyedarkan dan memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai pengharaman riba dan kesan buruk pengambilan dan pengamalan riba kepada masyarakat amnya.

1 Pengertian dan Konsep Riba

Untuk memahami dengan lebih jelas tentang pengertian dan konsep riba, beberapa contoh,pandangan dan pendapat tentang pengertian riba dari sudut bahasa dan dari sudut syarak telah dikenal pasti.

1 Definisi Dari Sudut Bahasa

Riba menurut bahasa Arab ialah pertambahan (al-ziyadah), lebihan (al-idafah), pengembangan (al-nama’) kepada sesuatu. Walau bagaimanapun, bukan setiap pertambahan atau pertumbuhan dilarang oleh Islam (Hussain & Man). Riba juga ditakrifkan sebagai bunga berganda yang membebankan yang diharamkan oleh Islam (Kamus Dewan Edisi Ke 3, 2002) Sesetengah kitab fiqh mentakrifkan riba sebagai naik iaitu peningkatan sesuatu untuk suatu tujuan tertentu (Ar-Raudhu Al-Marba’,1994). Pengertian riba dari sudut bahasa juga disebut sebagai menaikkan atau melebihkan sesuatu terhadap orang yang menggunakan sesuatu barang atau perkhidmatan (Al-Mughni : 1997).

Dari pengertian ini, dapat dihuraikan riba ialah apa sahaja yang timbul sebagai tambahan dalam item atau hutang. Seperti contoh yang mudah, A membeli motor secara berhutang kepada bank B dan dikenakan beberapa tambahan ke atas nilai hutang tersebut menjadikan jumlahyang perlu dibayar adalah lebih daripada harga sebenar motor tersebut.

2 Definisi Dari Sudut Syarak

Riba menurut istilah syara’ ialah akad dan perjanjian tambahan bagi sesuatu pertukaran barang atau nilai tertentu dengan sebab tangguh sama ada tidak diketahui persamaannya dari segi syara’ ketika akad atau persamaannya waktu akad dan sama ada menangguhkan kedua tukaran itu atau salah satunya. Beberapa pendapat para ulamak dari segi istilah syarak pula secara keseluruhannya berbagai definisi diberikan tentang riba namun semuanya memberi maksud sesuatu kadar pertambahan yang berlaku dalam urusan muamalat dengan melibatkan unsur pernindasan yang diharamkan oleh Allah swt. Hampir semua ulamak yang membincangkan isu riba mengkelaskannya sebagai satu unsur penindasan dalam urusan muamalat. (Muhammad Sayid Qutb ,1992). Ulamak Mazhab Syafi’i memberikan definisi riba sebagai lebihan ke atas tukaran tertentu yang tidak diketahui persamaanya semasa akad (kontrak) atau hasil pertambahan apabila membuat tangguhan bayaran. Imam Syafi’i sendiri mendefinisikan riba sebagai kontrak ke atas tukaran tertentu yang tidak diketahui persamaannya pada ukuran yang diakui oleh syarak semasa berkontrak atau penangguhan pada kedua-dua atau salah satu barangan tukaran tersebut. (Hussain & Man) Mengikut definisi Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (2006), dari segi syara’ riba bermaksud “tambahan atau lebihan yang diperoleh oleh salah satu pihak yang lain tanpa mendapat imbalan yang wajar’.Suatu tukaran ini melibatkan sama ada tukaran secara jual beli (jika berlaku lebihan tanpa tukaran) atau tukaran bukan jual beli di antara barangan ribawi (Muamalat, 2012)

2 Jenis- Jenis Riba

Terdapat beberapa pendekatan yang telah digunakan oleh para ulama dalam membuat pengkelasan riba. Mereka mengkelaskan riba dari segi jenis riba.Secara umumnya,riba terbahagi kepada dua jenis riba yang utama, iaitu riba yang berlaku dalam uruan jual beli (albuyu’) dan riba yang berlaku di dalam urusan hutamg piutang (al-duyun).

1 Riba albuyu’

Riba albuyu’ ialah riba yang berlaku dalam akad urusan jual beli ribawi dan berlaku dalam dua keadaan iaitu jual beli atau pertukaran barang antara ribawi yang sama jenis dengan berbeza kadar berat atau kuantiti. Manakala keadaan kedua pula ialah ialah jualbeli atau pertukaran diantara barang ribawi yang berlainan jenis tetapi sama illah ribanya secara tertangguh(bukan dalam satu masa). Sebagai contoh bagi keadaan yang pertama, berjual beli antara 5 gram emas (916) dengan 6 gram emas (750). Ianya haram kerana berlaku lebihan pada emas 750 dan ianya adalah riba. Sepatutnya kedua-dua emas tersebut sama berat timbangannya. Jenis kualiti tidak member kesan kepada hukum. Contoh bagi keadaan yang kedua, Puan Ruhaya membayar RM 3,585 untuk membeli matawang Rupiah berharga RP100,000. Oleh kerana masalah yang tak dapat dielakkan, matawang Rupiah tersebut diserahkan kepada Puan Ruhaya selepas seminggu. Akibat menangguhkan penyerahan matawang tersebut berlakunya riba kerana pertukaran diantara barang ribawi (matawang Rupiah dan RM) oleh Puan Ruhaya dikira riba yang diharamkan oleh Islam. Ini disebabkan pertukaran atau belian antara barang ribawi yang sama illah ribanya (illah riba adalah pertukaran) hendaklah berlaku secara serentak dalam majlis akad.

2 Riba alduyun

Riba al-duyun adalah riba yang berlaku dalam akad pinjaman hutang. Riba jenis ini berlaku dalam dua keadaan iaitu apabila kadar atau manfaat tambahan yang disyaratkan atas pemberian jumlah pokok dan yang kedua berlaku apabilakadar atau manfaat tambahan lebih dari jumlah pinjaman pokokyang dikenakan akibat si peminjam gagal membayar jumlah pinjaman yang ditetapkan pada tempoh yang dipersetujui. Contoh bagi keadaan yang pertama, En Bakar memohon pinjaman wang berjumlah RM10,000 dari bank konvensional dan disyaratkan membayar balik wang tersebut dengan nilai RM18,000. Maka lebihan nilai hutang pokok tersebut yang bernilai RM 8000 itu adalah riba. Bgi keadaan yang kedua, En Ramli menjual kereta dengan harga RM40,000 secara tangguh dalam tempoh 5 tahun. Disebabkan pembeli tidak dapat membayar dalam tempoh yang dijanjikan, En Ramli memanjangkan lagi tempoh pembayaran dengan menambahkan hutang yang perlu dibayar oleh pembeli. Maka tambahan yang dikenakan itu adalah riba.

3 Pengharaman Riba

Islam telah melarang riba ummahnya mengambil apa jua jenis riba dan larangan ini dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran dan As-Suunah.

1 Larangan Riba di dalam Al-Quran

Pengharaman riba yang dijelaskan dalam al-Quran berdasarkan kepada empat peringkat wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah SAW dalam masa yang berlainan. Sehubungan dengan itu, ulama membahagikan nas-nas riba kepada empat bahagian. Keempat-empat kumpulan nas itu disusun mengikut tertib turunnya sesuai dengan strategi penghapusan amalan riba yangtelah bertapak lama dalam kehidupan manusia.

Larangan pertama dibuat melalui Surah Ar Rum ayat 39 yang berbunyi:

[pic]

Terjemahan: Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda. (Ar-Ruum 30:39)

Secara ringkasnya, ayat ini diturunkan di Mekah yang pada ketika itu merupakan sebuah bandar yang maju dan mewah disebabkan aktiviti perdagangan dan perniagaan. Peniaga-peniaga di sana pada masa itu bukan sahaja terlibat di dalam perniagaan barangan tetapi mereka juga di dalam urusniaga pinjaman dan spekulasi. Amalan riba ini yang menyebabkan ayat ini diturunkan. Pada peringkat ini, tidak terdapat isyarat yang jelas menunjukkan riba itu hukumnya haram. Sungguhpun begitu ayat tersebut adamenunjukkan kecaman Allah terhadap riba. Sebagai umat Islam kita hendaklah mencari keuntungan melalui usaha sendiri dan bukan dengan cara menindas orang lain.

Larangan kedua pula melalui Surah An Nisa ayat 161.

[pic]

Terjemahan: Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (An-Nisaa' 4:161)

Ayat ini diturunkan di Madinah dan telah menimbulkan salah faham di kalangan bijak pandai sama ada ianya ditujukan kepada orang Islam ataupun orang Yahudi di Madinah. Pada peringkat kedua ini menyatakan tentang pengharaman riba dalam sejarah bangsa yahudi. Mereka telah menjadi kufur kerana sanggup melanggar larangan Allah SWT. Pengharaman riba ke atas umat Islam melalui ayat ini tidak secara jelas, sebaliknya ia disebut secara imbasan.

Larangan ketiga terkandung di dalam Surah Al-Imran ayat 130.

[pic]

Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.

Larangan di atas diturunkan sesudah Perang Uhud iaitu pada tahun ketiga Hijrah dan meliputi semua bentuk dan jenis riba.Perkataan berganda-ganda membawa maksud walau sedikitpun riba adalah haram apatah lagi kalau berganda-ganda.

Pada peringkat keempat, Allah telah menurunkan ayat 275 – 281 Surah Al Baqarah.

[pic]

Terjemahan: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (Al-Baqarah 2:275)

[pic]

Terjemahan: Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.(Al-Baqarah 2:276)

[pic]

Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(Al-Baqarah 2:277)

[pic]

Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.(Al-Baqarah 2:278)

[pic]

Terjemahan: Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.(Al-Baqarah 2:279)

[pic]

Terjemahan: Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).(Al-Baqarah 2:280)

[pic]

Terjemahan: Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.(Al-Baqarah 2:281)

Ayat-ayat di atas yang diturunkan di Thaif melarang sekeraskerasnya pengambilan riba, dengan secara khusus menegaskan terdapat perbezaan antara jual beli dan riba.

2 Larangan Riba di dalam Hadis

Banyak hadith Rasulullah saw yang menyentuh tentang riba. Secara umumnya hadith-hadith mengenai riba boleh dikelaskan kepada tiga kategori iaitu:

1) Pengharaman dalam bentuk umum Antara hadis-hadis dalam kategori ini ialah: • Rasulullah melaknat (mengutuk) orang yang memakan (mengambil) riba, memberi (membayar) riba, kedua-dua saksi dan penulisnya, dan baginda bersabda, golongan ini semuanya adalah sama.(Riwayat Muslim) • Baginda Nabi s.a.w. melaknati pemakan riba, saksi-saksinya dan penulisnya. (Riwayat Al-Nasa’i)

• Satu dirham wang riba yang dimakan oleh seseorang dengan sedar adalah lebih dahsyat tiga puluh enam kali dari dosa satu perbuatan zina.(Riwayat Ahmad)

2) Penegahan amalan jahiliyyah (riba hutang) Contoh beberapa hadis dalam kategori ini ialah:

• Sesungguhnya riba itu berlaku pada bertangguh.(Riwayat Muslim)

• Tidak berlaku riba pada benda yang ditukarkan secara berunjukunjuk (secara tunai).(Riwayat Muslim)

3) Penegahan amalan riba jual-beli atau riba tersembunyi Hadis-hadis yang terdapat dalam kategori ini ialah: • Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, serupa dengan serupa, sama dengan sama, unjukberunjuk, sekiranya berbeza jenis barangan itu, maka kamu boleh berjual beli mengikut kehendak kamu dengan syarat urusniaga tersebut unjuk-berunjuk. (Riwayat Muslim) • Bilal telah membawa buah tamar Barni (berkualiti tinggi), lalu Rasulullah bertanyakan dari mana buah tamar itu diperolehi. Bilal menjawab, “Tamar yang ada pada kami adalah Radi’ (bemutu rendah) lantas saya menjualnya dengan dua sa’ bagi mendapatkan satu sa’ untuk hidangan Rasulullah.” Rasulullah terus bersabda, “Hah, ini betul-betul riba, jangan kamu lakukan demikian sebaliknya jika kamu ingin membeli tamar, jualkan dahulu tamar yang ada pada kamu dan kemudian belilah tamar yang kamu kehendaki itu dengan harga yang kamu perolehi daripada jualan tadi.(Riwayat Muslim)

Berdasarkan firman Allah s.w.t dan juga hadis daripada Nabi s.a.w di atas maka telah jelas kepada kita sebagai seorang muslim bahawa riba merupakan satu amalan atau perbuatan yang dilarang keras dan diharamkan daripada melakukannya.Sesungguhnya, Islam mengharamkan riba dan menyatakan riba sebagai kejahatan terbesar dan dosa terberat yang dilakukan oleh manusia. Rasulullah S.A.W. juga melaknat setiap orang yang terlibat dalam riba ini.

APLIKASI RIBA MASA KINI

Sistem kewangan pada masa kini yang dikenal pasti paling banyak mengamalkan riba seperti pinjaman perumahan, sewa beli kenderaan,pinjaman wang, pinjaman pelajaran dan lain-lain. Riba atau dipanggil faedah yang dikenakan ke atas peminjam adalah tinggi, malah jika terlewat membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan maka faedah pinjaman dengan sendirinya akan dinaikkan. I. Sistem perbankan Sistem perbankan adalah sistem kewangan yang dikenal pasti paling banyak menjalankan urusan riba seperti pinjaman rumah, kereta, wang tunai, pinjaman pelajaran dan lain-lain. Dalam sistem perbankan konvensional, faedah dikenakan keatas peminjam, bermakna peminjam terpaksa membayar dalam jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah sebanar yang dipinjam. Jika peminjam gagal membayar pada tempoh yang ditetapkan, jumlah faedah yang dikenakan juga akan bertanbah tinggi dan sekiranya si peminjam gagal juga membayar pinjaman tersebut, bank dengan mudahnya akan membawa kes tersebut ke mahkamah yang seterusnya boleh membawa kepada perisytiharan muflis terhadap peminjam. II. Sistem insurans

Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi (policy loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah (interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam. Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dam insurams yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi.Ini kerana dana-dana dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional. Sehubungan dengan itu, hukum insurans konvesional adalah haram menurut Majlis FatwaKebangsaan. Hal ini sebagaimana yang telah diputuskan oleh kesepakatan para ulama kerana ianya mempunyai elemen-elemen riba, gharar dan maisir (Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 2009: hlm.57).

KESAN RIBA KEPADA MASYARAKAT

Sebagai seorang muslim, kita perlu yakin bahawa setiap apa yang dilarang oleh Allah s.w.t pasti ada hikmah disebaliknya terutamanya dalam hal yang berkait dengan kepentingan umum seperti sistem muamalat ini. Islam mengharamkan amalan riba ini kerana ia mempunyai implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia. Berikut merupakan kesan riba kepada masyarakat.

1- Wujud keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat.

Amalan riba riba boleh menyebabkan kemudaratan atau keruntuhan akhlak dan sikap di kalangan masyarakat. Jika dilihat Islam menganjurkan agar umatnya hidup dalam keadaan saling saying menyayangi serta tolong-menolong antara satu sama lain. Amalan riba adalah satu amalan yang boleh menyebabkan satu pihak yang lain akan tertindas. Ini telah terpesong dari akhlak yang di ajar oleh Islam kepada kita. Sesungguhnya, riba tumbuh di dalam diri manusia dan menjadikan mereka mempunyai sifat rakus, gelojoh, tamak, kedekut, ego dan sebagainya. Sifat-sifat ini akan menebal dan akhirnya menjadi darah daging yang sukar untuk dikikis.

2- Kurangnya kasih sayang dan belas kasihan di kalangan masyarakat

Amalan riba ini akan melunturkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama muslim malah sebaliknya menyuburkan perasaan cinta terhadap harta benda. Jika amalan ini dibiarkan berleluasa, ia bukan sahaja menindas golongan yang kurang berkemampuan malah sifat tamak akan meguasai diri pemilik harta

3- Melebarkan jurang antara golongan yang berada dengan golongan yang kurang mampu atau miskin

Amalan riba akan melebarkan jurang antara golongan yang berada dengan golongan yang kurang mampu atau miskin. Riba merupakan satu penindasan terhadap orang-orang miskin kerana ia hanya akan dibebani dengan hutang atau faedah daripada sesuatu muamalat manakala golongan yang kaya akan terus mengaut keuntungan daripada kesusahan orang lain. Ini sudah pasti akan menimbulkan jurang dalam kalangan masyarakat iaitu orang miskin akan membenci orang yang kaya manakala orang kaya pula akan terus menindas orang miskin. Selain itu, konflik boleh berlaku akibat ketidakpuasan hati di kalangan peminjam seperti rompakan, pembunuhan dan lain- lain. Ini boleh mengganggu gugat kestabilan masyarakat secara keseluruhan.

4- Wujud masyarakat yang pemalas dan kurang dinamik

Amalan riba juga akan menyuburkan sikap malas bekerja dan kurang dinamik. Sikap ini bukanlah satu sikap yang baik dan tidak sepatutnya berada dalam diri umat Islam kerana ia bukanlah satu akhlak yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan adanya riba, masyarakat hanya akan menjalankan jual beli yang membolehkan mereka mengaut keuntungan dengan cara yang mudah. Riba mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha dan bekerja. Islam tidak menerima konsep untung tanpa bekerja keras.

5- Perbuatan riba membawa kepada kebinasaan
Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Jauhilah tujuh perkara yang menyebabkan kebinasaan.” Lalu Rasulullah menjelaskan “Menyekutukan Allah, mengamalkan sihir, menghilangkan nyawa orang lain yang diharamkan membunuhnya (kecuali yang boleh dibunuh), memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari peperangan dan menuduh wanita mukminah dan terpelihara mengerjakan zina.”

6- Riba boleh merosakkan hubungan antara masyarakat.
Hubungan di antara orang kaya pemakan riba dengan orang miskin akan rosak dan seterusnya menimbulkan kekacauan didalam masyarakat dan Negara. Maka timbullah rompakan, pembunuhan, pertikaian ketelusan, tekanan terhadap golongan kurang mampu dan lenyapnya keadilan dalam urusniaga. Contohnya negara kita digemparkan dengan pelbagai jenayah seperti Ah Long yang memberikan pinjaman wang haram kepada indvidu dan apabila individu tersebut tidak dapat membayar pinjaman tersebut, maka akan berlaku penyeksaan ke atas individu tersebut.

7- Harta kaum muslimin yang disimpan oleh musuh mereka
Ini adalah yang paling malang sekali dan membahayakan umat Islam. Wang yang kita simpan pada orang kafir sudah pasti mereka dapat memperkukuhkan ekonomi mereka.

8- Melahirkan rasa permusuhan dan kebencian antara anggota masyarakat
Riba juga menjadi penyebab hilangnya ikatan-ikatan kemanusiaan dan persaudaraan di pelbagai peringkat masyarakat serta akan menghancurkan prinsip-prinsip belas kasihan dan kebaikkan dalam jiwa manusia. Kerana itulah Allah Taala menyatakan perang terhadap para pelaku riba dan memberikan peringatan bahawa Dia akan menghilangkan keberkatan dan menghancurkannya serta akan melaknat pelakunya.

9- Melahirkan masyarakat yang mengaut keuntungan dengan cara yang mudah.
Dengan adanya riba, masyarakat hanya akan menjalankan jual beli yang membolehkan mereka mengaut keuntungan dengan cara yang mudah. Islam tidak menerima konsep untung tanpa bekerja keras. Ini bertepatan dengan sabda Baginda Nabi s.a.w. (Rahman., 2010) الخراج بالضّمان
Maksudnya: “(Bagi mendapatkan) keuntungan (hasil pelaburan) mesti dengan menghadapi risiko (dan jaminan barang yang dijual adalah selamat – bermakna tiada untug tetap dijanjikan).” Berdasarkan kesan-kesan yang akan timbul akibat daripada riba jadi wajarlah amalan ini diharamkan dan inilah hikmah disebalik pengharaman tersebut.

KESIMPULAN

Amalan riba adalah suatu amalan yang dilarang keras dalam Islam yang mengandungi unsur penindasan atau dalam erti kata lain adalah kezaliman, penipuan dan sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam. Amalan ini juga telah banyak atau telah lama diamalkan dalam sistem ekonomi umat Islam terutamanya di negara kita Malaysia sama ada secara kita sedari atau tidak. Inilah yang dikhuatirkan dan mungkin juga telah lama menghantui kehidupan sabahagian daripada kita. Umat Islam di Malaysia hari ini perlulah menghindarkan diri dari terus terjerumus ke lembah riba yang mana ia adalah jarum-jarum suntikan dari Yahudi untuk memecahbelahkan dan melemahkan umat Islam. Bank-bank juga disarankan agar menyediakan sistem perbankan Islam selari dengan tuntutan syarak dan perkembangan ekonomi masa kini. Setelah mengetahui serba sedikit hal-hal berkaitan riba melalui kertas kerja ini, diharapkan kita dapat menilai sistem muamalat yang kita gunakan selama ini agar kita tidak terus terjerumus dalam amalan riba yang merupakan perkatra yang dilaknat dan diharamkan dalam Islam. Diharapkan juga kertas kerja kursus yang ringkas mengenai riba ini dapat membuka mata umat Islam tentang kecelakaan yang akan menimpa sekiranya kita berterusan mengambil dan terlibat dengan sesuatu yang jelas pengharamannya di dalam al- Quran dan al-Sunnah. Sesungguhmya, sebagai umat Islam kita perlu memastikan rezeki yang kita berikan kepada keluarga atau untuk kegunaan diri sendiri bukanlah daripada hasil yang haram. Ini bagi memastikan kehidupan kita sentiasa dirahmati dan diberkati Allah s.w.t.

RUJUKAN

1- Abd al-Jabbar (1384 A.H.), Al-Mughni fi al- Tawhi d wa al-’Adl (Cairo: Dar al-Kutub al- Misriyah

2- Kamus Dewan (Edisi ke-3 ed.). (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3- Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. 2009. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Bahagian Pengurusan Fatwa

4- Hussain, D. M., & Man, W. (n.d.). BMPS 2013 Fiqh Muamalat.

5- Muamalat, B. (2012). Riba dan Pengharamannya. Cawangan Muamalat dan Sosio Ekonomi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan.

6- Rahman., Z. A. (2010). Riba dan Isu Kewangan Semasa. Kuala Lumpur: Telaga Biru.

7- Sekuriti, S. (2006). Keputusan Majlis Penasihat Suruhanjaya Sekuriti.

8- Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu. (n.d.). Retrieved December 11, 2014, from Surah.my: http://www.surah.my/

Similar Documents

Premium Essay

Prohibition of Riba from the Perspective of 4 Main Schools of Thought

...PROHIBITION OF RIBA FROM THE PERSPECTIVE OF FOUR MAIN SCHOOLS OF THOUGHT Introduction In the comprehensive and restrictive meaning, riba is defined as “any increment incurred upon specific ribawi (usurious) items originated either from debt or trading transactions”. Apart from its literal meaning of “increase”, classical Islamic scholars such as Ibn Arabi, Mujahid and Tabari interpreted riba as an ‘increase without wealth (mal) attached to it’, or as ‘compensation for waiting’ or ‘increase of amount owing to the lenders due to the deferment of payment resulted from extension of original loan tenure’. Such interpretation encompasses riba from debt transaction (i.e. riba ad-duyun) as well as riba from trading of the six ribawi items (i.e. riba al buyu’). The prohibition of riba appears in Al-Quran in four different revelations. The first of these is in Surah Ar-Rum ayyat 39 which emphasized on moral denunciation for those who gives riba and commendation for those who contribute tithe (zakat). The second revelation is in Surah An-Nisa ayyat 161 concerning riba and the Jews. It severely condemned the Jews who took riba despite they were forbidden to do so. The third revelation in Surah Ali Imran ayyat 130 enjoined the Muslims to keep away themselves from riba and the fourth revelation in Surah Al-Baqarah ayyat 275-278 delineate the strong verdict against riba especially the two excerpts from ayyat 275 which stated that “Those who devour riba will not stand except as one...

Words: 6784 - Pages: 28

Free Essay

Guide to Islamic Banking

...EDITION 2002 PRINTED AT ILMI GRAPHICS PUBLISHER DARUL - ISHAAT URDU BAZAR KARACHI-1 PAKISTAN. E-mail : ishaat@digicom.net.pk Ph: 021-2631861 AVAILABLE AT IDARATUL MA’ARIF, DARUL ULOOM, KORANGI, KARACHI DISTRIBUTOR IN U.K. AZHAR ACADEMY LTD., at continenta (London) Ltd.. Cooks Road, London E-15 2pw This copy cannot be sold in the U.K., unless sold by or authorised by the 3 Meezan Bank’s Guide to Islamic Banking TABLE OF CONTENTS Preface 7 SECTION I INTRODUCTION TO ISLAMIC ECONOMIC SYSTEM 1 2 3 Chapter 1: Chapter 2: Chapter 3: The Islamic Economic System Factors of production in Islam The objectives of the distribution of wealth in Islam 11 19 29 SECTION II RIBA, ITS PROHIBITION & CLASSIFICATIONS 4 5 6 7 8 Chapter 4: Chapter 5: Chapter 6: Chapter 7: Chapter 8: Riba in the Qur'an Riba in Hadith Riba and its types Commercial interest and usury Simple and compound interest 34 36 42 53 62 SECTION III ISLAMIC CONTRACT 9 10 11 12 Chapter 9: Chapter 10: Chapter 11: Chapter 12: Islamic contract Sale Valid Sale Five khiyars 66 68 70 77 SECTION IV ISLAMIC MODES OF FINANCING 13 Chapter 13: Musharakah 14 Chapter 14: Mudarabah 4 81 98 Meezan Bank’s Guide to Islamic Banking 15 16 17 18 19 20 21 Chapter 15: Chapter 16: Chapter 17: Chapter 18: Chapter 19: Chapter 20: Chapter 21: Diminishing Musharakah Murabaha Salam Istisna’ Istijrar...

Words: 55893 - Pages: 224

Free Essay

Riba

...The Prohibition of Riba in The Holy Qur’an & Hadith Definition of Riba • Lexical: ‫دة‬ • Legal: ‫ ا‬excess, increase or addition excess compensation without due consideration made conditional for either party to a contract 2 Types of Riba 1. Riba al-Nase’ah – ‫ر ا‬ • To charge a specified increase or profit on a specific amount lent for a given period • Also known as: • • 2. Riba al-Jahiliyyah Riba al-Qur’an Riba al-Fadhl – ‫ر ا ه‬ • Excess that is taken in the exchange of homogenous ( ) commodities and is encountered in their hand to hand purchase and sale • Also known as: • • Riba al-Bey‘ Riba al-Hadith Historical Analysis - Verse 1 [ ] (39) And that which you give in riba for increase through the property of [other] people, will have no increase with Allah. But that which you give in charity seeking the countenance of Allah, it is these who will get a recompense multiplied. [30:39] • • • Revealed in Makkah Not prohibitive in nature According to the majority of exegetes, refers to the gift that is extended to another with the intention that the latter will return it with a better gift Historical Analysis - Verse 2 [ ] (161) That they took riba, though they were forbidden … [4:161] • • • • • • Enumeration of the iniquity and wickedness of the Jews Exact time of revelation is uncertain Context indicates before 4th year AH as most Jews had by the departed Madinah According to al-Tabari...

Words: 1125 - Pages: 5

Free Essay

Computer

...IQRA UNIVERSITY KARACHI CAMPUS Subject: Essentials of Islamic Finance Instructor Yousuf Ibnul Hasan Time Allowed: 60 Minutes Maximum Marks: 40. ------------------------------------------------- Department of Business Administration Quiz No: 2 fall 2013 Name of student:______________________________ ID No: _________ Class Day __________Timing _______________ ____Marks _________ No cutting, rubbing or scratching, no questions A | Name the financial products for the given transactions | | 1 | Venture financing is made under the financing product know as | Musharka | 2 | Capital not be in commodity or in metal currency for financing products known as | Modaraba | 3 | Inflation and holding the scarcity and price hike through financing mode known as | Morabaha | 4 | Financing is not given but assets are given on rents in financing mode known as | Ijarah | 5 | Rs.5 million finance for Capital Assets | Ijarah | 6 | Early you pay less you pay, delay you pay more you pay | Ijarah | 7 | Four partners are not eligible for management fee amount merge with Net Profit | Musharka | 8 | Selling Expense is the part of the cost of the product | Morabaha | 9 | SME concept is drive from the Financing Mode known as | Modaraba | 10 | Capital is structured by contribution sale of equity participation certification known as | Sukuk | 11 | Net Worth divided into equal amount of unit which are sale by owner to avail financing | Musharka...

Words: 893 - Pages: 4

Premium Essay

Fatwah on Banking

...FATWA ON BANKING AND THE USE OF INTEREST RECEIVED ON BANK DEPOSITS BY UMAR IBRAHIM VADILLO October 2006 FATWA Fatwa on Banking | The Use of Interest Received on Bank Deposits Table of Contents 1. Introduction ........................................................................3 2. The Issue .............................................................................7 3. Understanding Riba ...........................................................10 3.1 A world shaped by Riba.................................................... 10 3.2 What is Riba? ................................................................. 11 4. The Misunderstanding of Riba............................................20 4.1. Religious reformism and capitalism ................................... 20 4.2 The Islamic Reformers ..................................................... 23 4.3 The followers of Reda ...................................................... 27 4.4 The misunderstanding of Riba an-nasiah today.................... 28 4.5 Equating Riba to interest in a loan ..................................... 33 4.6 Islamic Banking .............................................................. 34 4.6.1 Islamic Banks are banks ............................................. 34 4.6.2 Murabaha: what it is and what it is not ......................... 38 4.6.3 How the Islamic Bank’s version of the contract of Murabaha came into being ..............................................................

Words: 24329 - Pages: 98

Premium Essay

Devices That Assist People with Disabilities

...Devices that Assist People with Disabilities Sheewane Davis Mercer University In the 2008 Census, over 10 million Americans reported a daily activity limitation and their activities of daily living (ADLs) usually required assistance from tools or caregivers. Moreover, about 0.3 million Americans have experienced a serious spinal cord injury (SCI), for whom essential tasks, such as dressing, preparing food, or taking medications, usually require the assistance from personal caregivers. However, the shortage and high cost of experienced caregivers fail rapidly growing needs for personal assistance. Technology which aids in these tasks is in great demand and it must allow the user to independently and safely control both mobility and manipulation in their home or the community. Robotics technology has been widely applied in rehabilitation technology and assistive devices to enhance the performance of assistance and quality of life of people with disabilities. By attaching a robotic manipulator to a mobile base, such as a wheelchair or a mobile robot, several robotic assistive devices have been developed to provide both mobility and manipulation assistance to people with severe physical impairments. However, most existing devices only provide a single-arm manipulation, which greatly reduce their efficiency of assistance and restricts their ability to perform complex manipulation tasks which require the involvements of both arms, for example, open the refrigerator with one arm...

Words: 1781 - Pages: 8

Premium Essay

Islamic Banking and Finance

...Islamic Modes of Finance Theory and Key Shariah Principles Modes Of Finance • Two are ideal modes which provide an alternative to interest banking and if implemented on a national level will result in much fairer distribution of wealth in society 1. Mushaarakah – ‫رآ‬ (equity finance) 2. Mudhaarabah - ‫ر‬ (equity finance - sleeping partner) • Two are not ideal as they replicate the effects of conventional banking but nevertheless are tolerated in Shariah 3. Ijaarah - ‫( إ رة‬leasing) 4. Muraabahah - ‫( ا‬cost plus pricing) We will also briefly analyse Salam - , Istisnaa‘ – ‫ع‬ Tawarruq – ‫رق‬ ‫ ا‬and 1 Mushaarakah • “Mushaarakah” literally means sharing • “Mushaarakah” is derived from “shirkah” which means “being a partner”. • Mushaarakah is “a joint enterprises formed for conducting business in which all partners share the profit according to an agreed ratio while the loss is shared according to the ratio of investment” • It is an ideal alternative for interest based financing with far reaching effects on the economy. Types of Shirkah SHIRKAH SHIRKAT-UL-MILK joint ownership SHIRKAT-UL-‘AQD joint enterprise OPTIONAL via joint purchase NON OPTIONAL inheritance SHIRKATUL-AMWAAL SHIRKATUL-‘AMAL SHIRKATUL-WUJOOH mushaarakah Mushaarakah • The term Mushaarakah has been introduced recently by those who have written on the subject of Islamic modes of financing • It is normally restricted to a particular type of “Shirkah”, i.e. Shirkat-ul-amwaal...

Words: 2768 - Pages: 12

Premium Essay

Fatwah on Banking

...FATWA ON BANKING AND THE USE OF INTEREST RECEIVED ON BANK DEPOSITS BY UMAR IBRAHIM VADILLO October 2006 FATWA Fatwa on Banking | The Use of Interest Received on Bank Deposits Table of Contents 1. Introduction ........................................................................3 2. The Issue .............................................................................7 3. Understanding Riba ...........................................................10 3.1 A world shaped by Riba.................................................... 10 3.2 What is Riba? ................................................................. 11 4. The Misunderstanding of Riba............................................20 4.1. Religious reformism and capitalism ................................... 20 4.2 The Islamic Reformers ..................................................... 23 4.3 The followers of Reda ...................................................... 27 4.4 The misunderstanding of Riba an-nasiah today.................... 28 4.5 Equating Riba to interest in a loan ..................................... 33 4.6 Islamic Banking .............................................................. 34 4.6.1 Islamic Banks are banks ............................................. 34 4.6.2 Murabaha: what it is and what it is not ......................... 38 4.6.3 How the Islamic Bank’s version of the contract of Murabaha came into being ..............................................................

Words: 24329 - Pages: 98

Free Essay

Islamic and Conventional Banking Practice

...Followers of Different religions in this city are: Muslim 81.16%, Hindu 17.80%, Christian 0.06%, Buddhist 0.02% and others 0.96%[6]. Remittance is the key element of the economic growth of Sylhet the money is sent by the people living abroad from the city. The commercial banks have deposits of 4,000 crore taka in Sylhet [7] .They distribute this deposits among the people seeking loans. In Sylhet city there have many Islamic banks and conventional banks running their activities. Literature Review: Islamic banking refers to a system of banking or banking activity that is consistent with Islamic law (sharia’h) principles and guided by Islamic economics. In Islam usury is prohibited, collection and payment of interest known as riba is also prohibited. It also prohibits trading...

Words: 1751 - Pages: 8

Premium Essay

Officer

...Professor Hunt-Ahmed Done by: Manar Al-Qari Starting an RF Bank in the United States This one of the best articles I’ve ever read. It is quoted from The Art of Islamic Banking and Finance Book and shows us the hard and lengthy efforts that the author went into to start a Riba-Free bank in the United States which is a banking sector targeting people from all faith and not only Muslims. The author focus was not just to convey the Shariah’s letter but also to satisfy anyone who believes in Judeo-Christian-Islamic values. I agree with the author that Riba Free Banking system is fair since it is an ethical system that complies with Shariah as mentioned in Quraan and Sunna. From my reading of the article I can consider the author as the Father of Riba Free Banking in the United States. There are a lot of benefits for starting Riba Free Banking system in America such as providing people (Muslims and non-Muslims) with larger choices and enable products’ diversifications. It will also increase the competition between Riba Free Banking system and the traditional conventional system and this competition is of course in favor of the customers. The author mentioned a case study of the main differences between a Riba-Free Islamic Banking and the conventional one. I think the Islamic choice is of more value since it is based in Return on Capital which is in compliance with Shariah standards. The starting point was in 1987 when the LARIBA bank (Shariah Compliant) was established as a depositary...

Words: 1296 - Pages: 6

Free Essay

The Comparison Between Islamic Loans and Conventional Loans in Relation to Market Power

...The German University in Cairo Faculty of Management Technology Research Methodology “The Comparison between Islamic loans and Conventional loans in relation to Market Power” Submitted By Ahmed el-Farnawany 16-2641 Tutorial Number: T13 Professor: Raghda El-Ebrashi Teaching Assistant: Hadeer Shawky January, 6th, 2011 Table of contents 1. Introduction 1 2. Literature Review 2 2.1 Conventional loans 2 2.1.1 Interest and loan pricing 2 2.1.2 Types of conventional loans 3 2.1.2.1 General loan types 3 2.1.2.2 Business loans 4 2.1.2.3 Consumer loans 4 2.2 Islamic loans 5 2.2.1 Interest prohibition. 5 2.2.1.1 Riba (Usury) 5 2.2.1.2 Why is riba prohibited 6 2.2.2 Types of loans in Islamic banking 6 2.2.2.1 Qard al-hasan 7 2.2.2.2 Ijara 7 2.2.2.3 Murabaha 8 2.2.2.4 Musharaka 8 2.3 Effect of Islamic loans objective and economic incentives on its market power in relation to conventional loans 9 2.3.1 The effect of Islamic Loan Objective on its Market Power 9 2.3.2 The effect of Islamic Economic Incentives on its Market Power. 10 2.4 Research gap 11 3. Methodology 12 4. References 17 1. Introduction Islamic economics and Islamic banks have grabbed the attention of millions of people around the world. That is because Islamic banks have assets that can be estimated as 300 billion USD around 75 countries in the world with 15 % annual...

Words: 5400 - Pages: 22

Free Essay

Blades Inc Case

...Islamic banking and finance Submitted to: Sir Abubakar Siddique Submitted by: Atia Farooq Roll no: 4918 MBA 21(A) A sharia,h perspective of minimum account balance Requirement in Islamic banking Summary: This article describe sharia’h point of view weather its allow to Islamic banking to charge fee, cut profit and reduce free services when depositor have amount less the minimum requirement of amount in saving account and in current account. Conventional banks fix the minimum amount of saving account. Banks fix this amount to recover it service expenses. Mean amount of the interest (return on investment) must sufficient to recover its services expense. When depositor amount less the minimum requirement and due to which banks service charges increase as compare to interest then bank charge fee, or stop giving profit on saving account and also reduce providing free services. Some banks also have the same conditions for current banks but mostly not have such restrictions on current account, because banks not give any profit o current account so easily provide those free services. When saving account have amount less then minimum requirement bank convert these account in to current account and pay no profit on it. Bank also reduces the free services to savings account holder so When balance turn into zero then bank close the account of depositor. All banks whether conventional or Islamic suffer loss due to balance less...

Words: 1082 - Pages: 5

Free Essay

Business

...Anthropological and Accounting Knowledge in Islamic Banking and Finance: Rethinking Critical Accounts Author(s): Bill Maurer Reviewed work(s): Source: The Journal of the Royal Anthropological Institute, Vol. 8, No. 4 (Dec., 2002), pp. 645667 Published by: Royal Anthropological Institute of Great Britain and Ireland Stable URL: http://www.jstor.org/stable/3134937 . Accessed: 27/02/2012 02:27 Your use of the JSTOR archive indicates your acceptance of the Terms & Conditions of Use, available at . http://www.jstor.org/page/info/about/policies/terms.jsp JSTOR is a not-for-profit service that helps scholars, researchers, and students discover, use, and build upon a wide range of content in a trusted digital archive. We use information technology and tools to increase productivity and facilitate new forms of scholarship. For more information about JSTOR, please contact support@jstor.org. Royal Anthropological Institute of Great Britain and Ireland is collaborating with JSTOR to digitize, preserve and extend access to The Journal of the Royal Anthropological Institute. http://www.jstor.org ANTHROPOLOGICAL AND ACCOUNTING KNOWLEDGE IN ISLAMIC BANKING AND FINANCE: RETHINKING CRITICAL ACCOUNTS BILL MAURER Universityof Californiaat Irvine Accounting for accounting demands renewed attention to the knowledge practices of the accounting profession and anthropological analysis. Using data and theory from Islamic accountancy in Indonesia and the global network...

Words: 12667 - Pages: 51

Premium Essay

Invetment Process of Islamic Bank

...4.1 Investment Process of FSIBL: Generally a bank takes several steps to deliver its proposed investment to the client. The process takes deep analysis because it invests deposit fund not its own fund. If the bank fails to meet the depositors demand, then it must collapse. So each bank specially Islamic bank should take strong concentration on investment proposal. However, First Security Islami Bank Limited (FSIBL) makes its investment decision through successfully passing the following crucial steps: 4.1.1 Induction of new client: * Only potential and genuine clients having Al-Wadiah Current Account with proper introduction and with satisfactory transaction for a reasonable period (generally six month) should be induced as a investment clients. * Past performance of the client with other Bank/ Branches of the Bank to be looked into. * Satisfy about reputation of the client in the business community. General eligibility criteria for selecting a client as follows: * Bangladeshi Nationality, physical capable and age limit from 18 to 60 years. * Proprietorship/ Partnership/ Private Limited Company. * Valid licenses like Trade Licenses, VAT registration, TIN etc. * Source and capacity of repayment backed by positive cash flow. * Definite market and prospect of future expansion. * Adequate infrastructure facility and manpower with required skill and experience. * Clean CIB report. * The client must have clear idea about the business and...

Words: 2534 - Pages: 11

Premium Essay

RIBA Design Plan

...The 40 x 50m detached high rise office building of 60-storey high with 3-storey basement of 14m deep is to be built in a construction site of 90 x 100m in urban area. According to the RIBA plan of works, there are several stages including preparation, design, pre-construction, construction and use. The work progress will be shown as follows. Preparation First of all .In the preparation stage, the Appraisal and Design Brief are needed. It needs to gain a full understanding of the both ‘user clients’ and ‘pay client’s’ specific needs, objective and requirements. Moreover, the final statement of requirements inserts into the Design Brief by the client confirming key requirements and constraints, and identify the procurement, procedures, organizational...

Words: 976 - Pages: 4