Free Essay

Adat Resam Dan Budaya Di Malaysia

In:

Submitted By jochen
Words 3658
Pages 15
ADAT RESAM DAN BUDAYA DI MALAYSIA
MASYARAKAT CINA
Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya.
Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir.
Sewaktu Mengandung
Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.
Pantang Larang
Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan diantaranya ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin. Sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai. Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang “tajam” seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.
Selepas Lahir
Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi. * Berpantang
Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.
Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga. * Kenduri
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu. * Mencukur Rambut
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.

* Memberi Nama
Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir. * Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan. * Bunyi nama mestilah sedap didengar. * Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan. * Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat. * Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.
Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan.
Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

MASYARAKAT MELAYU
Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi Biar mati anak, jangan mati adat. Tata perlakuan dalam adat resam masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh adat yang diwarisi dari budaya Hindu yang disesuaikan mengikut unsur-unsur Islam.
Kelahiran
Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.
Sewaktu Mengandung * Melenggang Perut
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut. * Peralatan untuk upacara ini termasuk * Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan * Segantang beras * Sebiji kelapa * Beberapa urat benang mentah * Damar * Minyak kelapa atau minyak urut * Lilin * Tepak sirih yang lengkap isinya * Pengeras sebanyak RM1.25
Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur. Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di kain basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanita itu didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin.
Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurut ibu yang yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidan mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya sebanyak tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya. Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu. Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.
Sewaktu Bersalin
Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini. * Potong Tali Pusat
Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri. | | | * Membelah Mulut
Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah mencecap atau merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas yang dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut. Sewaktu menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat ini sudah tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini.

* Berpantang
Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama seratus hari.
Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan mengikut kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan. Antara makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan diseluruh anggota badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta memakan ikan yang mempunyai sengat seperti ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan bisa-bisa pada badan. Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan yang dibakar atau direbus dan dibenarkan minum air suam atau susu.
Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku. Bertungku dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal. Biasanya tungku diperbuat dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut dengan kain yang dilapik dengan beberapa helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang dipercayai dapat mengimbangi kepanasan tungku di samping berfungsi sebagai ubat. Tungku akan dituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk mengatasi masalah kesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan menyapu perutnya dengan air limau yang dicampur dengan kapur sebelum memakai bengkung. Amalan berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit atau pinggul yang turun selepas bersalin di samping memberi keselesaan kepada wanita selepas bersalin.

Selepas lahir
Selepas kelahiran terdapat beberapa adat tertentu yang dijalankan. * Tanggal Pusat/Cuci Lantai
Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.

Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai. * Nasi kunyit dan lauk-lauk * Seekor ayam hidup * Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang * Hadiah untuk bidan sepersalinan pakaian
Kenduri doa selamat akan diadakan pada permulaan adat ini. Selepas itu bidan akan memulakan jampi serapahnya sambil memegang ayam dengan cara mengais-ngaiskan kaki ayam ke atas lantai tempat wanita itu bersalin. Seterusnya lantai itu akan dibersihkan. Mak bidan akan menjalankan keseluruhan upacara ini. Sebelum itu, si ibu dan si bayi akan dimandikan, diurut dan dibedak. Selesai upacara tersebut, bahan yang digunakan tadi beserta sedikit wang akan dihadiahkan kepada bidan tersebut.

* Memberi Nama
Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik kepada bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi manakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih.

* Cukur Rambut/ Potong Jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.
Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan. * Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih. * Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias, umpamanya dengan melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya.
Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau datuknya. Si bayi seterusnya dibawa ke tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting sedikit rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi. Bilangan orang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Setelah selesai pihak lelaki menjalankan acara menggunting, pihak perempuan pula mengambil alih. Setelah selesai kedua-dua pihak menjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut dicukur sepenuhnya oleh bidan atau sesiapa sahaja yang boleh melakukannya. Kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.
Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Orang Islam yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing, lembu atau kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir. Seorang anak disunatkan berakikah sekali sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-syarat tertentu dalam memilih haiwan untuk akikah dan jumlah ternakan untuk akikah juga berbeza mengikut jantina bayi. Bagi bayi lelaki akikahnya ialah dua ekor kambing dan seekor kambing bagi bayi perempuan. Antara hikmah akikah adalah sebagai permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi tersebut. Akikah sunat dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.
MASYARAKAT INDIA
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
Sewaktu Mengandung
Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu’ dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.
Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar India. Upacara ini akan diadakan di rumah suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum wanita yang telah bersuami dan mempunyai anak yang dipanggil cumanggali.
Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.
Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga olehsuaminya.

Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara. Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih muih, buah-buahan dan bunga-bungaan.
Adat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan pipi wanita hamil, kumkum diletak di dahi dan gelang tangan dipakaikan. Makanan yang disediakan juga disuapkan kepada wanita hamil tersebut. Sebagai tanda terima kasih, wanita hamil akan menghadiahkan sirih pinang, kunyit, bunga dan beberapa gelang kepada cumanggali yang menjalankan upacara ini.
Seterusnya upacara aalatti dijalankan iaitu dengan menyediakan air kunyit yang dicampurkan kapur sirih dan diisi dalam sebuah dulang khas dan sirih diletakkan di tengah-tengahnya. Kapur barus dihidupkan di atas sirih tadi. Dulang diangkat oleh tiga orang cumanggali dan diputar mengikut arah jam dan dilambai sebanyak tiga kali di hadapan wanita hamil tersebut. Salah seorang cumanggali akan mencelup ibu jarinya ke dalam air aalatti dan menyapunya ke dahi wanita hamil itu. Setelah itu, isi dulang aalatti dibuang di hadapan pintu rumah.
Seterusnya wanita yang hamil itu akan memakan salah satu nasi yang disediakan. Nasi-nasi tersebut diletak di atas daun pisang berasingan dan seterusnya dibungkus dengan kain putih dan disimpul. Wanita hamil itu diminta membuka salah satu bungkusan yang diingini. Jika bungkusan yang dibuka adalah nasi manis, dipercayai anak yang bakal lahir adalah perempuan, sebaliknya pula adalah lelaki.
Selesai upacara valaikaapu dijalankan, wanita hamil tersebut akan tinggal di rumah ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin. Upacara valaikaappu ini masih diterima dan diamalkan masyarakat India tetapi disesuaikan mengikut faktor ekonomi, pendidikan dan struktur lapisan masyarakat.
Selepas Kelahiran
Adat-adat berikut dijalankan selepas kelahiran bayi. * Membawa Bayi Pulang Ke Rumah
Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka dariapada berlaku.
Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.

* Mandi Selepas Bersalin
Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan.
Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin. Beberapa herba dan dedaun seperti aadatoodai dididihkan bersama air. Air tersebut digunakan untuk mandi. Rambut ibu akan dikeringkan dengan segera dengan asap kemenyan bagi mengelakkan sakit kepala, selsema dan juga untuk menyegarkan tubuh badan selepas bersalin.
Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu petang oleh seorang wanita yang berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.
Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut diurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi. * Mendodoi Bayi
Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja.

* Memberi Nama
Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa.
Upacara dimulakan dengan mengadakan upacara sembahyang sebagai tanda kesyukuran. Terdapat juga upacara memuja Dewi Pecciyamman dan Dewi Kaatteeri dilakukan oleh segelintir masyarakat India. Upacara pemujaan dilakukan dengan membersihkan sekeliling rumah dan memasang lampu minyak di keliling rumah. Bahan-bahan persembahan juga disediakan seperti kari ayam betina, telur rebus, ikan kering dan sebagainya. Bayi kemudiannya dimasukkan ke dalam buaian dan namanya diumumkan pada orang ramai. Saudara mara yang hadir akan memberi pelbagai hadiah dan upacara diakhiri dengan jamuan dan upacara sembahyang bagi mendoakan kesejahteraan bayi.
Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya kelak.

Similar Documents

Free Essay

Adat Dan Perayaan Kaum Sikh

...kajian serta kepentingan dan sumbangan yang dicapai dalam kajian ini. Antara objektif kajian yang tersenarai adalah untuk mengkaji asal usul, adat resam, dan pantang larang kaum Sikh. Selain itu, kami juga berharap agar kajian ini dapat mengkaji adat perayaan yang diamalkan oleh kaum Sikh. Melalui projek ini, kami berharap dapat mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh kaum Sikh semasa meraikan perayaan mereka. Objektif yang keempat dan lima adalah mengenal pasti punca-punca kekurangan penglibatan masyarakat Malaysia dalam perayaan kaum Sikh dan mengenal pasti cara-cara meningkatkan penglibatan masyarakat lain dalam perayaan kaum Sikh. Seterusnya, kaedah penyelidikan yang telah kami gunakan dalam projek ini termasuklah merujuk kepada buku-buku rujukan di perpustakaan dan melayari internet. Kajian melalui pengagihan borang soal selidik juga dilaksanakan bagi mengetahui adat dan pearayaan kaum Sikh. Dapatan kajian yang diperoleh termasuk mengetahui asal usul, adat resam dan pantang larang kaum Sikh dan masyarakat Malaysia lebih memahami adat dan perayaan yang diamalkan oleh kaum Sikh. Selain itu, dapatan kaijian yang diperoleh adalah mengetahui masalah-masalah utama yang dihadapi oleh kaum Sikh semasa meraikan sambutan perayaan dan kekurangan penglibatan masyarakat Malaysia dalam perayaan kaum Sikh. Akhir kata, kepentingan dan sumbangan yang telah dicapai termasuklah kita dapat meningkatkan kesedaran kaum-kaum yang lain terhadap adat dan perayaan yang disambut...

Words: 3707 - Pages: 15

Free Essay

Peranan Masyarakat Wujud Perpaduan

...Peranan Masyarakat kearah integrasi dan perpaduan di Malaysia Objektif : 1. Pentingnya kerjasama dan penglibatan masyarakat dalam mewujudkan perpaduan dan integrasi. 2. Pentingnya toleransi dan kesefahaman antara masyarakat. 3. Besarnya peranan masyarakat dalam menyokong usaha kerajaan dalam membentuk perpaduan dan integrasi. 4. Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang mampu memupuk ke arah integrasi & perpaduan. Pendahuluan : INTEGRASI * Proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. * Proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama. * Bagi negara yang berbilang bangsa, proses ini merupakan satu matlamat utama yang perlu diusahakan agar berjaya. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dalam tempoh yang lama dengan rakyat berbilang bangsa dan kepercayaan adalah satu contoh terbaik kejayaan proses integrasi. PERPADUAN * Proses penyatuan semua aspek seperti fizikal, sosial, ekonomi & politik tetapi bukan bersifat biologikal. Bertujuan supaya setiap anggota masyarakat dpt membentuk satu identiti & nilai bersama serta perasaan cinta & banggakan tanah air. * Perpaduan rakyat Malaysia adalah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam proses pembangunan negara. Selain daripada aspek ekonomi dan politik, perpaduan juga merupakan agenda penting dalam kemajuan...

Words: 2037 - Pages: 9

Free Essay

Hubungan Etnik

...dijalinkan di kalangan masyarakat Malaysia Berlatarkan filem yang kamu tonton. Jawapan perlu mengandungi bab 2 – bab 5. Filem tersebut yang saya menontonkan pada hari selasa ialah namanya Spinning Gasing. Filem itu menyebutkan sekumpulan orang dewasa sedang berusaha untuk menjalankan dream-dream mereka. Selain itu, Filem itu juga terhadap tentang pelbagai kaum-kaum yang termasuk Melayu, Cina dan India. Akhirnya, kaum yang berbeza juga terhadap agama-agama lain. Sebagai contohnya ialah semua melayu agamanya islam, India ialah Hindu, dan Cina ialah Buddishism. Kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Kepercayaan atau rasa bangga di kalangan anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan etnik mereka jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Takrifan budaya ialah suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dll. Dalam filem itu, terdapat banyak hal tentang pelbagai jenis budaya sepertinya budaya kebendaan, ini ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Selain tu, juga ada budaya yang bukan kebandaan seprtu kepercayaan, adata istiadat dan undang-undang contohnya adat istiadat...

Words: 1014 - Pages: 5

Free Essay

History

...majmuk merujuk kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kelompok bangsa atau etnik yang berbeza, tetapi berada di bawah satu tampuk pemerintahan. Menurut J.S. Furnival, masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun, tema campuran ini dalam erti kata yang sebenar, bergaul tetapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama dan adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidupnya sendiri. Masyarakat majmuk ini juga hidup bersebelahan tetapi terasing dalam satu unit politik. Dari segi ekonomi pula, wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum atau etnik. Berdasarkan pernyataan di atas: i. Terangkan secara terperinci kedudukan rakyat Tanah Melayu sebelum pembentukan masyarakat majmuk dari segi sosial, ekonomi dan politik. ii. Bincangkan ciri-ciri masyarakat majmuk dari persepktif sosial, ekonomi dan politik di Malaysia. iii. Bincangkan kesan-kesan masyarakat majmuk terhadap hubungan etnik di Malaysia. iv. Analisis dasar-dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia. Soalan 1 : Terangkan secara terperinci kedudukan rakyat Tanah Melayu sebelum pembentukan masyarakat majmuk dari segi sosial, ekonomi dan politik. Sebelum abad ke-19, penduduk di Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo terdiri daripada golongan orang Melayu,orang Asli dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada...

Words: 4441 - Pages: 18

Free Essay

Ethnics and Media in Malaysia

...pengguna.Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1920an dengan kemajuan rangkaian radio yang luas, dan surat khabar dan majalah yang diedarkan besar-besaran.Jenis media massa yang sedia wujud ialah media cetak dan media elektronik. Radio adalah “sambungan telinga” mankala televisyen adalah “sambungan mata dan telinga”.Radio pula hanya dalam bentuk audio.Televisyen merupakan media elektronik yang menyalurkan maklumat secara audio dan visyen. Ini merupakan cara yang paling berkesan kerana penglihatan dapat memberi ingatan yang lebih dalam .Manakala suratkhabar dan majalah merupakan media cetakan dalam bentuk tulisan dan gambar. Tetapi, beberapa bentuk media massa seperti buku dan manuskrip sudah digunakan sejak berkurun lamanya. Istilah media awam mempunyai makna yang sama: ia jumlah keseluruhan pengedar awam besar bagi berita dan hiburan di seluruh media meperti surat khabar, televisyen, radio, penyiaran, yang mungkin memerlukan keanggotaan persatuan dalam pasaran yang besar seperti Newspaper Guild, AFRTRA dan penerbit teks. Istilah etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir sama,contohnya dalam adat resam,pakaian,bahasa,kegiatan ekonomi dan sebagainya.Oleh itu,media massa memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan sesama etnik khususnya di Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. 2.0 PERKEMBANGAN MEDIA MASSA DI MALAYSIA 2.1 SEBELUM MERDEKA Sebelum negara memperolehi kemerdekaan,penduduk Tanah Melayu berusaha...

Words: 5611 - Pages: 23

Free Essay

Management

...PENDAHULUAN Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk. J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan...

Words: 4793 - Pages: 20

Free Essay

He Etnik Nik

... 27  Pengenalan Hubungan etnik merupakan salah satu kursus wajib 2 kredit yang didaftarkan di Taylor’s University. Kursus ini bertujuan memupuk kesepaduan antara etnik serta mengenali etnik-etnik yang terdapat di Malaysia. Seperti yang kita ketahui, Malaysia bukan sahaja kaya dengan hasil bumi yang bernilai tetapi juga mempunyai masyarakat majmuk yang mengamalkan perkongsian budaya antara kaum. Selain daripada mengikuti kuliah, kami juga dikehendaki melaksanakan kajian lapangan mengenai etnik-etnik yang terdapat di Sarawak. Kumpulan kami telah memilih kaum Iban dan kajian ini dijalankan di sekitar bandar Bintulu dan lawatan ke Kuching juga membantu kami untuk menambahkan info mengenai kaum Iban. Setelah mencari maklumat daripada pelbagai sudut, kami telah mengetahui latar belakang, sistem bahasa, makanan, pakaian, perayaan, perkahwinan dan pantang larang kaum Iban. Keputusan lengkap daripada tugasan ini telah kami sediakan di muka-muka surat belakang. Sejarah Asal Usul Kaum Iban Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut dengan populasi sebanyak 876,000 orang, iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak. Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak, mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di Timur Laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di...

Words: 4117 - Pages: 17

Free Essay

Sunway

...MEMBINA NEGARA BANGSA • KONSEP NEGARA BANGSA • DASAR DAN MATLAMAT • STATUS SEMASA, CABARAN DAN TUMPUAN DALAM RMKe-9 • FOKUS DAN STRATEGI PELAKSANAAN • PENUTUP 38 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 4 MEMBINA NEGARA BANGSA KONSEP NEGARA BANGSA “...kita mempunyai tanggung jawab yang besar dalam pembangunan bangsa dan negara ini. Kita juga mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin kita capai.” 4.01 Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. 4.02 Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut: “...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut...

Words: 4806 - Pages: 20

Free Essay

Pengajian Malaysia

...‫ور‬ ‫ا م‬ & SELAMAT SEJAHTERA ‫ا و آ‬ BAB 1: PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA TOPIK-TOPIK BAB; TOPIKMASYARAKAT BUDAYA HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA MPW 1133 PENGAJIAN MALAYSIA Tenaga Pengajar: Pengajar: En. Muhamad Wazir Bin Muslat FPSS UNiSEL, Bestari Jaya UNiSEL, Tel : 017-2406268 017email: muhamad_wazir_muslat@yahoo.com 1 2 MASYARAKAT PENGENALAN Negara D.K.R.T Malaysia dari segi Sejarah Kedudukan geografi Kedudukan ekonomi Kepelbagaian masyarakat PENGENALAN DEFINISI MASYARAKAT KONSEP-KONSEP MASYARAKAT KONSEPMASYARAKAT MAJMUK HUBUNGAN ETNIK PEMBINAAN BANGSA/NATION MALAYSIA 3 4 DEFINISI MASYARAKAT Kamus Dewan > kumpulan manusia yg menetap bersama di suatu tempattempatmengikut aturan tertentu Kelompok terbesar dari makhluk manusia dimana mereka hidup terjaring kebudayaan (Kucaraningrat) Kucaraningrat) Kelompok manusia yg telah lama hidup & bekerjasama sehingga mereka dapat mengorganisasikan dirinya & berfikir mengenai dirinya sebagai kesatuan sosial yg mempunyai batas-batas tertentu batas(Linton) Samb... Satu kum. manusia yg b'hbg secara tetap & kum. t'sususn dlm m'jlnkan aktiviti2nya secara kolektif & merasakan bhw mrk adalah hidup b'sama. b'sama. Bukanlah individu yg sama shj m'jadi anggota satu2 msykt krn anggota baru akan terus menerus lahir di dlmnya & ada pula yg mati. Oleh mati. yg demikian t'dpt p'hub. terus menerus di p'hub. kalangan mrk yg masih hidup & kekal selama b'abad2 (Roucek & Warren, 1976) (Roucek Satu kumpulan / kelompok manusia...

Words: 16153 - Pages: 65

Free Essay

Rukun Negara

...bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan wujudnya “kesatuan hati”. Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna “konflik” yang tidak berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya. Di negara kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar belakang, objektif dan prinsip Rukun Negara itu. Dari segi latar belakangnya, Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental. Rukun Negara digubal sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat yang bersatu padu, adil dan harmoni. Rukun Negara telah menjadi dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan hidup masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini. Rukun Negara mempunyai lima objektif, iaitu: untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; membentuk satu sikap yang...

Words: 2324 - Pages: 10

Free Essay

Marketing Research

...negara Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat majmuk yang hidup dalam suasana aman damai dalam pelbagai budaya, bahasa dan adat resam serta mempunyai kestabilan politik dan ekonomi yang mantap. 'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara.Bertitik tolak daripada sikap saling bekerjasama ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Kerjasama merupakan asset yang penting kepada Malaysia kerana tanpa kerjasama antara kaum, keharomian tidak mungkin dapat dinikmati ibarat ‘besatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Semasa penjajah British dan Jepun, rakyat Malaysia kurang melibat dalam politik dan pentadbiran. Setelah Jepun tamat penjajahan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, Pada 1 april 1946, British kembali ke Tanah Melayu dan menubuh kan Malayan Union sebagai Negara-bangsa bersifat kesaksamaan versi total. Hubungan etnik menjadi bertambah buruk dengan pengenalan Malayan Union oleh British yang diterima oleh kebanyakan orang cina dan india tetapi ditentang oleh orang melayu. Dengan bantahan melayu melahirkan UMNO. Selain itu, kerjasama kumpulan seperti AMCJA-PUTERA, MCA, MIC juga bermula semasa penjajahan Jepun dan sebelum kemerdekaan seperti. Kerjasama etnik UMNO, MCA, MIC membawa kejayaan besar dalam proses politik awal. Contohnya pilihan raya Majlis Perbandaran KL 1952 dan Pilihan...

Words: 869 - Pages: 4

Free Essay

Masalah Perpaduan Di Malaysia

...PENDAHULUAN Negara kita Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu tempatan, bahkan ia turut terlibat dalam menangani permasalahan yang menimpa dan dialami oleh masyarakat antarabangsa. Malaysia turut dikenali sebagai sebuah Negara Islam yang unik. Penduduknya berbilang bangsa dan kaum serta mempunyai kepercayaan dan pegangan agama yang berbeza. Majoriti terbesar warganya terdiri dari kaum Melayu beragama Islam. Bumi Malaysia adalah tanah asal tempat tumpah darah mereka. Dahulu, negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1966, namanya ditukar kepada ”Malaysia”. Beberapa jenis flora dan fauna di bumi subur beriklim tropika ini sukar ditemui di tempat lain. Hasil komoditinya menjadi idaman banyak pihak. Malaysia terkenal sebagai negara pengeluar bahan-bahan mentah yang bernilai tinggi. Kedudukannya juga sangat strategik dalam lingkaran laluan dagangan antarabangsa. Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup rukun dan damai, tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi dengan perbalahan, pertikaian dan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yang sama. Kehidupan rakyat negara ini pernah diuji. Keharmonian hidup mereka tidak bertahan lama kerana dicemburui banyak pihak. Beberapa kawasannya telah diserang dan dijajah oleh pelbagai kuasa seperti Portugis,...

Words: 3058 - Pages: 13

Free Essay

Mohathir Mohamad

...TERLALU BERSIFAT BERTINDAK BALAS DAN KURANG BERSIFAT KONSTRUKTIF. BINCANGKAN. PENGENALAN Pemikiran Melayu dirujuk sebagai pemikiran sosial iaitu pemikiran orang Melayu ke arah bermasyarakat iaitu mewakili orang lain. Pemikiran Melayu menggambarkan pemikiran masyarakat yang berkelompok, bersifat kolektif bukannya individu, bersabit dengan isu-isu tertentu yang pada akhirnya mempengaruhi tindakan, pendengaran, kehidupan, dan pendirian mereka. Selain itu, pemikiran adalah aktiviti yang dilakukan oleh manusia hampir setiap masa. Pemikiran secara mudah boleh difahami sebagai apa saja yang berlaku dalam minda kita. Kritis membawa banyak pengertian yang sederhana seperti sangat mendalam, terperinci, mengamati dan sebagainya.Ia juga dimaksudkan sebagai pemahaman secara mendalam dan kritikal bagi mempertingkatkan pemahaman.Pemikiran ini membantu individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati dan mencari bukti yang sah sebelum membuat keputusan. Pemahaman terhadap pengertian pemikiran harus dilihat daripada pelbagai sudut..Hal ini kerana, pengertian pemikiran itu sesungguhnya amat luas dan dalam. Setiapa sarjana sains berpendapat bahawa pemikiran akan memberi pengertian suatu buah fikiran berasaskan pengalaman dan kajian yang dijalankan. Definisi yang dinyatakan di bawah dapat memahamkan kita apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran? Dewey (1933) berpendapat bahawa pemikiran adalah berfikir secara serius (mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan...

Words: 5023 - Pages: 21

Free Essay

Theory

...Program pembangunan menyumbang terhadap kemajuan. b) Program pembangunan turut menyumbang terhadap kurang pembangunan, ketidaksamarataan dan kemiskinan. Tiada makna yang khas yang dapat menerangkan maksud pembangunan walaupun terdapat banyak usaha telah dilakukan oleh ahli ekonomi dan ahli sains sosial dalam usaha untuk menerangkan konsep pembangunan dan cuba mendapatkan satu definisi pembangunan yang tepat. Walaupun teori ini banyak dibincangkan oleh para ahli falsafah seperti Todaro (1977), Seers (1979) dan juga Syed Husin Ali (1976). (Rahimah Aziz 1989: 197). Menurut Laporan Suruhanjaya Selatan (1990), pembangunan boleh didefinisikan sebagai satu proses yang mana membolehkan kehidupan manusia merealisasikan potensi, membina keyakinan serta membawa kehidupan ke arah kemuliaan dan penuh bermakna yang membebaskan manusia dari rasa takut untuk meminta dan dieksploitasi. Ia merupakan pergerakan yang menjauhkan dari penindasan politik, ekonomi dan juga sosial. (Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 2) Todaro (1977) berpendapat bahawa pembangunan melibatkan prose menyusun dan mengorientasi semula sistem ekonomi dan social. Ini bermakna bahawa pembangunan bukan sahaja melibatkan pertambahan kepada pendapatan dan pengeluaran, bahkan juga mengambil kira perubahan institusi social, struktur pentadbiran, pendapat umum, adat resam dan kepercayaan. (Rahimah Aziz 1989: 3). Syed Husin Ali (1976) pula menyatakan bahawa pembangunan ekonomi bertujuan untuk menaikkan taraf...

Words: 7157 - Pages: 29

Free Essay

Kokorikulum

...Aktiviti kokurikulum memberikan seribu kebaikan kepada pelajar tetapi pelajar me mberikan seribu alasan untuk menyertainya. Huraikan perkara di atas. Kokurikulum merupakan satu aktiviti luar kelas yang melibatkan aktiviti persatua n, pakaian seragam dan sukan. Kegiatan ini telah diberi penekanan oleh kerajaan untuk memastikan semua pelajar memberi perhatian yang serius terhadap hal ini. C uma pembabitan pelajar dalam kegiatan luar kelas ini tidak begitu memberangsangk an terutama daripada aspek keikhlasan hati mereka untuk menjalankan aktiviti ter sebut. Jadi, memang ada banyak penyebab yang mendorong pelajar tidak berminat un tuk menyertai aktiviti kokurikulum ini. Aspek masa yang terlalu banyak diberikan untuk menjalani latihan yang melibatkan kokurikulum ini sering dipersoalkan ole h pelajar. Ramai yang menganggap masa yang terlalu panjang itu membazir dan elok dipenuhi dengan pembacaan buku untuk persiapan peperiksaan. Pelajar juga memben ci aktiviti luar kelas ini kerana masa petang mereka terpaksa dihabiskan di seko lah padahal mereka sepatutnya sudah boleh kembali ke rumah untuk bersantai. Oleh itu, keengganan pelajar terbabit dalam aktiviti ini banyak bergantung pada fakt or masa. Malah, pertimbangan untuk menyertai kokurikulum ini turut ditentukan ol eh sikap pelajar yang menganggap aktiviti ini tidak memberikan sebarang impak po sitif kepada diri mereka. Pandangan mereka ini dikukuhkan dengan kegagalan merek a peroleh markah dalam peperiksaan yang diadakan oleh pihak...

Words: 11418 - Pages: 46