...mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk. Pengertian Akhlak menurut Islam Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya. Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut: Satu ilmu yang membahaskan tata nilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah). Manakala akhlak pula...
Words: 803 - Pages: 4
...disiplin sains sosial Barat yang memisahkan pengkajian mereka kepada cabang-cabang yang saling bertindih dari segi teori, metode dan paradigma tetapi mempunyai orientasi serta halatuju yang berbeza. Kecelaruan ini menghasilkan kecelaruan dalam pemahaman sebenar tentang konsep, dimensi serta realisasi kehidupan manusia sebagai makhluk Tuhan yang sempurna. Bertolak daripada asas dan kerangka ini, penulis berpandangan bahawa pengkajian epistemologikal terhadap sains sosial adalah sangat penting, dan usaha ke arah ini telah diambil oleh Merryl Wyn Davies dalam karya beliau ini yang berjudul Knowing One Another: Shaping An Islamic Anthropology dan menjadi kerangka rujukan penulis dalam perbahasan ini. Kerangka perbincangan Davies ini dikaji bagi menyokong kerangka asas yang menjadi latar utama perbahasan penulis iaitu pengkajian cilm al-cumrān seperti yang digagaskan oleh Ibn Khaldun sebagai suatu wacana alternatif kepada pengkajian manusia dan masyarakat daripada perspektif Islam. PENDAHULUAN Permasalahan disiplin sains sosial adalah jelas sebagaimana dalam perbincangan Islamisasi Ilmu yang diperkenalkan oleh Ismail al-Faruqi (1991). Sains sosial Barat dianggap bersifat superficial, iaitu sekadar mengenal aktiviti dan minat umum ahli-ahli pengkaji sains sosial. Wujud kepelbagaian paradigma, orientasi dan pengkhususan yang digunakan dalam bidang sains sosial seperti antropologi, psikologi, dan sosiologi yang menerimapakai teori-teori dan...
Words: 5117 - Pages: 21
...BEBERAPA ASPEK PEMIKIRAN EKONOMI SYEIKH MUHAMMAD ARSYAD AL-BANJARI BERKAITAN ZAKAT: ANALISIS TERHADAP KITAB SABIL AL-MUHTADIN Muhammad Yusri bin Yusof @ Salleh Mohd Zahirwan Halim bin Zainal Abidin Paiz bin Hassan Hamdi Rahman bin Mohd Yaacob yusri613@perak.uitm.edu.my paiz4186@perak.uitm.edu.my (Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Perak, Kampus Seri Iskandar) ABSTRAK Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari adalah seorang ulama’ tersohor di Rantau Alam Melayu. Beliau adalah di antara rangkaian ulama’ yang dilahirkan di Kepulauan Borneo. Mengikut Almarhum Sheikh Wan Mohd Shaghir bin Abdullah, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dilahirkan di Kampung Lok Gabang, Martapura, Banjarmasin. Beliau bukan sahaja seorang pakar rujuk dalam bidang keagamaan bahkan seorang penulis yang sangat prolifik dengan karya-karyanya dalam pelbagai bidang. Antara karya masyhur beliau adalah Sabil al-Muhtadin yang mengupas aspek-aspek fiqh yang bersifat praktikal dan semasa serta menjadi rujukan dan panduan bagi pelajar dan sarjana Islam di Nusantara. Kertas kerja ini akan mengupas pemikiran ekonomi beliau ketika membahaskan aspek-aspek berkaitan fiqh zakat berdasarkan kepada penulisan beliau dalam kitab Sabil al-Muhtadin. Kata Kunci : Ekonomi, zakat, sabil al-Muhtadin, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama Borneo BIODATA SYEIKH MUHAMMAD ARSYAD AL-BANJARI Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari adalah ulama yang paling...
Words: 3824 - Pages: 16
...ISABELLA Sebuah novel berdasarkan kajian perbandingan Islam dan Kristian Oleh Maulana Mohammad Saeed Terjemahan Abdullah Hussain .................................................................................................. BAB 1 Taman Yang Diberkati Di bandar Cordova, negeri Sepanyol terdapat sebuah taman yang amat terkenal kerana keindahan bunga-bungaan dan kesegaran tanam-tanaman di dalamnya, berbeza sedikit dari Taman Firdausi. Taman ini selalu dibanjiri oleh para pelancong jauh dan dekat. Pada suatu petang yang damai di salah satu sudut taman itu yang agak terpencil, duduk dua orang lelaki muda yang kelihatannnya seperti orang berilmu. Mereka sedang tenggelam di dalam satu perbincangan agama yang serius. Hari semakin petang dan matahari sudah hampir ghurub di langit barat. Kicauan burung yang pulang ke sarangnya menimbulkan suasana riang kepada orang-orang yang lalu-lalang. Seorang gadis kristian yang dikenali namanya dalam sejarah sebagai Isabella kebetulan duduk bercengkerama dengan beberapa orang kawannya di sebalik serumpun tumbuhan berhampiran dengan tempat kedua lelaki muda itu. Isabella sering datang ke taman itu dengan kawan-kawannya untuk menikmati keindahan alam semula-jadi. Dia adalah anak ketua paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikan wajahnya dan keanggunan perawakannya selalu digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari syurga. Orang-orang bangsawan termasuk para paderi banyak yang tergila-gilakannya...
Words: 46312 - Pages: 186
...RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 5 JABATAN PELAJARAN PERAK 2011 |MINGGU |TAJUK |SKOP/OBJEKTIF |Rujukan | |01 |Pendedahan dan memperkenalkan BM SPM |Aspek Penyoalan dalam | | |03/01/11 |BM Kertas 1 |peperiksaan. |Kertas soalan terkini | |- |-Karangan Berpandu+Umum | |Kertas soalan SPM | |07/01/11 |BM Kertas 2 |Skema pemarkahan |Kertas soalan | | |- Rumusan dan Pemahaman |Bahan rujukan |Buku teks | | |- Pemahaman Komponan | |Antologi Dirgahayu Bahasaku | | |Sastera ( Dirgahayu Bahasaku ) | |Novel Azfa Hanani dan Novel | | |- Tatabahasa | |Kembara Amira. | | |- Novel - T4 + T5 | | | |02 ...
Words: 1588 - Pages: 7
...Sheikh Maududi: Ulama’ tajdid dalam kenangan - Imran Mohd Rasid SEPTEMBER 22, 2013 LATEST UPDATE: SEPTEMBER 22, 2013 10:52 PM Hari ini, tanggal 22 September, telah selesailah sudah 34 tahun berlalu sejak perginya seorang tokoh Islam agung kelahiran India yang telah mencurahkan segenap titik peluhnya untuk membangunkan pemikiran Ummah. Beliau adalah Sheikh Abu A’la Maududi (1903-1979), anak kelahiran Hyderabad dan pengasas gerakan Jamaat-i-Islami pada tahun 1941. Sheikh Maududi bisa dikatakan sebagai antara pembawa obor tajdid pada era pasca kejatuhan sistem kekhilafan Islam Uthmaniya pada tahun 1924. Sheikh Maududi mempunyai jalur pendidikan yang unik berbanding dengan kebanyakan ilmuan moden. Beliau bermula secara “home schooling” di bawah seliaan ayahnya dan menyambung pelajaran sehingga ke pusat pengajian Darool Ulum namun gagal menamatkannya kerana terganggu tumpuan selepas kematian ayah beliau. Sungguhpun begitu beliau menguasai dengan baik bahasa urdu,Arab dan Inggeris serta selok belok hukum agama dan politik India dan Barat. Beliau yang bergiat aktif dalam bidang jurnalisme telah menghasilkan banyak buku dan tulisan yang bertemakan pemikiran Islam serta fungsinya dalam melancarkan jihad menentang kolonialisme British ketika itu yang telah bertapak seawal era 1800an. Penulisan beliau berjaya merungkai pelbagai aspek kehidupan termasuklah soal ekonomi,masalah taqlid,masalah sosial,serta isu-isu penindasan wanita. Namun antara subjek yang paling penting...
Words: 1593 - Pages: 7
...“SATU MALAYSIA” [pic] Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan penari-penari cilik melaungkan slogan 1Malaysia selepas majlis perasmian sambutan Minggu Perpaduan 2009 peringkat kebangsaan di IOI Mall Puchong. Melihat bagaimanakah pembinaan negara bangsa dapat diselarikan dengan konsep Satu Malaysia. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara Satu Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘Satu Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana...
Words: 2582 - Pages: 11
...Manifesto Barisan Nasional (BN) 2013 (PRU 13) : BR1M RM1200, Harga Kereta Turun 20%-30%, Baucar Buku (RM300) & Bantuan Sekolah (RM150) 39 by STAFF BERITA SEMASA on APRIL 8, 2013 in PILIHANRAYA UMUM 13 Manifesto Barisan Nasional : Lautan dan gelombang biru diperhebatkan paluan gendang “perang” sehingga sudah menerjah masuk di kaca-kaca televisyen dan di corong-corong radio serta tidak lupa juga di akhbar arus perdana sejak pelancaran Manifesto barisan Nasional (BN) pada Sabtu yang lalu. Jikalau hebahan dan perkongsian Manifesto Pakatan Rakyat bakal diberikan ruang dan peluang hanya selama 10 tetapi secara rakaman untuk suntingan, lain pulanya untuk khas untuk manifesto Barisan Nasional. Berapa ramai yang saksikannya pengumuman Manifesto Barisan Nasional (BN) yang disiarkan secara langsung dan mendapat liputan yang cukup meluas dikebanyakan media utama di Malaysia (Siaran langsung di Astro Awani, Astro Saluran 301(saluran berbahasa Cina) dan Astro Saluran 201(saluran berbahasa tamil) , TV1 dan TV3) selama tempoh lebih sejam lamanya dari Stadium Tertutup Bukit Jalil? Senarai Akujanji Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU 13? Manifesto Barisan Nasional 1 : Kos Sara Hidup * BR1M dinaikkan kepada RM1,200 untuk isi rumah; RM600 untuk orang bujang. * Baucar Buku 1Malaysia dinaikkan sehingga RM300; Bantuan Persekolahan dinaikkan kepada RM150. * Harga kereta akan diturunkan antara 20 hingga 30 peratus secara berperingkat dengan menyemak semula Dasar Automotif Nasional...
Words: 4296 - Pages: 18
...Agama Islam, Perlembagaaan Persekutuan dan Negara Malaysia: Suatu Analisis Dalam Mempertahankan Kedudukan Agama Islam dan Umat Islam di Malaysia Oleh: Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin ( Panel Jawatankuasa Pemikir Isu Islam Semasa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan1) Sesuatu yang perlu difahami oleh rakyat Malaysia secara umum adalah tentang sejarah Islam yang sekian lama bertapak di Tanah Melayu ini, seterusnya dibinanya sebuah tamadun Islam di Nusantara melalui raja-raja Melayu-Islam dan rakyatnya. Sejarah ini adalah suatu hakikat yang sangat besar pengaruhnya dalam membina masa hadapan sehingga memberi pengaruh terhadap kerangka Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang telah dirangka, yang merupakan kesinambungan daripada sejarah tamadun Islam di Tanah Melayu. Justeru, kita sebagai Muslim-Melayu di Malaysia seharusnya bersyukur kerana tanah air kita dibina dan dibangunkan di atas sebuah tapak sejarah keislaman yang kukuh sehingga binaan kenegaraannya dipengaruhi oleh unsur keislaman tersebut. Persoalan sama ada Malaysia adalah negara Islam ataupun bukan tidak timbul kerana secara asasnya, berdasarkan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan beberapa peruntukan yang lain di dalamnya, maka, negara Malaysia dibentuk dengan asas-asas kenegaraan Islam. Negara Malaysia “Beragama” Islam Ini adalah suatu realiti yang perlu dikenal pasti oleh ramai orang. Kita sedia maklum kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai yang tertinggi di Malaysia...
Words: 4705 - Pages: 19
...Soalan : Kebebasan beragama telah sedia terjamin di dalam Perlembagaan Negara. Kebebasan ini telah mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia sejak kita memperolehi kemerdekaan. Kesefahaman kepada pengaruh dan peranan nilai agama yang ditunjukkan telah mewujudkan masyarakat yang mampu bekerjasama, berinteraksi dan harmoni dalam menangani masalah yang dihadapi. Sejauhmanakah kebebasan beragama mempengaruhi konsep “Wasathiyah” di kalangan pelbagai kaum dan umat beragama di negara ini. Bincangkan. Abstrak Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia menyatakan, Islam adalah merupakan agama rasmi negara, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di Malaysia.Perkara 11(1) Perlembagaan Malaysia juga menyatakan, tiap-tiap orang di Malaysia berhak menganuti dan mengamalkan agamanya. Hak untuk menganuti dan mengamalkan agama ini tidak boleh disekat oleh mana-mana pihak atas apa-apa alasan sekalipun, melainkan ia berlawanan dengan apa-apa undang-undang am berhubung dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau moraliti. Hak kebebasan beragama ini perlu diselarikan dengan konsep wasatiyyah yang diterjemahkan oleh kerajaan dalam pentadbiran negara sekarang ini yang menekankan segala aspek kehidupan termasuklah aspek akidah, syariah, ekonomi, kepenggunaan, pengurusan pembangunan, akhlak, kebudayaan dan kesenian. Ini selari dengan keamanan global yang turut mementingkan kestabilan pembangunan, ekonomi, iklim persekitaran dan kemanusiaan. Konsep wasatiyyah dalam realitikehidupan...
Words: 4992 - Pages: 20
...ور ا م & SELAMAT SEJAHTERA ا و آ BAB 1: PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA TOPIK-TOPIK BAB; TOPIKMASYARAKAT BUDAYA HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA MPW 1133 PENGAJIAN MALAYSIA Tenaga Pengajar: Pengajar: En. Muhamad Wazir Bin Muslat FPSS UNiSEL, Bestari Jaya UNiSEL, Tel : 017-2406268 017email: muhamad_wazir_muslat@yahoo.com 1 2 MASYARAKAT PENGENALAN Negara D.K.R.T Malaysia dari segi Sejarah Kedudukan geografi Kedudukan ekonomi Kepelbagaian masyarakat PENGENALAN DEFINISI MASYARAKAT KONSEP-KONSEP MASYARAKAT KONSEPMASYARAKAT MAJMUK HUBUNGAN ETNIK PEMBINAAN BANGSA/NATION MALAYSIA 3 4 DEFINISI MASYARAKAT Kamus Dewan > kumpulan manusia yg menetap bersama di suatu tempattempatmengikut aturan tertentu Kelompok terbesar dari makhluk manusia dimana mereka hidup terjaring kebudayaan (Kucaraningrat) Kucaraningrat) Kelompok manusia yg telah lama hidup & bekerjasama sehingga mereka dapat mengorganisasikan dirinya & berfikir mengenai dirinya sebagai kesatuan sosial yg mempunyai batas-batas tertentu batas(Linton) Samb... Satu kum. manusia yg b'hbg secara tetap & kum. t'sususn dlm m'jlnkan aktiviti2nya secara kolektif & merasakan bhw mrk adalah hidup b'sama. b'sama. Bukanlah individu yg sama shj m'jadi anggota satu2 msykt krn anggota baru akan terus menerus lahir di dlmnya & ada pula yg mati. Oleh mati. yg demikian t'dpt p'hub. terus menerus di p'hub. kalangan mrk yg masih hidup & kekal selama b'abad2 (Roucek & Warren, 1976) (Roucek Satu kumpulan / kelompok manusia...
Words: 16153 - Pages: 65
...1.1 Piagam Madinah Piagam Madinah merupakan perlembagaan yang dipersetujui oleh semua golongan iaitu orang Islam dan juga Yahudi yang menjadi warganegara Madinah Al-Munawwarah di atas kepimpinan Rasulullah S.A.W. Baginda Rasullulah adalah pengasas kepada Piagam Madinah dengan berteras kan wahyu Allah S.W.T untuk jadikan ia sebagai garis panduan kepada seluruh dunia. Sebelum ketibaan Baginda Rasulullah, Madinah tidak mempunyai pemerintah dan pentadbiran yang tidak teratur dan malah berlaku pecah belah sesama masyarakat Madinah khususnya orang Arab dan orang Yahudi. Perlembagaan ini juga di kenali sebagai Sahifah Al-Madinah iaitu perlembegaan bertulis pertama di dunia. Tambahan itu, Piagam Madinah juga digunakan untuk menjadi rujukan asas dalam pembentukan sebuah Negara Islam yang terbilang - 1.2 Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956. Antara pakar Perlembagaan Negara Komenwel yang bersama-sama menubuhkan Perlembagaan Persekutuan ini adalah Lord William Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, B.Malik dan juga Hakim Abdul Hamid. Antara tugas mereka adalah untuk membentuk Negara persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat, mengekalkan hak dan kedudukan raja-raja melayu sebagai pemerintah berpelembagaan, memelihara kedudukan istimewa orang melayu serta hak kaum lain dan lain-lain lagi. Pada tahun 1963, selepas persetujuan dan pandangan semua rakyat, Perlembagaan ini dikenali sebagai Perlembagaan Malaysia...
Words: 11643 - Pages: 47
...GARIS PANDUAN PERPUSTAKAAN SEKOLAH IFLA/UNESCO DITERJEMAHKAN OLEH: Zohra Ibrahim & Saidatul Akmar Ismail Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi MARA MALAYSIA **** School Libraries and Resource Centers Section: http://www.ifla.org/VII/s11/index.htm KANDUNGAN KANDUNGAN ......................................................................................................................... 2 PENGENALAN........................................................................................................................ 4 BAB 1 – MISI DAN POLISI ................................................................................................... 6 1.1 Misi ............................................................................................................................6 1.2 Polisi ..........................................................................................................................6 1.3 Pemantauan dan penilaian..........................................................................................7 BAB 2 – SUMBER ................................................................................................................. 10 2.1 Kewangan dan belanjawan untuk perpustakaan sekolah .........................................10 2.2 Lokasi dan Ruang ....................................................................................................11 2.3 Perabut dan Peralatan.........................................................
Words: 7019 - Pages: 29
...1 Kefahaman Erti Jemaah Dari Hadis & Isu Bai’ah Oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman Presiden MURSHID Sebelum kita memahami isu bai’ah, tuntutan dan kesannya, kita perlu memahami bai’ah itu diberi kepada siapa, iaitu Jemaah apa dan apa pula peruntukan syara’ terhadapnya. Memang benar, terdapat banyak hadis menyebut berkenaan keperluan melazimi Jemaah. Berikut adalah antara yang paling utama:1. Nabi bersabda :- ً، أن ﺗﻌﺒﺪوﻩ وﻻ ﻛﻮا ﺑﻪ ﺷﻴﺌﺎً، وأن ﺗﻌﺘﺼﻤﻮا ﲝﺒﻞ ﷲ ﲨﻴﻌﺎً وﻻ ﺗﻔﺮﻗﻮا، وأن ﺗُﻨﺎﺻﺤﻮا ﻣﻦ وﻻﻩ ﷲ ﻛﻢʬإن ﷲ ﻳﺮﺿﻰ ﻟﻜﻢ ﺛﻼ أﻣﺮ ﺗﺸﺮ Ertinya : Sesungguhnya Allah redha tentang kamu pada tiga keadaan iaitu a) kamu tidak mensyirikan Allah swt dengan satu apapun. b) kamu berpegang dengan tali Allah dan tidak bercerai berai c) kamu menasihti mereka yang diangkat Allah menguruskan urusan kamu (pemimpin). ( Riwayat Muslim) Imam Al-Nawawi berkata:ﻟﻒ ﺑﻌﻀﻬﻢ ﺑﺒﻌﺾ، وﻫﺬﻩ إﺣﺪى ﻗﻮاﻋﺪ اﻹﺳﻼمϖﻗﻮﻟﻪ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ: "وﻻ ﺗﻔﺮﻗﻮا" ﻓﻬﻮ أﻣﺮ ﺑﻠﺰوم ﲨﺎﻋﺔ اﳌﺴﻠﻤﲔ، و Ertinya : Kata-kata baginda “jangan berpecah” membawa erti suatu perintah melazimi jamaah muslimin, jinak hati satu antara lain dan ia merupakan salah satu dari tunjang asasi bagi Islam.1 Namun apakah maksud Jemaah yang dimaskudkan oleh Imam Al-Nawawi itu? Perkara ini akan dibincangkan selepas ini. Insha Allah 2. Diriwayat dari Umar al-Khattab bahawa baginda bersabda : ﻛﻢ واﻟﻔﺮﻗﺔ؛ ﻓﺈن اﻟﺸﻴﻄﺎن ﻣﻊ اﻟﻮاﺣﺪ أﻗﺮب، وﻫﻮ ﻣﻦ اﻻﺛﻨﲔ أﺑﻌﺪ، ﻣﻦ أراد ﲝﺒﻮﺣﺔ اﳉﻨﺔ ﻓﻠﻴﻠﺰم اﳉﻤﺎﻋﺔʮﳉﻤﺎﻋﺔ وإʪ ﻋﻠﻴﻜﻢ Ertinya : Mestilah kamu menyertai Jemaah...
Words: 8380 - Pages: 34
...SEERAH NABAWIYYAH Al-Raheeq al-Makhtum Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy India Pemenang Hadiah Pertama Pertandingan Seerah Rabitah Alam Islam, Mekkah PERANAN & PERLUNYA RIWAYAT HIDUP RASULULLAH DALAM MEMAHAMI ISLAM Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah ini sama dengan membaca dan menala'ah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman purbakala. Tujuan pokok dari kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu. Tegasnya kajian riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad Sallallahu 'alahi Wasallam. Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlah dibahagikan seperti berikut: 1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana...
Words: 129247 - Pages: 517