Free Essay

Keharmonian Dan Kesejahteraan Negara

In:

Submitted By anisaziz
Words 1316
Pages 6
LANGKAH-LANGKAH KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN NEGARA
Negara Malaysia telah menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-56 tahun dan ini melambangkan bahawa Malaysia sudah pastinya mempunyai perkembangan daripada pelbagai aspek, termasuk pembangunan negara serta pembangunan masyarakatnya. Melalui pemantapan dan gabungan dua aspek utama, iaitu negara dan masyarakat dalam keadaan harmoni, ia sememangnya mempengaruhi akan kemajuan dan arus pemodenan sesebuah negara (Wan Othman Wan Halim, 1992). Namun, teras utama dalam mencapai status negara-bangsa yang berjaya, kesejahteraan, dan keharmonian kaum merupakan aspek yang amat penting. kesejahteraan dan keharmonian antara kaum kunci kejayaan negara didalam mengharungi pelbagai rintangan selama ini, Hasilnya Malaysia mampu berdiri teguh sehingga dikagumi dunia luar. Harus di fahami usaha membangunkan negara dan pada masa yang sama mewujudkan keamanan bukan perkara yang mudah untuk dilaksanakan, lebih lebih lagi dalam sebuah negara yang berbilang etnik dan agama. Namun kita bersyukur sejak sekian lama masyarakat berbilang kaum dapat hidup bersama dengan rukun dan damai. Apa yang menyedihkan kebelakangan ini ada ada sahaja berita yang cuba menggugat keharmonian dan kesejahteraan negara.
Antara langkah yang dilakukan oleh negara kita untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan ialah dengan menggalakkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan rakyat. Kesedaran untuk mewujudkan perpaduan kaum di negara berbilang kaum seperti di Malaysia ini adalah tanggungjawab yang berat. Teras utama untuk mewujudkan perpaduan kaum adalah untuk menyedari bahawa manusia itu dijadikan Allah SWT berbangsa-bangsa, berkaum-kaum, bersuku-suku dan sebagainya. Hakikat kepelbagaian ini adalah sebenar-benarnya untuk menambahkan seri kehidupan, saling mempelajari, saling berinteraksi, dan saling bertolak ansur. Namun, manusia akan menggunakan perbezaan untuk mencetuskan konflik. Oleh itu, Rukun Negara yang dibentuk oleh pimpinan Malaysia adalah untuk mengatasi segala perbezaan yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini (Abdul Aziz dan Abdul Rahman, 2010). Hal ini demikian akan dapat mengelakkan kejadian 13 Mei 1969 agar tidak berulang lagi. Contohnya, melaksanakan program Latihan Khidmat Negara seperti yang dinyatakan oleh Ainudin, Izani dan Afifi (2004) bahawa “perpaduan masyarakat adalah prasyarat kepada pembentukkan sebuah negara . Selain perpaduan rakyat, proses penjanaan generasi muda sebagai persiapan di hari depan juga amat penting. Ini adalah kerana generasi muda pada hari ini adalah pemimpin pada masa akan datang. Justeru, kerajaan telah memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam usaha melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Jika dianalisa, perlaksanaan PLKN bertitik tolak atas beberapa cabaran sama ada bersifat psikologi mahupun politik. Dengan berbuat demikian, dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim tanpa mengira agama, bangsa mahupun warna kulit dan dapat mengelakkan perpecahan kaum yang membawa kepada pergaduhan. Persis kata cendekiawan, ‘Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.’ Jelaslah harapan negara untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan akan tercapai.”

Dalam sesebuah negara yang mengamalkan pemerintahan sistem demokrasi, kebebasan mengeluarkan pendapat adalah salah satu hak asas dalam sistem tersebut. Sistem ini menjamin hak rakyat menyatakan pendapat dan bersuara. Namun, kebebasan bersuara setiap rakyat yang diberikan tidak boleh disalah guna sehingga menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan seperti kontroversi perhimpunan HINDRAF dan perbuatan menghina YDP Agong di laman Facebook. Dengan itu, kerajaan menggubal Akta Keharmonian Nasional menggantikan Akta Hasutan 1948. Semua peruntukan baharu yang terkandung dalam Akta Keharmonian Nasional ini secara umumnya akan member penekanan kepada usaha memupuk semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama, selain mempunyai latar politik yang berbeza (Najib, 2012).

Selain itu, mutakhir ini, pihak Kerajaan telah melaksanakan Gagasan 1 Malaysia sebagai langkah untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Hal ini demikian kerana, Gagasan 1 Malaysia ini mampu memupuk sikap saling menghormati dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Menurut Aizat (2011) konsep yang diketengahkan ini menghargai dan menghormati identiti setiap etnik yang ada di Malaysia serta menganggap ia merupakan suatu elemen yang patut dibanggakan oleh semua lapisan masyarakat, di samping mengakui prinsip-prinsip yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan. Maka, Gagasan 1 Malaysia ini akan menjadikan masyarakat di negara ini agar menghormati pegangan dan kepercayaan kaum lain kerana setiap bangsa mempunyai amalan dan kepercayaan yang tersendiri. Natijahnya, rakyat tidak akan bersikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan sensitiviti bangsa lain. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni ‘bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’. Hal ini dapat dilihat melalui perbuatan pasangan Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee yang mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik mesej 'Selamat Berbuka Puasa' dalam akaun Facebook sambil menikmati bak kut teh (sup tulang babi). Justeru, memperlihatkan tiadanya nilai menghormati kaum dan agama lain dan tindakan mereka boleh menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini. Intihannya, diharapkan usaha kerajaan melalui Gagasan 1 Malaysia ini akan mengeratkan perpaduan rakyat sekali gus mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara.
Seterusnya, menjalinkan kerjasama yang erat dengan negara-negara luar ataupun negara jiran terutama negara-negara ASEAN. Hal ini bersangkut paut kerana ASEAN ditubuhkan untuk menjamin keselamatan serantau serta boleh membantu dalam perkembangan ekonomi. Sebagai contoh, kerjasama sesama jiran boleh dijalinkan melalui perjanjian ekonomi dua hala. Dalam hal ini, Omar, Rusdi and Mukhtaruddin, Mas Juliana (2010) menegaskan bahawa “dasar luar dan hubungan dua hala memainkan peranan yang penting bagi sesebuah negara, bukan sahaja kerana ia dapat menjamin kepentingan negara, malah ia juga dapat menghalang ancaman pihak luar dari mengancam keselamatan negara. Selain itu, ia juga dapat mencerminkan sikap atau pendirian sesebuah negara itu dalam hubungannya dengan negara yang lain. Ia adalah kesinambungan kepada dasar dalam negeri bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan negara”. Maka, kerjasama yang erat ini dapat mengelakkan negara luar tidak mengganggu urusan negara masing-masing antara satu sama lain.

Bak kata peribahasa, ‘bagai aur dengan tebing.’ Dengan itu, kerjasama yang erat antara negara-negara jiran membantu Malaysia untuk menikmati satu tahap keamanan yang tinggi.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia haruslah bersatu padu dalam mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Bak kata pepatah, ‘bulat air kerana pembentung, bulat suara kerana muafakat.’ Dengan ini, negara akan dapat merealisasikan aspirasi 1 Malaysia yang membawa dasar ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Oleh itu, rakyat Malaysia akan sentiasa hidup dalam keadaan aman, tenang dan sejahtera.

RUJUKAN
Aizat Khairi. (2011). Konsep 1 Malaysia dan cabaran pelaksanaannya ke arah pemantapan perpaduan sesebuah Negara- bangsa. Jurnal sosiohumanika, 4(1), 58-76.

Abdul Aziz, Abdul Rahman. (2010). Rukun Negara dalam memperkukuhkan ketahanan negara.
Dlm: Seminar prosiding Nasional Ketahanan. Political Managements and Policies in Malaysia (pp. 443-457). Universiti Utara Malaysia, Sintok: Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Astro Awani. (2011). Rakyat Malaysia perlu peka sensitivi agama, kaum - Joseph Kurup.
Dicapai daripada http://www.astroawani.com/news/show/rakyat-malaysia-perlu-peka-sensitivi-agama-kaum-joseph-kurup-18252?cp
Berita Harian. (2013). Wanita hina YDP Agong ditahan. Dicapai daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/WanitahinaAgongditahan/Article Omar, Rusdi dan Mukhtaruddin, Mas Juliana (2010). Dasar luar Malaysia era Dato’ Seri Mohd
Najib Tun Razak: Keutamaan dalam aspek hubungan dua hala. Dlm: Seminar prosiding Nasional Ketahanan. Political Managements and Policies in Malaysia. (pp. 173-194). Universiti Utara Malaysia, Sintok: Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Najib Razak. (2012). Transformasi politik mendaulatkan mendaulatkan hak asasi serta demokrasi pemerintahan rakyat untuk rakyat. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad.
Utusan Online. (2007). Demi negara. Dicapai daripada http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=pilihanraya2008&y=2007&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm --------------------------------------------
[ 2 ]. Parti Gerakan Rakyat (GERAKAN), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif (PPP) telah memenangi kerusi manakala PAS memenangi 12 kerusi Parlimen. Kemenangan ini menyebabkan para penyokong Parti GERAKAN telah mengadakan perarakan meraikan kemenangan sambil menghina dan mengutuk orang Melayu. Keadaan ini menimbulkan ketegangan antara orang Melayu dan orang Cina.
[ 3 ]. kumpulan Hindu Rights Action Force (Hindraf) di ibu negara pada 25 November 2007
[ 4 ]. Gooi ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, kerana menghina ucapan Seri Paduka, dalam laman sosial Facebook pada 1 Jun lalu.
[ 5 ]. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup melahirkan kekesalan itu ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Bengkel Penyatuan Nasional bertajuk 'Bengkel Perkongsian pelbagai Generasi Malaysia' anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Universiti Putra Malaysia, Serdang, dekat sini hari ini.

Similar Documents

Free Essay

Moral Value

...Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. *keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam *mematuhi segala suruhanNya 1.2 Amanah Sikap bertanggunngjawab yang boleh menimbulkan kepercayaa dan keyakinan orang lain. *sikap bertanggungjawab *menimbulkan kepercayaan orang lain 1.3 Harga Diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. *memulia maruah diri *menjaga maruah diri 1.4 Bertanggungjawab Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. *memikul tugas/kewajipan *melaksanakan tugas/kewajipan 1.5 Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. *beradab sopan *berbudi pekerti mulia 1.6 Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup. *bertolak ansur *sabar*mengawal diri 1.7 Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. *kebolehan/kesanggupan melakukan sesuatu *tanpa bergantung kepada orang lain 1.8 Kerajinan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan , dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. *usaha berterusan *ketekuna/kecekalan/kegigihan/dedikasi/berdaya maju 1.9 Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam...

Words: 1045 - Pages: 5

Free Essay

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

...Keyakinan wujudnya Tuhan dan mematuhi segala suruhanNya 2 AMANAH Sikap bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan dan keyakinan 3 HARGA DIRI Keupayaan dan kemampuan untuk memulia dan menjaga maruah diri 4 BERTANGGUNGJAWAB Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan 5 HEMAH TINGGI Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia 6 TOLERANSI Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan pertelingkahan 7 BERDIKARI Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain 8 KERAJINAN Usaha berterusan dengan kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju 9 KASIH SAYANG Perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati 10 KEADILAN Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah 11 RASIONAL Boleh berfikir dan bertindak berasaskan pertimbangan yang wajar 12 KESEDERHANAAN Tidak keterlaluan dalam pemikiran dan tindakan, tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain 13 KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan 14 HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGA Memuliakan, berinteraksi dan memberi layanan sopan untuk melahirkan keluarga harmonis 15 MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN Menerima dan menghormati adat dan kepercayaan yang diwarisi turun temurun 16 TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA Melaksanakan kewajipan untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga ...

Words: 506 - Pages: 3

Free Essay

Dasar Pendidikan Kebangsaan Malaysia

...PERPADUAN PELBAGAI KAUM DAN ETNIK. HURAIKAN STRATEGI –STRATEGI YANG TELAH DI RANGKA DAN DILAKSANAKAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT INI Dasar Pendidikan Kebangsaan lahir atas kesedaran tentang mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah dan bagi memenuhi kehendak negara. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan tenaga manusia di negara ini untuk jangka pendek dan panjang, melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan melahirkan insan yang berilmu, berakhlak, seimbang, dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Objektif dasar dinyatakan dalam pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu: "BAHAWASANYA dasar pelajaran scpeti yang disytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 adalah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, agama, ekonomi dan politiknya.......” Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pelajaran dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956_ dan Laporan Rahman Talib 1960 telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan murid-murid sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi. Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya...

Words: 1656 - Pages: 7

Free Essay

Roda Kesejahteraan

...[pic] FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 1.0 Pengenalan Berdasarkan laman sesawang ’Definition of Wellness’, definisi bagi kesejahteraan adalah seperti berikut : “Wellness is a multidimensional state of being describing the existence of positive health in an individual as exemplified by quality of life and a sense of well-being.” iaitu kesejahteraan adalah keadaan multidimensi yang menerangkan kewujudan kesihatan yang positif dalam seseorang individu seperti yang ditunjukkan oleh kualiti hidup dan rasa kesejahteraan. Ini membawa pengertian bahawa kesejahteraan adalah satu proses aktif dalam kesedaran dan membuat pilihan ke arah kewujudan yang lebih berjaya. Proses bermaksud peningkatan adalah sesuatu yang tidak mustahil. Kesedaran ialah berterusan mencari maklumat bagaimana untuk membuat peningkatan. Pilihan pula adalah mengambil kira beberapa pilihan dan memilih yang terbaik untuk diri manakala kejayaan ditentukan oleh individu untuk menjadi koleksi kejayaan yang dicapai. Menurut Kamus Dewan pula, ”Kesejahteraan” bermaksud keselamatan, kesenangan (hidup dan lain - lain), kesentosaan, ketenteraman: manusia mesti bekerja keras utk mendapat di dunia dan di akhirat. Oleh yang demikian, kesejahteraan adalah satu keadaan dimana seseorang itu dapat hidup dengan aman dan tenteram. Berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh Pusat Kesejahteraan Universiti Pendidikan Sultan...

Words: 1575 - Pages: 7

Free Essay

Wawasan 2020

...Mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang mempunyai           matlamat dikongsi bersama. 2.              Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. 3.              Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun. 4.              Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika. 5.              Mewujudkan masyarakt liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara. 6.             Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. 7.             Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada Negara atau orang perseorangan, tetapi sekeliling sitem keluarga yang kukuh. 8.             Memastikan masyarakat yang adail dalam bidang ekonomi. 9.            Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. ...

Words: 1219 - Pages: 5

Free Essay

Business

...Perlembagaan Negara. Kebebasan ini telah mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia sejak kita memperolehi kemerdekaan. Kesefahaman kepada pengaruh dan peranan nilai agama yang ditunjukkan telah mewujudkan masyarakat yang mampu bekerjasama, berinteraksi dan harmoni dalam menangani masalah yang dihadapi. Sejauhmanakah kebebasan beragama mempengaruhi konsep “Wasathiyah” di kalangan pelbagai kaum dan umat beragama di negara ini. Bincangkan. Abstrak Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia menyatakan, Islam adalah merupakan agama rasmi negara, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di Malaysia.Perkara 11(1) Perlembagaan Malaysia juga menyatakan, tiap-tiap orang di Malaysia berhak menganuti dan mengamalkan agamanya. Hak untuk menganuti dan mengamalkan agama ini tidak boleh disekat oleh mana-mana pihak atas apa-apa alasan sekalipun, melainkan ia berlawanan dengan apa-apa undang-undang am berhubung dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau moraliti. Hak kebebasan beragama ini perlu diselarikan dengan konsep wasatiyyah yang diterjemahkan oleh kerajaan dalam pentadbiran negara sekarang ini yang menekankan segala aspek kehidupan termasuklah aspek akidah, syariah, ekonomi, kepenggunaan, pengurusan pembangunan, akhlak, kebudayaan dan kesenian. Ini selari dengan keamanan global yang turut mementingkan kestabilan pembangunan, ekonomi, iklim persekitaran dan kemanusiaan. Konsep wasatiyyah dalam realitikehidupan sebenarnya menjurus kepada pembentukan keamanan negara, serantau...

Words: 4992 - Pages: 20

Free Essay

Karangan Spm

...Contohnya Akademik Fantasia,One In A Million,Vokal Bukan Sekadar Rupa dan pelbagai lagi. Idea-idea Utama Golongan remaja beranggapan cita-cita mereka menjadi penyanyi akan mudah tercapai melalui program ini. - realitinya ramai yang tidak berjaya - persaingan untuk menjadi penyanyi semakin tinggi - sukar untuk bersaing walaupun ada yang pernah menjuarai proram realiti ini Industri seni negara agak terhad dan masih belum mampu menembusi pasaran luar. - jualan album tidak sebanyak mana - konsert pula tidak serancak seperti di negara-negara luar - masa depan golongan remaja ini sebenarnya tidak menentu Program realiti yang banyak dipaparkan di kaca televisyen banyak melalaikan para remaja terutama pelajar sekolah. - menghabiskan banyak masa dengan menonton rancangan ini - tidak mengulang kaji pelajaran di rumah - prestasi akademik mulai menurun dan menjejaskan masa depan mereka Program ini juga banyak menghabiskan wang para remaja. - terlalu taksub dalam menyokong seseorang pelajar yang diminati - menghabiskan beratus-ratus ringgit melalui sistem pesanan ringkas - menjadi boros dan situasi ini pastinya tidak berbaloi Kebanyakan program realiti ini hanya “ Indah Khabar Daripada Rupa “. - dijanjikan pelbagai kemudahan dan kejayaan jika menyertainya 1 - menjadi artis rakaman ,pelakon dan pelbagai lagi - ramai yang terkandas di tengah jalan dan hidup dalam kemiskinan Penutup Program realiti ini sewajarnya dikaji semula dan jangan keterlaluan. -...

Words: 3226 - Pages: 13

Free Essay

Masalah Perpaduan Di Malaysia

...PENDAHULUAN Negara kita Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu tempatan, bahkan ia turut terlibat dalam menangani permasalahan yang menimpa dan dialami oleh masyarakat antarabangsa. Malaysia turut dikenali sebagai sebuah Negara Islam yang unik. Penduduknya berbilang bangsa dan kaum serta mempunyai kepercayaan dan pegangan agama yang berbeza. Majoriti terbesar warganya terdiri dari kaum Melayu beragama Islam. Bumi Malaysia adalah tanah asal tempat tumpah darah mereka. Dahulu, negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1966, namanya ditukar kepada ”Malaysia”. Beberapa jenis flora dan fauna di bumi subur beriklim tropika ini sukar ditemui di tempat lain. Hasil komoditinya menjadi idaman banyak pihak. Malaysia terkenal sebagai negara pengeluar bahan-bahan mentah yang bernilai tinggi. Kedudukannya juga sangat strategik dalam lingkaran laluan dagangan antarabangsa. Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup rukun dan damai, tidak seperti penduduk di negara-negara lain yang tidak sunyi dengan perbalahan, pertikaian dan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yang sama. Kehidupan rakyat negara ini pernah diuji. Keharmonian hidup mereka tidak bertahan lama kerana dicemburui banyak pihak. Beberapa kawasannya telah diserang dan dijajah oleh pelbagai kuasa seperti Portugis,...

Words: 3058 - Pages: 13

Free Essay

Ctu555

...|CTU 555 | |iii. |Taraf |Kursus Universiti/ Ijazah Sarjana Muda | |iv. |Jam Kredit |2 Jam | |v. |Kaedah Penyampaian/Pengendalian |Kuliah dan Diskusi | |vi. |Sistem penilaian dan pecahan markah |Peperiksaan Akhir 50% | | | |Bahagian A (Objektif) 20%...

Words: 1611 - Pages: 7

Free Essay

Happy Go Lucky

...membantu tunjang utama hidup masyarakat Akhlak yang mulia sesungguhnya daripada pantulan keimanan yang mengisi dada seseorang. Jika tahap imannya rendah, maka akan tampak lemah akhlaknya begitulah jika tinggi nilai keimanan, budi pekertinya jelas terpuji. Diri yang kaya dengan kebaikan akhlak mencerminkan kesempurnaan iman seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya.” - (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud) Manusia secara fitrahnya perlu hidup bermasyarakat dan tidak sempurna jika menjalani kehidupan sendirian. Bagi memastikan masyarakat terbina dalam keadaan selari kehendak Islam, maka setiap anggota masyarakat sewajarnya memiliki akhlak yang baik. Dengan itu, hubungan antara sesama insan terjalin erat, hidup dalam suasana mesra, berkasih-sayang, selesa serta maju jaya. Sikap mementingkan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri adalah suatu keperluan hidup bermasyarakat. Ia membayangkan adanya suasana persaudaraan jitu dan sewarna dengan arahan agama bahawa setiap Muslim itu semuanya bersaudara. Meskipun begitu, bukanlah bermakna harus mengabaikan kepentingan diri atau keluarga sendiri. Ini adalah gambaran antara ciri orang beriman seperti dinyatakan junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang kamu hinggalah dikehendakinya berlaku pada saudaranya apa yang dikehendakinya berlaku pada dirinya.” - (Hadis Muttafaqun ‘alaih) Apabila berlaku sesuatu bencana,...

Words: 4306 - Pages: 18

Free Essay

Ethnics and Media in Malaysia

...diperkenalkan pada tahun 1920an dengan kemajuan rangkaian radio yang luas, dan surat khabar dan majalah yang diedarkan besar-besaran.Jenis media massa yang sedia wujud ialah media cetak dan media elektronik. Radio adalah “sambungan telinga” mankala televisyen adalah “sambungan mata dan telinga”.Radio pula hanya dalam bentuk audio.Televisyen merupakan media elektronik yang menyalurkan maklumat secara audio dan visyen. Ini merupakan cara yang paling berkesan kerana penglihatan dapat memberi ingatan yang lebih dalam .Manakala suratkhabar dan majalah merupakan media cetakan dalam bentuk tulisan dan gambar. Tetapi, beberapa bentuk media massa seperti buku dan manuskrip sudah digunakan sejak berkurun lamanya. Istilah media awam mempunyai makna yang sama: ia jumlah keseluruhan pengedar awam besar bagi berita dan hiburan di seluruh media meperti surat khabar, televisyen, radio, penyiaran, yang mungkin memerlukan keanggotaan persatuan dalam pasaran yang besar seperti Newspaper Guild, AFRTRA dan penerbit teks. Istilah etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir sama,contohnya dalam adat resam,pakaian,bahasa,kegiatan ekonomi dan sebagainya.Oleh itu,media massa memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan sesama etnik khususnya di Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. 2.0 PERKEMBANGAN MEDIA MASSA DI MALAYSIA 2.1 SEBELUM MERDEKA Sebelum negara memperolehi kemerdekaan,penduduk Tanah Melayu berusaha menyuarakan kemerdekaan...

Words: 5611 - Pages: 23

Free Essay

Maqasid Syariah

...menerusi Al-Quran dan Al-Sunnah. Maqasid syariah terdiri daripada dua perkataan iaitu ”maqasid” dan ”syari’ah”. Kedua-duanya mempunyai pengertian yang berlainan jika ia didefinisikan secara berasingan. Namun sebagai satu perkataan ”maqasid al Shari’ah” dalam hubungan etnik didefinisikan sebagai berikut: Al-Ghazali mengatakan Maqasid syariah sebagai objektif dalam kehidupan manusia meliputi lima perkara iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Oleh itu apa sahaja yang terkandung dalam penjagaan lima perkara tersebut adalah maslahah (kebaikan) dan pengabaian terhadapnya membawa kepada mafsadah (kerosakan). Dengan lain perkataan ianya merupakan objektif syariah dan rahsia (hikmah) yang mana Allah SWT letakkan pada setiap hukum yang terdapat dalam syariah. Para ulama’ telah membahagikan maqasid syariah kepada lima: 1. Memelihara agama (Hifz al-Din) 2. Memelihara nyawa (Hifz al-Nafs) 3. Memelihara kehormatan atau keturunan (Hifz al-Nasb) 4. Memelihara akal (Hifz al-Aql) 5. Memelihara harta benda (Hifz al-Mal) Dalam konteks hubungan etnik, kelima-lima maqasid syariah ini boleh di aplikasikan bagi mengukuhkan perhubungan antara etnik. Menjaga agama dalam konteks hubungan etnik adalah memastikan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan hendaklah sentiasa terpelihara. Bagi mewujudkan kefahaman dan kesaksamaan antara kaum dan agama, kita tidak boleh mengetepikan kedudukan dan kepentingan Islam sebagai agama Negara demi untuk menjaga...

Words: 1042 - Pages: 5

Free Essay

Etnik

...1.0 PENGENALAN Sejarah dan asal-usul sesuatu etnik telah membuktikan bahawa segregasi etnik ini sudah berlangsung sejak sekian lama tanpa kehadiran pihak penjajah Barat. Pola segregasi ini tetap terjadi kerana atas alasan faktor amalan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan faktor agama. Ini dapat dilihat daripada pola taburan suku kaum masyarakat di Malaysia khususnya yang hidup secara berkelompok berdasarkan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan kepercayaan yang sama di sesuatu tempat. Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan itu berlaku itu berlaku dalam beberapa keadaan seperti keadaan tempat tinggal , jenis pekerjaan, sistem persekolahan, dan penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing- masing. Sebelum merdeka, Malaysia telah pun melalui keadaan ini selari dengan dasar pecah dan perintah British sebagai kuasa penjajah. Dasar berkenaan mewujudkan segregasi dalam kalangan pelbagai etnik yang dapat mengukuhkan kedudukan kuasa politik dan ekonomi British. Seterusnya British dapat bertapak dan menjajah selama 170 tahun di negara ini. Perubahan pembangunan yang pesat di Malaysia telah mengubah sedikit senario pola taburan etnik. Dasar kerajaan yang sangat progresif ke arah meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup yang lebih baik kepada rakyat, telah membantu mempercepat mengurangkan segregasi mengikut etnik secara nyata terutamanya di kawasan-kawasan bandar...

Words: 2332 - Pages: 10

Free Essay

Peranan Masyarakat Wujud Perpaduan

...integrasi dan perpaduan di Malaysia Objektif : 1. Pentingnya kerjasama dan penglibatan masyarakat dalam mewujudkan perpaduan dan integrasi. 2. Pentingnya toleransi dan kesefahaman antara masyarakat. 3. Besarnya peranan masyarakat dalam menyokong usaha kerajaan dalam membentuk perpaduan dan integrasi. 4. Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang mampu memupuk ke arah integrasi & perpaduan. Pendahuluan : INTEGRASI * Proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. * Proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama. * Bagi negara yang berbilang bangsa, proses ini merupakan satu matlamat utama yang perlu diusahakan agar berjaya. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dalam tempoh yang lama dengan rakyat berbilang bangsa dan kepercayaan adalah satu contoh terbaik kejayaan proses integrasi. PERPADUAN * Proses penyatuan semua aspek seperti fizikal, sosial, ekonomi & politik tetapi bukan bersifat biologikal. Bertujuan supaya setiap anggota masyarakat dpt membentuk satu identiti & nilai bersama serta perasaan cinta & banggakan tanah air. * Perpaduan rakyat Malaysia adalah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam proses pembangunan negara. Selain daripada aspek ekonomi dan politik, perpaduan juga merupakan agenda penting dalam kemajuan sesebuah negara. Relatifnya...

Words: 2037 - Pages: 9

Free Essay

Sunway

...4 MEMBINA NEGARA BANGSA • KONSEP NEGARA BANGSA • DASAR DAN MATLAMAT • STATUS SEMASA, CABARAN DAN TUMPUAN DALAM RMKe-9 • FOKUS DAN STRATEGI PELAKSANAAN • PENUTUP 38 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 4 MEMBINA NEGARA BANGSA KONSEP NEGARA BANGSA “...kita mempunyai tanggung jawab yang besar dalam pembangunan bangsa dan negara ini. Kita juga mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin kita capai.” 4.01 Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. 4.02 Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut: “...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa...

Words: 4806 - Pages: 20