Free Essay

Analisa Strategi Dan Pertahanan

In:

Submitted By subsunk79
Words 7210
Pages 29
International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23

rd

& 24

th

November 2010

PEPERANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W. : ANALISA STRATEGI PEPERANGAN DAN PERTAHANAN
Ahmad Azan Ridzuan¹, Mohd Juraimy Hj Kadir¹, Hasan Al-Banna Mohamed¹, Aman Daima Md Zain²

¹ Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur. MALAYSIA azan@upnm.edu.my / juraimy@upnm.edu.my / hasanalbanna@upnm.edu.my
² Fakulti Pengajian Komtemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu. MALAYSIA amandaima@unisza.edu.my Abstrak Kajian ini bertujuan menganalisis strategi peperangan dan pertahanan dalam beberapa siri peperangan utama yang dipimpin dan dirancang sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W. dalam menegakkan keadilan dan hak asasi kemanusiaan serta menyebarkan syiar Islam. Perancangan Baginda S.A.W. yang teliti dan teratur telah menghasilkan satu jentera perang walaupun kecil tetapi seimbang dan berupaya menghadapi musuh. Strategi berkesan yang digunakan telah memerangkap pihak musuh dalam keadaan yang tidak dijangkakan. Setiap perancangan dan pelancaran operasi ketenteraan telah dipimpin oleh Baginda S.A.W. sendiri. Di bawah kepimpinan Baginda S.A.W., tentera-tentera Islam telah dididik dan dilatih dengan peraturan moral, keimanan yang teguh bagi menghidupkan keyakinan dalam hati serta mempersiapkan aspek psikologi dan jasmani. Hasil strategi peperangan dan pertahanan yang berlandaskan kepada AlQuran dan kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W. telah menjamin kejayaan tentera Islam. Baginda S.A.W. sangat berlaku adil terhadap tentera pimpinannya, iaitu setiap tindakan ketenteraan yang diambil adalah hasil perbincangan dan rundingan yang dibuat dengan para sahabat. Berdasarkan kebijaksanaan dan kepintaran Baginda S.A.W., satu undang-undang dan peraturan peperangan telah berjaya dibentuk oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang bermatlamatkan keadilan dan tiada penindasan terhadap mangsa serta tawanan perang. Apabila Allah S.W.T. telah membenarkan peperangan, pelbagai prinsip dan strategi telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. melalui konsep peperangan pada zaman Baginda S.A.W. Konsep tersebut telah mengikut lunas-lunas perundangan, perikemanusiaan dan bukannya bersifatkan hasad dengki, balas dendam, angkuh dan sombong dengan kemampuan serta kebolehan yang dimiliki. Oleh itu, artikel ini bertujuan menganalisis secara am berkaitan dengan strategi peperangan dan pertahanan, teknik serta taktik dan lain-lain faktor yang diguna pakai sehingga membawa kejayaan yang cemerlang dan menjadi ikutan oleh kebanyakan pemimpin tentera masa kini. Kegemilangan zaman kebangkitan tentera Islam akan kembali menyinar sekiranya umat Islam menghayati dan mengambil pengajaran khususnya stratgei peperangan Nabi Muhammad S.A.W. Katakunci: Strategi Peperangan dan Pertahanan, Kepimpinan, Konsep Peperangan, Al-Quran

1

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23

rd

& 24

th

November 2010

1.0

PENGENALAN

Strategi dalam istilah ketenteraan merujuk kepada penggunaan secara praktikal sumbersumber berharga yang dimiliki oleh sesebuah negara untuk mencapai tujuan mereka melalui kekuatan tentera. Jika timbul sebarang pertelingkahan dalam keinginan masing-masing, ia dapat diselesaikan dengan cara baik, tetapi jika peluang untuk mendapatkan penyelesaian secara baik tidak diperoleh, maka kemungkinan tindakan hanyalah melalui ketenteraan. Walau bagaimanapun, banyak faktor yang mungkin mempengaruhi keadaan, ruang lingkup dan masa keputusan sedemikian sama ada secara langsung atau tidak. Menurut Clauswitz, terdapat lima unsur yang membentuk strategi ketenteraan : Pertama, Unsur moral dan psikologi. Kedua, saiz komposisi dan organisasi angkatan tentera. Ketiga, Posisi dan pergerakan tentera secara perbandingan dan perhubungan geometri mereka dengan tujuan serta rintangan iaitu susunan goemetri. Keempat, Bentuk muka bumi kawasan tersebut dan unsur yang kelima ialah saluran bekalan. Menurut Clauswitz lagi bahawa pentingnya soal kejutan (tindakan yang memeranjatkan), sokongan daripada orang ramai serta moral yang tinggi di kalangan tentera. Beliau juga menekankan pentingnya memiliki kawasan tanah yang lebih baik untuk berperang. Seorang strategis perang yang terkenal sejak zaman berzaman dengan ajaran yang di kenali sebagai 'Prinsip Peperangan' bernama Sun Tzu pernah menyatakan bahawa kebijaksanaan yang tinggi untuk memecahkan pertahanan musuh adalah tanpa berperang. Tambahannya lagi, kepimpinan yang tinggi untuk menghalang rancangan-rancangan pihak musuh yang seterusnya adalah menghalang perjalanan mereka. Taktik ketenteraan seperti aliran air turut diambil perhatian kerana kebiasaannya air akan mengalir dari kawasan yang tinggi ke kawasan yang rendah. Oleh itu ketika peperangan, cara untuk mengelakkan kesalahan ialah melalui kaedah menghalang perkara yang lemah. Sebagai analoginya, air membentuk alirannya mengikut keadaan tanah yang dialirinya manakala tentera bekerja menentang musuh yang dihadapinya. Menurut Sun Tzu bahawa : ‘Ketangkasan merupakan inti pati kepada sesuatu peperangan, ambillah kesempatan daripada kecuaian pihak musuh; ikutlah jalan yang tidak disangka oleh pihak musuh dan seranglah kubu-kubu yang tidak dikawal’. Rentetan itu, banyak terdapat kajian terhadap pendapat pakar-pakar yang menunjukkan bahawa sesetengah prinsip tertentu telah diakui secara universal sebagai kaedah yang paling berkesan untuk memperoleh kemenangan dan kemegahan.

2.0

STRATEGI PEPERANGAN RASULULLAH S.A.W.

Perbincangan tentang strategi-strategi peperangan Nabi Muhammad S.A.W. dari sudut pandangan pakar dan ahli profesional dalam bidang ini akan dikupas. Sememangnya jelas bahawa Baginda S.A.W. tidak pernah memulakan peperangan dengan sebarang musuhnya. Baginda S.A.W. beriman kepada Allah yang Esa, menyeru saudara mara, sahabat dan orang lain kepada keyakinan yang sama. Baginda S.A.W. juga tidak mendatangkan sebarang kerugian kepada pihak-pihak tertentu. Sebaliknya, Rasulullah S.A.W. membawa kebaikan dengan mengajak umat manusia kembali kepada Allah S.W.T. bagi menikmati kesejahteraan dan kemakmuran di bawah hukum dan peraturan hidup-Nya serta meninggalkan penyembahan

2

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23

rd

& 24

th

November 2010

berhala, dan juga perbuatan-perbuatan Jahiliyah seperti rasuah, akhlak yang tidak bermoral dan tidak adil. Oleh itu, ramai antara mereka yang menjadi musuh Baginda S.A.W. yang memaksa Baginda S.A.W. bersama para sahabat meninggalkan kampung halaman untuk mencari perlindungan di Madinah. Meskipun demikian, mereka tetap tidak membiarkan Baginda S.A.W. hidup aman di kota Madinah lalu memulakan serangan untuk membinasakannya. Golongan Musyrikin mula melakukan pencerobohan untuk menghapuskan Baginda S.A.W. bersama keyakinannya. Oleh itu, Nabi Muhammad S.A.W. mestilah mempertahankan agama Islam daripada ancaman-ancaman tersebut. Tujuan utama strategi peperangan Rasulullah S.A.W. adalah melindungi keyakinannya serta menghapuskan rintangan yang timbul supaya manusia berkeyakinan terhadap kebenaran, dapat menerima dan mengamalkannya dengan bebas tanpa rasa takut atau tertekan. Matlamat Rasulullah S.A.W. ini bukanlah untuk berperang atau membunuh musuh-musuhnya, tetapi untuk menghentikan pencerobohan terhadap Baginda S.A.W. dan orang lain yang mahu mengamalkan kepercayaan masing-masing secara bebas. Oleh itu, seluruh strategi peperangan Baginda S.A.W. dirancangkan sebegitu rupa untuk mempertahankan risalah dakwah dengan penglibatan operasi ketenteraan yang minima dan kehilangan jiwa yang paling sedikit. Baginda S.A.W. cuba sedaya upaya berusaha untuk melembutkan perasaan orang Quraisy, Yahudi dan para kabilah lain sama ada melalui hujah, alasan dan pujuk rayu agar dapat berdamai dengan Baginda S.A.W. disebabkan tidak ada keperluan untuk berperang. Apabila segala usaha damai Baginda S.A.W. gagal dan musuh-musuh memulakan operasi tentera untuk menentang, lalu Rasulullah S.A.W. mengerakkan seluruh tenaga manusia serta harta benda yang ada untuk mempraktikkan strategi peperangan bagi mencapai objektif menamatkan serangan pihak musuh dengan jumlah kehilangan jiwa yang minima di kedua-dua belah pihak. Strategi peperangan Baginda S.A.W. yang berasaskan kepada kajian yang realistik terhadap kekuatan pihak musuh dari segi tenaga tentera, harta benda, rancangan dan strategi peperangan, faktor-faktor geografi, keadaan tanah di persekitaran medan pertempuran dan yang paling penting ialah moral angkatan tentera itu sendiri. 2.1. Strategi Geografi

Nabi Muhammad S.A.W. menggunakan sepenuhnya strategi geografi dalam mengatur rancangan tentera Baginda S.A.W. dan menggunakannya secara dinamik dalam operasi tentera dengan mengambil kira kekuatan, mobiliti, strategi serta moral pihak musuh. Strategi geografi boleh dianggap sebagai jambatan kepada rancangan peperangan, rancangan kempen dan rancangan operasi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kajian dan pengetahuan terhadap strategi geografi yang membolehkan pembentukan serta pelaksanaan rancangan-rancangan peperangan secara realistik. Perbincangan secara ringkas terhadap lima unsur strategi yang dinyatakan oleh Clauswitz telah mendedahkan bahawa strategi geografi mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan operasi geometri, operasi alam sekitar, kawasan dan sumber serta cara-cara mendapatkan bantuan. Justeru, pemimpin tentera mesti berupaya meramalkan kesan kegiatan ketenteraan dalam aspek strategi geografi di sebarang kawasan secara realistik. Strategi ini juga menyediakan satu unsur motivasi yang digunakan untuk merumus dan membangunkan kawasankawasan geografi yang dinamik sebagai kawasan kemungkinan operasi tentera. Malah ia turut

3

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23

rd

& 24

th

November 2010

menyediakan peluang untuk mengkaji serta menilai kemungkinan kesan faktor persekitaran terhadap kecekapan, keberkesanan dan kos operasi tentera. Oleh itu, perkara ini jelas menunjukkan bahawa prinsip-prinsip peperangan dalam hubungan dengan objektif asas lebih kurang sama dan ditentukan melalui kecekapan penggunaan faktor-faktor tersebut. Antaranya ialah pertama, kawasan geografi untuk taktik dan strategi; kedua, perwatakan, cara berfikir dan pembangunan orang ramai berbanding dengan musuh mereka; dan terakhir ialah perbezaan dari segi kelengkapan dan pensenjataan. Walau bagaimanapun, faktor terakhir akan berguna dan berkesan hanya melalui organisasi dan kepimpinan yang baik. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. amat menyedari tentang pentingnya faktor-faktor persekitaran terutamanya kawasan yang berbukit-bukau seperti kedudukan Madinah alMunawwarah itu sendiri serta kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya. Justeru, Baginda S.A.W. sangat berhati-hati dalam membuat penilaian tentang faktor-faktor fizikal dan geografi tersebut dalam hubungannya dengan kecekapan serta keberkesanan dalam operasi mahupun keselamatan anggota tentera. Memang tidak diragukan lagi bahawa seorang pemimpin tentera yang bijak akan dapat menyelesaikan banyak masalah dan kesulitan dari segi tentera, harta benda, senjata, alat-alat kelengkapan dan sebagainya. Kekuatan dari aspek jumlah tentera dan harta benda sememangnya tidak boleh dijadikan ukuran kemenangan. Kepimpinan yang baik dan dinamik selalunya dapat mencapai kemenangan terhadap musuh yang mempunyai bilangan lebih besar berbanding jumlah anggota tentera dan kelengkapan peperangan. Kemenangan juga akan turut tercapai apabila pemimpin memiliki kemahiran, organisasi yang lebih tersusun serta lebih cekap dalam menggunakan sumber-sumber yang ada. 2.2 Strategi Menyerang Dan Kejutan

Rasulullah S.A.W. juga tidak lupa dengan strategi serangan yang mengejutkan dan kesankesan yang kurang baik kepada psikologi anggota tentera serta kekuatan musuh. Strategi kejutan atau memeranjatkan bererti mencipta keadaan pada satu-satu tempat atau masa yang menyebabkan pihak musuh tidak berupaya dan tidak bersedia untuk melancarkan serangan balas. Hal ini dapat dicapai melalui gerakan-gerakan rahsia, tindakan yang menggunakan senjata, serbuan atau serangan secara tiba-tiba dengan menggunakan kaedah yang sesuai. Segala rahsia pergerakan dan rancangan ketenteraan mestilah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan ke pengetahuan pihak musuh sebelum berada dalam suasana operasi. Memang disedari oleh semua pakar ketenteraan bahawa strategi menyerang dan kejutan dalam banyak kes perlu untuk memenangi sesuatu peperangan. Sebenarnya ia merupakan satu jaminan untuk mendapat kejayaan. Langkah sebegini amat diperlukan bukan sahaja kerana peperangan merupakan satu muslihat yang bercorak taktik, tetapi juga kerana pihak yang menyerang mengetahui perkara yang dikehendaki serta objektif yang ingin dicapai, sedangkan pihak yang bertahan berada dalam keadaan yang tidak pasti tentang objektif mereka. Pemimpin boleh membuat rancangannya, memilih sasaran mengikut penilaian, objektif dan kehendaknya sendiri, kemudian mengejutkan musuh daripada semua barisan. Nabi Muhammad S.A.W. amat menyedari tentang betapa pentingnya tindakan yang memeranjatkan yang sepatutnya digunakan dalam operasi ketenteraan kerana ia bukan sahaja menjamin

4

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23

rd

& 24

th

November 2010

kemenangan yang mudah terhadap musuh, akan tetapi ia juga membantu mengurangkan kehilangan nyawa manusia yang sangat mulia. Apabila pihak musuh diserang secara mengejut, mereka akan hilang pertimbangan dan melakukan kesalahan-kesalahan dalam operasi mereka tidak kira berapa ramai jumlahnya atau berapa banyak senjata yang dimiliki. Seorang pemimpin tentera yang cekap akan mengambil peluang sepenuhnya daripada kesalahan-kesalahan untuk menguasai pihak musuh dengan setiap tenaga bagi menghancurkan semangat untuk berperang serta memusnahkan kekuatan tentera mereka. Rasulullah S.A.W. melaksanakan taktik menyerang sebagai senjata yang utama dalam strategi ketenteraan Baginda S.A.W. dalam semua pertempuran yang memberi kesempatan untuk berbuat demikian, di samping berjaya mengekalkan pertahanan yang kuat. Apabila pihak musuh melakukan sebarang kesilapan atau menggunakan taktik pertahanan yang salah, Baginda S.A.W. tidak pernah membiarkan peluang tersebut berlalu tanpa menggunakannya secara berkesan bagi faedah kemenangan tentera Islam. Dalam pertempuran-pertempuran yang besar, Rasulullah S.A.W. sentiasa berjaya memaksa pihak musuh melakukan pergerakan yang mengikut rancangan Baginda S.A.W. sendiri. Dalam tiga peperangan besar yang pertama, strategi menyerang tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya disebabkan oleh kedudukan orang Islam yang sangat lemah, sedangkan jumlah tentera dan kelengkapan pihak musuh berlipat kali ganda daripada mereka. Dalam peperangan tersebut, Rasulullah S.A.W. telah pun menyusun strategi menyerang, tetapi pada keseluruhannya ia merupakan satu strategi yang baharu. Baginda S.A.W. merancang pertahanannya sendiri yang dirahsiakan daripada sesiapapun dalam setiap pertempuran. Baginda S.A.W. juga berjaya mendapatkan maklumat tentang rancangan dan pergerakan musuh melalui perkhidmatan rahsia atau perisikan. Oleh itu, pada setiap saat Baginda S.A.W. akan mengetahui rancangan dan kedudukan pihak musuh, sebaliknya segala tujuan Baginda S.A.W. sedikit pun tidak disedari oleh pihak musuh. Tambahan pula, Rasulullah S.A.W. sentiasa berupaya menghancurkan strategi musuh melalui gerakan yang memeranjatkan pada setiap pertempuran sehingga menyebabkan taktik ketenteraan musuh tidak berguna dan tidak berkesan sama sekali. Dalam peperangan Badar contohnya, meskipun kekuatan tentera Islam sangat kecil, Nabi Muhammad S.A.W. telah keluar dari Madinah untuk menghadapi musuh sebelum mereka sempat memasuki wilayah, Baginda S.A.W. sengaja mengelakkan daripada bertempur di kawasan sekitar Madinah dengan bergerak ke arah musuh disebabkan faktor-faktor keselamatan, iaitu untuk meninggalkan keraguan dan menunjukkan bantahan terhadap tindakan musuh serta memperkenalkan unsur-unsur yang memeranjatkan dalam pertempuran dengan mereka. Melalui cara ini, pihak musuh tidak akan ketahui tujuan dan pergerakan tentera Islam. Mereka hanya mampu meneka apa yang ingin dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W., sedangkan Baginda S.A.W. dan para tentera Islam telah pun tiba di Lembah Badar. Tiada seorang pun yang pasti tentang pergerakan atau motif Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu, pihak musuh tidak dapat merancang taktik dan strategi peperangan yang tepat. Nabi Muhammad S.A.W. membiarkan musuh berasa ragu-ragu tentang tujuan Baginda S.A.W. Mereka tidak dapat melancarkan serangan berdasarkan asas yang kukuh atau merancang pertahanan mereka berlandaskan ketidakpastian tersebut. Sebaliknya Nabi Muhammad S.A.W.

5

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23

rd

& 24

th

November 2010

mengetahui sepenuhnya bahawa mereka mengantungkan harapan untuk mencapai kemenangan kepada pasukan berkuda yang diketuai oleh Khalid bin Walid dan pasukan tentera yang berjalan kaki pimpinan Abu Jahal. Baginda S.A.W. bebas untuk menyusun barisan pertahanan di sebarang lokasi yang disukainya di Lembah Badar. Seterusnya Nabi Muhammad S.A.W. menyusun barisan pertahanan tentera Islam mengikut rancangan Baginda S.A.W. sendiri sehingga menjadikan kekuatan tentera berkuda pihak musuh tidak berkesan dan sia-sia.

2.3

Pengintipan dan Sistem Rondaan

Pengintipan bererti mendapatkan maklumat pihak musuh berkenaan dengan aspek harta benda, alat-alat persenjataan, pergerakan, rancangan dan tujuan. Ia melibatkan penghantaran kumpulan yang kecil sama ada anggota tentera atau tidak, ke tempat yang dijangka didatangi musuh dengan memberi arahan tentang objektif mereka. Pengintipan hanya dihantar untuk mengumpulkan maklumat-maklumat yang perlu tentang pihak musuh. Oleh itu mereka perlu diberi arahan tegas supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti dengan pihak musuh. Apabila maklumat telah diperoleh, memang menjadi tugas perisik untuk mengambil keputusan yang praktikal daripadanya untuk tujuan strategi. Analisa data yang diberi akan menyediakan maklumat-maklumat yang perlu, yang mungkin mempunyai nilai strategi yang tinggi. Demi memantapkan lagi strategi peperangan Rasulullah S.A.W., maka satu sistem perondaan atau pengintipan yang kerap perlu dibentuk bagi memperolehi maklumat tentang rancangan dan kegiatan musuh supaya pihak Islam dapat melancarkan peperangan secara mengejut atau dalam masa yang singkat (Muhamad Ramzi Omar, 1997). Setelah Nabi Muhammad S.A.W. berhijrah ke Madinah, orang Quraisy Mekah sentiasa berdendam dan memastikan bahawa Baginda S.A.W. dan pengikutnya tidak diberi kesempatan untuk hidup dalam suasana aman. Sekumpulan kecil orang Quraisy sentiasa bergerak di sekitarnya dan kadang-kadang terlalu hampir dengan Madinah. Rentetan kegiatan permusuhan orang Quraisy tersebut, Nabi Muhammad S.A.W. tidak dapat tidur pada waktu malam, manakala para pengikut Baginda S.A.W. pula tidur bersarna-sama dengan senjata. Jadi, untuk keselamatan nyawa dan negeri kediaman mereka, sangat perlu untuk merangka suatu tindakan bagi menghadapi segala bentuk pencerobohan daripada pihak musuh melalui kebijaksanaan, kecekapan dan kekuatan. Oleh yang demikian, Nabi Muhammad S.A.W. telah menyusun satu sistem peronda bagi mendapatkan maklumat tentang kedudukan pihak musuh, pergerakan, rancangan dan tujuan mereka. Sebagai contohnya, Nabi Muhammad S.A.W. telah melantik dua orang perisik iaitu Bisbis bin Amru dan Addi bin Abu al-Za’ba untuk menjejaki pihak musuh sebelum berlakunya perang Badar (Muhamad Ramzi Omar, 1997). Baginda S.A.W. juga menghantar peronda perisik dalam kumpulan yang berlainan terdiri daripada 15 hingga 30 orang dan peronda penyerang terdiri daripada 50 hingga 500 orang ke sekitar kawasan Mekah, Madinah dan tempat-tempat lain di Semenanjung Arab. Kedua-dua jenis sistem perondaan ini membentuk satu sistem komunikasi yang dapat memberikan maklumat tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku di kawasan sempadan dan di sekitar Madinah kepada Rasulullah S.A.W. Di samping itu, tentera Islam juga dilatih dengan istilah-istilah ketenteraan, tanda-tanda rahsia dan kod perkataan.

6

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23

rd

& 24

th

November 2010

2.4

Ketangkasan dan Kecekapan

Ketangkasan dan kecekapan dalam melaksanakan rancangan serta kempen ketenteraan sangat penting. Sebarang kelewatan bukan sahaja akan menghilangkan kebaikan yang akan diperoleh, malah kadang-kadang membawa bencana kepada pasukan tentera. Kecekapan yang maksima terutamanya diperlukan apabila pihak musuh mengatasi mereka daripada segi jumlah tentera dan harta benda. Bagaimanapun, kecekapan mesti sentiasa menjadi kunci kepada semua operasi ketenteraan. Ketangkasan dan pergerakan dalam pelaksanaan sesuatu operasi tentera juga sama pentingnya. Kadang-kadang ketangkasan yang mengatasi pihak musuh boleh mendatangkan hasil yang sangat baik, walaupun pihak musuh mempunyai kelebihan daripada aspek yang lain. Ketangkasan membolehkan sesebuah pasukan tentera menawan pihak musuh pada masa dan tempat yang tidak diduga oleh mereka. Nabi Muhammad S.A.W. memberi perhatian yang berat kepada teknik ini dalam operasi tentera baginda dan sentiasa mengejutkan musuh dengan menangkap pihak yang tidak sempat untuk membuat persediaan. Baginda S.A.W. menunjukkan ketangkasan yang tinggi sama ada dalam gerakan atau ketika melaksanakan rancangan. Pengetahuan Baginda S.A.W. tentang keadaan geografi di kawasan sekitar dan kepintaran Baginda S.A.W. tentang taktik ketenteraan telah menggerakkan ahli-ahli tentera secara tangkas dan selalu menangkap musuh yang tidak menduga tentang kedatangan Baginda S.A.W. 2.5 Penggunaan Tentera Secara Ekonomik

Penggunaan pasukan tentera secara ekonomik merupakan satu lagi faktor yang memainkan peranan penting untuk kejayaan seseorang pemimpin tentera merancang strategi peperangan dan pertahanan. Penggunaan harta benda dan tenaga manusia ini perlu dilakukan sedemikian rupa demi untuk mencapai faedah yang maksima. Cara penggunaan seperti ini juga dapat membantu menjimatkan tenaga dan nyawa manusia. Tidak diragukan lagi bahawa penggunaan anggota tentera secara berkesan merupakan satu taktik operasi yang dianggap bermutu tinggi dalam sesuatu operasi ketenteraan. Nabi Muhammad S.A.W. menggunakan sumber harta benda dan tenaga manusia secara ekonomik dengan mendapat hasil yang terbaik berbanding dengan kos yang Baginda S.A.W. gunakan. Di samping itu, Nabi Muhammad S.A.W. telah mengatur tujuh puluh ekspedisi yang penting untuk menentang kaum Quraisy, Yahudi dan para kabilah Arab yang lain serta dua buah ekspedisi menentang kerajaan Rom. Secara keseluruhannya, Baginda S.A.W. menyusun sebanyak 78 kempen ketenteraan dan dari jumlah tersebut, Baginda S.A.W. sendiri telah mengetuai 28 ekspedisi termasuk sebelas ekspedisi besar menentang kaum Quraisy, Yahudi dan bangsa Rom. Daripada 78 ekspedisi tersebut, 19 ekspedisi dianggotai kurang daripada 20 orang tentera, 12 ekspedisi disertai antara 20 hingga 60 orang, 17 ekspedisi disertai antara 60 hingga 200 orang, 15 ekspedisi dianggotai oleh seramai 200 hingga 500 orang tentera, manakala 14 ekspedisi yang lain terdiri daripada 500 orang tentera Islam. Oleh itu, 48 daripada 78 ekspedisi tersebut disertai oleh kurang daripada 200 orang tentera Islam. Bayangkanlah strategi yang ekonomik dan rasionalnya Rasulullah S.A.W. menggunakan tenaga tentera orang Islam dalam

7

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23

rd

& 24

th

November 2010

menghadapi pasukan-pasukan musuh yang sangat kuat yang dibantu oleh kabilah-kabilah Yahudi dan kabilah Arab yang lain dengan pasukan tentera yang sangat besar. Dalam Sirah tercatat bahawa peperangan Badar dan Uhud, Rasulullah S.A.W. berjuang menentang tentera musuh yang mengatasi jumlah tentera Islam dengan nisbah 1:4 serta mempunyai kelengkapan perang yang lebih hebat. Ia memperlihatkan kebijaksanaan Baginda S.A.W. menggunakan tentera yang kecil jumlahnya untuk menentang pasukan musuh yang besar. Dalam tempoh lapan tahun, Rasulullah S.A.W. menjalankan kempen ketenteraan, segala peraturan Islam dan keamanaan dapat diwujudkan di seluruh Semenanjung Arab. Segala kejahatan serta permusuhan telah berakhir dan digantikan dengan peraturan yang baik dan adil. Segala undang-undang Jahiliyah telah digantikan dengan undang-undang Allah S.W.T. bukanlah ia merupakan satu mukjizat daripada kebijaksanaan Nabi Muhammad S.A.W. menggunakan tenaga tentera yang minima untuk mencapai hasil yang maksima (Afzalur Rahman, 1992). 3.0 STRATEGI PEPERANGAN DALAM PERANG BADAR

Peperangan pertama berlaku dalam Islam ialah semasa ekspedisi ke Nakhlah yang terletak antara Mekah dan Taif, iaitu ekspedisi yang kelapan berlaku pada bulan Rejab tahun kedua Hijrah (Mahayuddin & Ahmad Jelani, 1993). Kemenangan tentera Islam dalam Perang Nakhlah telah memperkukuhkan kedudukan politik dan ekonomi orang Islam Madinah dan sekaligus menambahkan keyakinan mereka. Dalam pada itu, pihak Musyrikin Mekah terus menjalankan aktiviti perdagangan tanpa memperhitungkan kekuatan tentera Islam. Nabi Muhammad S.A.W. diberitahu bahawa kafilah perdagangan Musyrikin Mekah akan melalui kawasan Madinah dalam perjalanan mereka dari Ghazzah, Syam ke Mekah pada pertengahan bulan Ramadan tahun kedua Hijrah. Kafilah perdagangan ini disertai seramai tujuh puluh orang dengan barangan perdagangan bernilai 50,000 dinar yang dipimpin oleh Abu Sufian bin Harb. Abu Sufian sudah menjangkakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. akan mengawasi kafilah perdagangannya itu dan mungkin Baginda S.A.W. akan menyerangnya. Sebelum orang Islam tiba, Abu Sufian telah menghubungi Abu Jahal di Mekah untuk mendapatkan bantuan ketenteraan. Abu Jahal dengan segera membawa angkatan tenteranya yang besar seramai 950 sehingga 1000 orang (Mahayuddin & Ahmad Jelani, 1993). Tujuannya bukan sahaja untuk melindungi kafilah perdagangan Musyrikin Mekah, tetapi untuk memerangkap dan menghapuskan nyawa Nabi dan para sahabatnya. Pihak Nabi Muhammad S.A.W. tidak menjangkakan kaum Musyrikin Mekah akan bertindak sedemikian dengan tentera yang begitu besar. Oleh sebab itu, Baginda S.A.W. hanya menyediakan pengikutnya seramai 324 orang (kaum Muhajirin : 86 orang & kaum Ansar : 238 orang). Orang Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad S.A.W. telah mengesan gerakan kafilah Musyrikin Mekah. Oleh sebab tujuan kaum Musyrikin Mekah untuk memerangkap dan menghapuskan orang Islam, peperangan tidak dapat dielakkan lagi. Sebelum pertempuran secara besar-besaran berlaku, seramai enam orang iaitu tiga dari pihak Musyrikin dan tiga dari pihak Islam telah berlawan antara satu sama lain. Pihak Islam diwakili oleh Saidina Ali bin Abi Talib, Saidina Hamzah bin Abd al-Muttalib dan Ubaidah; sementara kaum Musyrikin pula diwakili oleh Al-Walid, Utbah dan Syaibah. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga panglima Islam itu telah

8

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23

rd

& 24

th

November 2010

berjaya menewaskan panglima-panglima kaum Musyrikin. Setelah itu barulah berlaku pertempuran hebat antara kedua-dua pihak. Menurut sumber-sumber sejarah tarikh peperangan Badar berlaku sama ada pada 17 atau 19 atau 21 Ramadan tahun kedua Hijrah (Abu Muhammmad Abdul Malik, 2001; Mahayuddin & Ahmad Jelani, 1993). Antara perhitungan Nabi Muhammad S.A.W. dalam peperangan Badar (Daruis Lidin, 2010) adalah seperti berikut: a. Peperangan mesti menang. Hal ini demikian kerana pasukan negara baharu Madinah tidak boleh menerima kekalahan kerana jika kalah, ia akan menjadi noktah kepada sebuah negara baharu yang diredhai Allah S.W.T.. b. Menghidupkan semangat juang yang tinggi. Situasi semangat tentera Islam yang sudah memilih untuk beriman kepada Allah S.W.T. atau memilih the tawhidic way of life tidak boleh pudar kerana kepudarannya akan melenyapkan Aqidah Rabbaniyyah yang baharu diasaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W. c. Perpaduan di kalangan tentera Madinah mestilah utuh. Apabila gugur Syahidnya lapan orang sahabat daripada kalangan Ansar (penduduk asal Madinah) telah menjadi bukti kesungguhan kesetiaan pengikut-pengikut baru yang pernah diucapkan dalam perjanjian Aqabah I dan II sebelum ini, sedangkan golongan Ansar belum pernah mempunyai rekod berkonflik dengan kaum Quraisy Mekah pada sebarang zaman pun. Berikut adalah strategi utama Nabi Muhammad S.A.W dalam mengendalikan angkatan perang di medan Badar. a. Tarbiyyah (pendidikan) kepada semua anggota tentera bahawa musuh Nabi Muhammad S.A.W. adalah musuh Allah S.W.T. b. Panglima-panglima musuh wajib dihapuskan terlebih dahulu. c. Selain untuk kegunaan sendiri, telaga-telaga air yang lain mesti dimusnahkan atau dikambus (Muhamad Ramzi, 1997). d. Membina sebuah markas sebagai tempat pengendalian perang dan tempat mengeluarkan arahan Nabi Muhammad S.A.W. serta tempat yang selamat daripada serbuan musuh. e. Tentera yang gugur kerana memperjuangkan agama Allah S.W.T. adalah Syahid. f. Solat tidak boleh ditinggalkan walaupun dalam peperangan dan ia boleh dilakukan secara solat sambil duduk atau solat ketika berperang. g. Amaran bahawa selepas peperangan Badar akan ada peperangan-peperangan yang lebih besar. 3.1 Proses Berlakunya Perang Badar

Nabi Muhammad S.A.W. telah diizinkan berjihad dan berperang menentang musuh apabila turunnya ayat-ayat al-Quran dalam Surah al-Baqarah Ayat 19 dan Surah al-Hajj Ayat 3940. Nabi Muhammad S.A.W. mengetahui tentang kafilah perdagangan Quraisy pimpinan Abu

9

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23

rd

& 24

th

November 2010

Sufian yang kembali dari Syam ke Mekah. Kafilah tersebut akan melalui kawasan persisiran kota Madinah. Justeru itu, bagi menyekat aktiviti perdagangan kaum Musyrikin tersebut; Nabi Muhammad S.A.W. mengarahkan para sahabatnya menyiasat kafilah tersebut. Manakala pihak Abu Sufian pula mendapat tahu tentang rancangan orang Islam itu, lalu beliau meminta pertolongan daripada penduduk-penduduk Mekah. Tentera Quraisy dari Mekah di bawah pimpinan Abu Jahal segera datang membantu Abu Sufian. Orang-orang Islam yang pergi menyiasat kafilah Abu Sufian tidak mengetahui tentera bantuan daripada Abu Jahal yang ramai itu. Mereka terus mara sehingga bertemu dengan pihak musuh di lembah Badar. Mereka berasa terkejut apabila melihat tentera musuh kerana tujuan sebenar bukanlah untuk berperang. Pada saat itulah, Rasulullah S.A.W. mula merangka taktik dan strategi peperangan (Lihat Rajah 1) dan seterusnya berdoa kepada Allah S.W.T. bagi mendapatkan pertolongan dan perlindungan. Melalui taktik dan strategi peperangan serta kewujudan penyatuan dan keyakinan di kalangan tentera-tentera Islam dengan pertolongan Allah S.W.T. menyebabkan umat Islam mencapai kemenangan dalam peperangan tersebut.
Rajah 1 : Strategi Nabi Muhammad S.A.W. Semasa Peperangan Badar

10

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23

rd

& 24

th

November 2010

3.2

Kesan Peperangan Badar

Tentera Islam mencapai kemenangan yang besar daripada peperangan yang pertama iaitu Perang Badar. Tercatat dalam Sirah bahawa seramai tujuh puluh orang kaum Musyrikin telah terbunuh. Mereka adalah terdiri daripada para pahlawan Musyrikin yang handal termasuklah Abu Jahal dan Umaiyyah bin Khalaf (Mahayuddin & Ahmad Jelani, 1993). Di samping itu, seramai kira-kira tujuh puluh orang lagi daripada kaum Musyrikin telah ditawan. Semua tawanan itu telah diberikan layanan yang baik oleh Nabi Muhammad S.A.W. Manakala di pihak tentera Islam pula, seramai empat belas orang gugur syahid. Orang tawanan Musyrikin Mekah telah dikenakan bayaran wang tebusan mengikut kadar kemampuan masing-masing. Sementara harta rampasan perang dibahagikan sama rata kepada peserta peperangan setelah satu perlima daripadanya diperuntukkan terlebih dahulu kepada Nabi S.A.W. dan kaum keluarganya, anakanak yatim, para fakir miskin dan lain-lain yang memerlukan pertolongan termasuklah penuntut ilmu (Surah al-Anfal, ayat 41). Kesan berikutnya ialah penyingkiran kaum Yahudi Bani Qainuqa’ dari Madinah. Kaum Yahudi tersebut cuba memperkecilkan kemenangan dan kebolehan orang Islam dalam perang Badar. Mereka seterusnya mencabar Nabi Muhammad S.A.W. untuk menentang mereka. Akhirnya kaum ini telah disingkirkan dari kota Madinah ke Syam setelah rundingan dibuat oleh Nabi Muhammad S.A.W. dengan para sahabatnya. Namun begitu, golongan Yahudi ini telah dibenarkan membawa harta benda bersama-sama ketika berpindah ke Syam. 3.3 Analisa Kesan Perang Badar

Kemenangan tentera Islam sesungguhnya tidak disenangi oleh pihak musuh sama ada kaum Yahudi Madinah mahupun kaum Musyrikin Mekah. Salah satu cara pihak musuh bertindak ialah mempersenda dan memperkecilkan kemenangan orang Islam semasa perang Badar serta menunjukkan sifat angkuh terhadap orang Islam. Akibatnya, orang Yahudi Madinah telah disingkir dari menduduki kota Madinah. Tetapi bagi pihak Musyrikin Mekah pula, mereka menaruh dendam yang menebal terhadap orang Islam dan sangat berhasrat untuk membalasnya dalam peperangan yang akan datang. 3.3.1 Sebab-Sebab Kemenangan Kaum Muslimin Sesungguhnya peperangan Badar yang terjadi merupakan pertempuran satu hari antara pihak Quraisy dengan pihak tentera Islam. Ia bukanlah satu pertempuran yang terbesar jika dibandingkan dengan pertempuran yang lain dalam sejarah Islam. Akan tetapi seluruh penyelidik sejarah telah bersependapat bahawa pertempuran Badar ini sangat besar akibatnya. Hal ini demikian kerana ia telah merubah perjalanan sejarah perkembangan agama Islam di Madinah itu sendiri. Dalam peristiwa perang Badar sesetengah ahli sejarah dari kaum Orientalis telah menyatakan kehairanannya tentang faktor kekalahan barisan pihak Quraisy, padahal jumlah musuh adalah tiga kali ganda daripada pihak Islam. Malah pihak Quraisy mempunyai 100 ekor kuda dengan 700 ekor unta. Jumlah ini sememangnya menunjukkan suatu kelebihan pihak Quraisy, namun untuk memperoleh kemenangan dalam sesuatu pertempuran tidak terletak hanya kepada kelebihan peralatan dan kelengkapan perang sahaja. Kesanggupan pemimpinnya dan juga

11

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23

rd

& 24

th

November 2010

faktor Nabi Muhammad S.A.W. sendiri merupakan kejayaan utama perang Badar ini dimenangi oleh orang Islam. Malah sebagai seorang rasul tidak dapat disamakan Baginda S.A.W. dengan pemimpin-pernimpin lain biarpun betapa besar kaliber dan kepimpinannya. Sehubungan dengan itu, Al-Quranul Karim dan Hadis Nabi Muhammad S.A.W. pun telah jelas menyatakan bahawa dalam pertempuran Badar, Allah S.W.T. telah memberi bantuan kerohanian kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan umat Islam. Antara bantuan tersebut ialah menurunkan hujan sehingga lokasi orang Quraisy menjadi lumpur dan sukar untuk bergerak. Allah S.W.T. juga telah menurunkan bantuan para malaikat dengan kali pertamanya sejumlah seribu malaikat, kemudian ditambah sebanyak seribu lagi dan akhirnya ditambah sebanyak seribu malaikat sehinggakan menjadi tiga ribu malaikat keseluruhannya. Malaikat-malaikat tersebut bertugas sebagai pembantu secara tidak langsung dengan cara turun bersama-sama angin kencang. Para malaikat tersebut juga turun dengan memakai serban dan hujung serban dihulurkannya di belakang dengan warna hijau, kuning dan merah. Walau bagaimanapun, bantuan Allah S.W.T. yang diberikan dalam mencapai kejayaan semasa perang Badar adalah mempunyai syarat-syaratnya yang tertentu. Antara syarat yang pertama adalah semasa Nabi Muhammad S.A.W. menyampaikan hal sebenar kepada tentera Islam di barisan hadapan bahawa sahabat-sahabat yang dihantar keluar untuk mengawal dan menghalangi perjalanan kafilah Abu Sufian. Kemudian semasa di pertengahan jalan, situasi sebenar telah berubah. Mereka bukannya menemui kafilah perdagangan, akan tetapi mereka menghadapi angkatan perang kaum Quraisy yang serba lengkap dan bersedia melancarkan perang. Lalu Nabi Muhammad S.A.W. bertanya sama ada orang Islam bersedia untuk terus maju atau sebaliknya. Maka, semua sahabat yang hadir bersikap patuh dan percaya akan kebenaran pimpinan Nabi Muhammad S.A.W. Syarat kedua, tentera Islam harus mempunyai sifat kesabaran yang tinggi di samping mempunyai hati yang sangat cintakan pimpinan Allah S.W.T. dan Rasulnya. Kecintaan mereka berupa rentetan perjuangan yang terus menerus diikuti sejak kelahiran agama Islam itu sendiri. Perkembangan takwa terhadap Nabi Muhammad S.A.W. semakin bertambah, bukan hanya sekadar ikutan tetapi terbukti sentiasa menjalankan aktiviti-aktiviti untuk memperoleh jalan keluar bagi ajaran agama dari setiap bahaya atau kesulitan serta memberi kemajuan yang lebih besar. Belum pernah seorang sahabatpun yang berfikir tentang sesuatu yang melebihi dari perkembangan agama Islam walaupun mendatangkan akibat terhadap diri mereka sendiri. Syarat ketiga, yang menyebabkan Allah S.W.T. mendatangkan bantuan malaikat dalam perang Badar disebabkan musuh datang dengan tiba-tiba dan tidak diduga sama sekali. Seperti yang telah terjadi dalam peristiwa perang Badar ini, kaum Muslimin yang bertugas hendak mencari kafilah Quraisy tiba-tiba sahaja tanpa diketahui musuh dengan jumlah yang besar beserta peralatan yang lengkap telahpun berada di hadapan mereka bersedia untuk berperang.

12

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23

rd

& 24

th

November 2010

3.3.2 Sebab-Sebab Kekalahan Orang Musyrikin Mekah Antara sebab-sebab kekalahan orang Musyrikin Mekah ialah kerana perpecahan yang berlaku dalam barisan tentera mereka. Sebahagian daripada mereka telah meninggalkan medan peperangan kerana tidak bersetuju dengan polisi Abu Jahal, antaranya ialah kumpulan daripada suku Zuhrah dan Adi. Golongan ini terdiri daripada kumpulan kaum Quraisy yang kurang berpengaruh. Sejak awal-awal lagi iaitu sebelum kerasulan Nabi Muhammad S.A.W., mereka telah bertindak menentang pakatan yang dianggotai oleh suku-suku Quraisy yang kaya dan berpengaruh. Selain itu, sebab kekalahan seterusnya adalah kerana kaum Musyrikin terlalu yakin dengan kemenangan. Oleh sebab itu, mereka tidak berhati-hati lalu terperangkap dengan sikap tersebut. Manakala di pihak orang Islam pula, walaupun bilangan tenteranya lebih kecil, tetapi penuh dengan semangat dan keimanan serta bersatu hati di bawah pimpinan Nabi Muhammad S.A.W. yang menunjukkan sifat-sifat kepimpinan yang tinggi. Di samping itu, Allah S.W.T. sendiri telah membantu orang Islam menerusi dua cara: Pertama, memberikan semangat kepada Nabi Muhammad S.A.W. untuk menewaskan musuh walaupun tentera musuh ramai, tetapi dengan semangat juang yang kental bilangan yang ramai itu dapat ditewaskan oleh bilangan yang sedikit; Keduanya ialah dengan cara Allah S.W.T. menghantar para malaikat berperang untuk menewaskan musuh-musuhNya serta menurunkan hujan sebagai air minuman kepada unta dan memudahkan perjalanan di padang pasir.

4.0

STRATEGI PEPERANGAN DALAM PERANG UHUD

Kemenangan orang Islam dalam Perang Badar telah meninggalkan kesan yang mendalam di dalam jiwa kaum Musyrikin Mekah. Dengan kekalahan ini, puak Musyrikin Mekah bercitacita untuk membalas dendam. Tindakan membalas dendam dilakukan secara diam-diam dan terang-terangan oleh mereka dan kuncu-kuncunya seperti Ikrimah bin abu Jahal, Safuan bin Umaiyah, Abu Sufian bin Harb dan Abdullah bin Abi Rabiah (Muhamad Ramzi Omar, 1997). Pada akhir tahun Kedua Hijrah, kaum Musyrikin Mekah telah mengumpulkan tentera seramai antara empat puluh hingga dua ratus orang dibawah pimpinan Abu Sufian untuk menyerang kota Madinah. Sebelum sampai di Madinah mereka menarik diri kerana takut diserang balas oleh tentera Islam. Ekspedisi ini dinamakan ‘Ekspedisi al-Sawiq’ (Mahayuddin & Ahmad Jelani, 1993). Nabi Muhammad S.A.W. telah memimpin tenteranya bagi menentang suku-suku dari kaum Musyrikin Mekah dalam tiga ekspedisi pertama. Ekspedisi-ekspedisi ini boleh dianggap sebagai satu ujian bagi meninjau kekuatan masing-masing. Setelah beberapa ujian dilakukan akhirnya berlakulah pertempuran besar di Uhud. Perang Uhud berpunca daripada rasa kecewa dan ingin membalas dendam di kalangan kaum Musyrikin Mekah disebabkan kekalahan mereka di Badar dan beberapa ekspedisi selepasnya. Kekecewaan yang dirasakan itu bukanlah semata-mata kerana ramainya pejuangpejuang handalan mereka terbunuh atau ditawan atau kerana kerugian harta benda yang dirampas oleh tentera Islam; akan tetapi yang lebih penting disebabkan nama dan maruah mereka sudah

13

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23

rd

& 24

th

November 2010

terjejas kerana selama ini mereka berasa kuat dan gagah. Kaum Musyrikin Mekah telah mengumpulkan tenteranya dari kota Mekah dan luar kota Mekah untuk menghadapi tentera Islam sehingga mencapai jumlahnya tiga ribu orang. Tentera ini dilengkapkan dengan peralatan senjata bersama tiga ribu ekor unta dan dua ratus ekor kuda serta harta bernilai lima puluh ribu dinar dan juga tujuh ratus baju besi yang semua dikendalikan oleh Abu Sufian sendiri. Mereka bertolak dari kota Mekah pada 25 Ramadan tahun dua Hijrah menuju ke utara dan sampai di Uhud pada 5 Syawal tahun tiga Hijrah. Berita ini telah disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan kemudiannya mengadakan mesyuarat di kalangan penduduk Islam Madinah. Dalam mesyuarat itu, perbincangan terbahagi kepada dua pendapat; Pertama, kumpulan yang mencadangkan supaya menyerang balas dan pendapat kedua pula mencadangkan supaya bertahan sahaja di kota Madinah. Pada mulanya Nabi Muhammad S.A.W. setuju dengan pendapat yang kedua, tetapi oleh sebab majoriti mahukan menyerang balas, maka baginda bersetuju pula dengan pendapat yang pertama. Tentera Islam seramai seribu orang pimpinan Nabi Muhammad S.A.W. (iaitu seratus orang memakai baju besi dan lima puluh orang tentera berkuda) telah bertolak dari Madinah untuk bertembung tentera Musyrikin Mekah di Uhud (Muhamad Ramzi Omar, 1997). Sebelum peperangan berlaku, seramai sepertiga daripada tentera di bawah pimpinan Abdullah bin Ubai bin Salul (ketua kaum munafik) telah keluar dari barisan tentera Islam dan kembali ke Madinah. Perbuatan Abdullah bin Ubai tersebut mencerminkan sikap kaum munafik yang tidak jujur dan ingin melihat tentera Islam berpecah dan tewas di tangan musuh. Mereka inilah merupakan golongan yang mencadangkan pendapat kedua agar bertahan di kota Madinah. Oleh sebab pandangan mereka ditolak, golongan ini berasa marah dan tawar hati untuk berperang bersama-sama Nabi Muhammad S.A.W. Kemungkinan juga mereka kurang yakin untuk mencapai kemenangan setelah mengetahui jumlah pihak musuh tiga kali ganda lebih besar daripada jumlah tentera Islam. Namun begitu, Nabi Muhammad S.A.W. dan tentera-tentera Islam yang setia tetap meneruskan perjuangan. Setelah itu, Nabi Muhammad S.A.W. telah membahagikan tenteranya kepada tiga pasukan iaitu kumpulan pertama diketuai oleh pasukan Muhajirin (Mus’ab bin Umiar al-Abdari), pasukan kedua diketuai Asyad bin Hudair (puak Aus) dan ketiga pasukan puak Khazraj (Al-Hubbab bin al-Munzir). Akhirnya, mereka bertemu dan bertempur dengan kaum Musyrikin Mekah di kawasan bukit Uhud pada hari Sabtu 7 Syawal tahun tiga Hijrah. Adapun tentera Islam berlindung di lereng bukit Uhud serta dikawal oleh lima puluh orang tentera pemanah di puncak bukit tersebut yang diketuai oleh Abdullah bin Jabir alAnsari. Menurut Sirah Nabawiyyah pada peringkat awal peperangan; kemenangan adalah di pihak tentera Islam. Namun pada saat akhir berlaku sebaliknya. Kekalahan tentera Islam adalah berpunca daripada sikap sesetengah tentera Islam sendiri, khususnya pasukan pemanah yang telah meninggalkan lokasi masing-masing demi kerana mengejar harta rampasan perang. Mungkin mereka terlalu yakin dengan kemenangan yang mereka alami seperti dalam perang Badar yang lalu. Akibatnya mereka bersikap alpa serta terperangkap yang akhirnya tertewas di tangan tentera Abu Sufian dan Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud ini, seramai kira-kira tujuh puluh orang Islam telah gugur syahid termasuklah Saidina Hamzah, bapa saudara Nabi. Perang ini telah memberikan banyak pengajaran kepada umat Islam sama ada dari segi mental

14

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23

rd

& 24

th

November 2010

mahupun dari segi psikologi. Allah S.W.T. tidak akan melindungi umatnya yang tidak mematuhi ajaran Allah S.W.T. dan Rasulnya. Di sebalik pihak musuh berhak mencapai kejayaan kerana kelalaian dan kealpaan orang-orang Islam itu sendiri. Dengan kemenangan ini, kaum Musyrikin mula mengatur taktik dan strategi ketenteraan yang lebih jitu bagi tujuan menghapuskan umat Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. pada masa hadapan. 4.1 Analisa Kesan Perang Uhud

Antara kesan buruk yang mungkin timbul di kalangan umat Islam sendiri berikutan kekalahan dalam Perang Uhud ialah krisis keyakinan terhadap kepimpinan Rasulullah S.A.W. Antara persoalan yang ditimbulkan ialah apakah Baginda S.A.W. benar-benar seorang pesuruh Allah, setelah Allah S.W.T. memberikan kemenangan kepada kaum Musyrikin dan tidak kepada orang Islam yang memperjuangkan agama Islam. Persoalan ini sering ditimbulkan oleh kaum Yahudi dan kaum munafik dengan tujuan memecah belah dan melemahkan semangat perjuangan umat Islam. Bagi mereka yang kurang faham dan kurang yakin terhadap Islam sudah tentu terpengaruh menjadi murtad atau keluar dari agama Islam. Walaupun tentera Islam tertewas dalam medan peperangan Uhud, namun dari aspek perjuangan sebenar, mereka masih belum tewas kerana tujuan sebenar kaum Musyrikin Mekah dalam peperangan ini ialah untuk menamatkan nyawa Nabi Muhammad S.A.W. dan masyarakat Islam Madinah, akan tetapi tujuan tersebut tidak tercapai. Fenomena ini sudah tentu memberikan keyakinan dan peluang kepada orang Islam untuk memulihkan kekuatan dan kedudukan mereka. 4.2 Hikmah Dan Pengajaran Peristiwa Uhud

Imam Qasthalani di dalam kitabnya Fathul Bari mahupun dalam ‘Mawahibul Laduniah’ mengatakan bahawa kesan perang Uhud mengandungi banyak faedah dan hikmat-hikmat ketuhanan. Antaranya yang pertama ialah menggambarkan kepada sekalian kaum Muslimin betapa buruknya akibat maksiat atau menderhakai sesuatu perintah Nabi Muhammad S.A.W. dan akibat melakukan perkara yang dilarang oleh Rasul seumpama perbuatan empat puluh orang barisan pemanah yang melanggar aturan dan ketentuan-ketentuan Rasul di Uhud. Kedua, tujuan sebenar berperang ialah hendak menegakkan kalimah Allah S.W.T. Akan tetapi sebahagian sahabat yang terdiri daripada empat puluh orang itu, berperang kerana mahukan habuan dunia. Menurut keterangan seorang sahabat Nabi iaitu Ibnu Mas'ud yang mengatakan beliau belum pernah melihat seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. mengerjakan sesuatu kerana berkehendakkan dunia sehinggalah dalam peristiwa Uhud (H. Zainal Ariffin Abbas, 1988). Hikmah yang ketiga menjelaskan bahawa Rasul pada umumnya menerima percubaan, tetapi kemenangan terakhir adalah tetap di pihak mereka. Dengan adanya peristiwa percubaan seperti ini, terpisahlah orang yang baik hatinya, bersih imannya dari golongan yang lain sehingga agama Islam dapat direalisasikan dengan lancar. Demikian juga sekiranya nabi-nabi dan para rasul itu sentiasa kalah dalam peperangan, nescaya tiada lagi orang yang ingin mengikutinya.

15

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23

rd

& 24

th

November 2010

Seterusnya hikmat keempat; sejak peristiwa Uhud, kaum Muslimin umumnya lebih mengetahui siapa yang sebenarnya kawan dan siapa yang lawan, serta siapa yang ragu-ragu apabila terjadi hal-hal atau peristiwa yang besar sehinggakan perkembangan masa depan mudah dihadapi oleh kaum Muslimin. Hal ini demikian kerana besar sekali erti peristiwa Uhud ini untuk memberikan nilai-nilai seseorang kawan ataupun lawan kepada seluruh sahabat yang tidak sama fahamannya terhadap musuh-musuh dalam selimut. Adapun hikmat terakhir, Allah S.W.T. telah menyediakan tempat-tempat yang mulia dan kesenangan yang tiada bandingan sama ada secara lisan ataupun tulisan di hari akhirat nanti. Sesungguhnya untuk sampai ke akhirat tersebut, Syahid merupakan satu-satunya jalan yang sebenarnya. Oleh kerana itu, Allah S.W.T. telah mengadakan peristiwa-peristiwa seperti ini bagi membukakan jalan-jalan nikmat dan bahagia kepada sahabat-sahabat yang terlibat dalam medan peperangan kerana Allah S.W.T. Demikianlah antara lain hikmat-hikmat dan faedah-faedah peristiwa Uhud yang mencabar dan diharapkan akan dapat menghasilkan pengajaran yang baik bagi perkembangan agama Islam pada masa hadapan.
Rajah 2 : Peta Peperangan Uhud

16

International Conference on Da’wah And Islamic Management (IC-DAIM 2010) – 23

rd

& 24

th

November 2010

5.0

KESIMPULAN

Sesungguhnya kedua-dua peperangan yang disertai oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabatnya sama ada di Badar ataupun Uhud, mempunyai banyak contoh teladan serta strategi-strategi peperangan dan pertahanan yang boleh diambil iktibar khususnya bagi para pejuang negara yang ingin mendaulatkan Syariat Islam. Kedua-dua peristiwa besar itu menggambarkan kepada umat manusia betapa kepimpinan sangat memainkan peranan yang besar dan terpenting bagi kelangsungan sesebuah organisasi, masyarakat atau negara mencapai kejayaan atau sebaliknya.

6.0

RUJUKAN

Abdul Razak Naufal. 1997. ‘Nabi Muhammad S. A. W.’ Singapura : Pustaka National. Abu Muhammad Abdul Malik bin Hisyam Al-Maufiri. 2001. ‘Perang Badar al-Kubra: Dari Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam’. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publishers. Adek Awang bin Wahab, 1996. ‘Berjihad Menegakkan Islam’. Kuala Lumpur : Preston Press. Afzalur Rahman. 1992. ‘Ensiklopedia Sirah’. Jilid 1, KL : Dewan Bahasa dan Pustaka. Alfazlur Rahman. 1990. ‘Muhammad S.A.W. Panglima Tentera’. Shah Alam, Selangor : Penerbitan HIZBI. Al-Ustaz Aii Al-Khinani. 1994. ‘Islam Tentang Perang dan Damai’. Singapura : Pustaka National. Daruis Lidin. 2010. ‘Menyingkap Strategi Perang yang Disusun oleh Nabi Muhammad S.A.W.’ Zulfaqar: Jurnal Asia Pertahanan dan Keselamatan, Vol. 1, No. 1, KL : Penerbitan UPNM. H. Zainal Ariffin Abbas. 1988. ‘Sejarah dan Perjuangan Nabi Muhammad’. Jilid 5, Kuala Lumpur : Penerbitan Pustaka Antara. ‘Kepimpinan Tentera Menurut Pandangan Islam’. 1990. Kuala Lumpur : Penerbitan Jabatanarah Kor Agama ATM. Mahayuddin Hj Yahaya & Ahmad Jelani Halimi. 1993. ‘Sejarah Islam’. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Muhamad Ramzi Omar. 1997. ‘Iktibar Jihad Rasulullah’. Kuala Lumpur : Kor Agama Angkatan Tentera.

17

Similar Documents

Free Essay

Unitron

...sukses menempatkan posisinya sebagai produsen komponen elektronik yang berteknologi tinggi. Dengan penjualan $30 juta, memang jelas Unitron amat kecil dibandingkan industri komponen “Tiga Besar” seperti Texas Instruments, Fairchild, dan Motorolla. Produk Unitron yang signifikan adalah rectifier, alat penyearah daya listrik tegangan tinggi. Bentuknya mirip lengkungan bel/lonceng. Tetapi sayangnya semua produsen alat ini termasuk Unitron tidak mempunyai metode yang dapat mengendalikan prosedur produksi untuk menghasilkan karakteristik-karakteristik elektris yang diinginkan. Proses produksinya dimulai dari menempatkan sekumpulan (batch)yang terdiri dari 50 lempengan silicon diatas suatu tempat pembakaran bersuhu 1.200 c bercampur gas metalic. Dengan komposisi konsentrasi kekentalan tertentu akan menghasilkan karakteristik elektris yang berbeda. Dan biasanya dengan sedikit tingkat suhu serta distribusi gas berbeda akan menghasilkan produk akhir yang tidak sama. Setelah selesai dari proses di pembakaran, masing-masing lempengan dipotong menjadi kurang lebih 2.000 keping silikon, yang ukurannya sebesar ujung ball point. Langkah proses selanjutnya seperti terlihat pada gambar 1. Lempengan dan kepingan diuji pada tiap tahap produksi terhadap kerusakan fisik dan elektrik. Sekitar 60% dari 100.000 keping dalam sekelompok yang dapat mencapai tahap ke-3. Dari persentase itu, hanya sepertiga atau kurang yang akan dapat dijual sebagai hasil produksi secara reguler. Selebihnya, 5.000 unit dapat...

Words: 1619 - Pages: 7

Free Essay

The Five Forces That Shape Strategy

...industry yang bisa menghasilkan profit yang besar. Diagram tersebut dapat digambarkan sebagai berikut: Dari lima kekuatan kompetitif diatas, sebuah industry dapat dianalisa. Tujuan menganalisa kekuatan kompetitif tersebut adalah supaya sebuah perusahaan dapat memposisikan diri dengan baik di tengah-tengah industry persaingan supaya dapat terus bertahan maupun supaya dapat mempengaruhi pasar. Selain itu, dengan mengetahui competitive forces, seorang strategist dapat membuat strategi yang lebih akurat karena the strongest competitive forces biasanya berhubungan erat dengan profit yang didapatkan. Lima kekuatan kompetitif tersebut memiliki karakter tersendiri * Ancaman dari pendatang baru Pendatang baru biasanya datang dengan mempersenjatai diri dengan kapasitas yang lebih maksimal dan dengan tujuan untuk merebut market share. Hal ini bisa berbahaya bagi para pemain lama. Namun untuk pendatang baru sendiri, terdapat beberapa rintangan sebelum memasuki pasar. Rintangan tersebut berupa barrier entry dan memiliki 7 hal utama: * Skala Ekonomi dari supplier * Skala keuntungan dari permintaan * Customer switching cost * Capital requirement * Incumberacy advantages independent of size * Unequal access to distribution channels * Government policy. Seorang pendatang baru...

Words: 1176 - Pages: 5

Free Essay

Studi Kasus Virtual Team

...bisnis yang mendistribusikan produknya secara internasional dan melakukan kerjasama dalam memproses produk dalam skala internasional dengan lokasi yang berbeda-beda di berbagai negara dalam pengerjaan komponennya. Seperti dalam kasus “Building a Stealth Fighter with virtual teams”, dimana ada kontraktor pertahanan, Lockheed Martin, mendapatkan mega proyek untuk membuat model baru pesawat siluman. Dalam rencana pengerjaannya, lebih dari 80 pemasok akan bekerja di 187 lokasi diseluruh dunia untuk mendesain dan membangun komponen-komponen dari pesawat tempur siluman ini. 75 anggota grup teknologi di divisi aeronautics milik Lockhed akan menghubungkan pemasok bersama dengan angkatan udara, laut, dan darat amerika serikat, menuju departemen pertahanan inggris untuk memantau perkembangan dan melakukan perubahan produksi dan desain ditengah-tengah proses jika diperlukan. Secara keseluruhan, individu-individu bekerja pada lebih dari 40.000 pusat komputer yang akan bekerja sama untuk bisa menghasilkan pesawat terbang siluman hanya dalam kurun waktu 4 tahun. Inilah salah satu contoh model virtual teams dimana team bekerja bekerja baik dalam skala nasional maupun internasional. Mereka menggunakan teknologi dalam berkomunikasi seperti menggunakan metode shared document, papan tulis elektronik dimana mereka bisa menggambar design atau chart dan lainnya mampu merespon secara real time. Hal ini tentunya memerlukan strategi dan job design yang tepat untuk mega proyek tersebut karena bisa...

Words: 2101 - Pages: 9

Free Essay

Yes Information System

...15.1 DEPARTEMEN IS DAN END USER Departemen IS dalam Organisasi Sumber daya IT sangat beragam, mereka termasuk aset personel, aset teknologi, dan aset hubungan IT. Manajemen sumber daya informasi dibagi antara departemen pelayanan informasi (Information Services Department/ISD) dan end user. Manajemen sumber daya informasi (Information Resources Management/IRM) mencakup semua kegiatan yang terkati dengan perencanaan, pengorganisasian, memperoleh, mempertahankan, mengamankan, dan pengendalian IT sumber daya. Pembagian tanggung jawab tergantung pada banyak faktor, dimulai dengan jumlah aset IT dan sifat tugas yang terlibat dalam IRM, dan berakhir dengan kebijakan outsourcing. Sebuah keputusan besar yang harus dilakukan oleh manajemen senior adalah dimana ISD harus dilaporkan dalam hirarki organisasi. Sebagian karena alasan sejarah, tempat umum untuk menemukan ISD adalah di departemen akuntansi atau keuangan. Dalam stiuasi seperti tiu, ISD biasanya melapor kepada controller atau Chief Financial Officer (CFO). Para ISD mungkin juga melaporkan kepada salah satu dari berikut: 1) A Vice President of Technology 2) An Executive Vice President (misalnya, untuk administrasi) atau 3) CEO. THE IS DIRECTOR AS A “CHIEF” Untuk menunjukkan pentingnya area IS, beberapa organisasi memanggil direktur IS sebagai Chief Information Officer (CIO), mirip dengan Chief Financial Officer (CFO) dan Chief Operating Officer (COO). Biasanya, hanya orang penting atau wakil...

Words: 8057 - Pages: 33

Free Essay

Biaya Dan Kegagalan Manajemen Proyek Teknologi Informasi

...Tugas Paper Manpro TI BIAYA DAN KEGAGALAN MANAJEMEN PROYEK TEKNOLOGI INFORMASI Danuta Prakoso Maret 2014 ABSTRAK Salah satu faktor dari kegagalan manajemen proyek TI adalah karena belum menggunakan prinsip-prinsip manajemen proyek TI secara tepat serta lemahnya perencanaan dan pengelolaan manajemen proyek TI. Tingkat kegagalan proyek sistem informasi tetap tinggi dibandingkan dengan proyek-proyek berteknologi tinggi lainnya. Tujuan dari paper ini pertama, untuk membuat kerangka kerja sistemik yang cukup luas untuk mewakili berbagai faktor yang mungkin mempengaruhi kinerja sistem, dan kedua, untuk menggunakan kerangka kerja untuk menggambarkan dan menilai dampak yang berbeda dari faktor yang mempengaruhi. Salah satu cara untuk menghindari kegagalan proyek TI tersebut adalah melaksanakan audit terhadap manajemen proyek TI yang dilakukan. Untuk melakukan audit tersebut diperlukan suatu panduan audit manajemen proyek TI. Panduan audit ini dirancang dengan menggunakan perpaduan dari standar-standar internasional yang terkait dengan manajemen proyek. Kata Kunci:Manajemen proyek TI, Faktor kegagalan, Perencanaan proyek, Audit, Sistem informasi 1. PENDAHULUAN Dalam menghadapi persaingan pada zaman perkembangan teknologi sekarang ini, perusahaan harus melakukan kegiatan operasional menggunakan teknologi informasi agar dapat terus bersaing. Salah satu teknologi informasi yang harus dikembangkan adalah perangkat lunak. Perangkat lunak digunakan untuk memudahkan pelanggan dalam melakukan...

Words: 2486 - Pages: 10

Free Essay

Corporate Strategy

...I PENDAHULUAN Dari studi kasus PT. POS Indonesia, yang berjudul: Strategi Transformasi Untuk Memacu Pertumbuhan, kita dapat menarik sebuah benang merah bahwa sejak pertengahan 2012 telah terjadi suatu pergeseran besar dari sebuah BUMN yang telah mengakar di Indonesia. Tuntutan lingkungan dan modernitas menerpa perusahaan sehingga manajemen menyadari bahwa keputusan transformasi bukan lagi sebuah pilihan namun sebuah keharusan. Lingkungan yang telah berubah dengan adanya kemajuan teknologi sehingga merevolusi media komunikasi berbasis internet yang tadinya hanya sebagai komplementer menjadi substitusi sepenuhnya terhadap produk PT Pos Indonesia yang memiliki kelebihan yang tidak mampu disediakan oleh produk pos reguler. Lebih jauh perusahaan tidak lagi hanya dituntut untuk survive, namun juga harus menjadi salah satu BUMN yang eksis dan mampu memberikan kontribusi keuntungan bagi negara. Tuntutan menjadi semakin lebih fantastis dengan adanya isu-isu good corporate governance (GCG) dan corporate social responsibilities (CSR), yang notabene mengharuskan perusahaan memiliki nilai-nilai lebih dari sekedar BUMN yang produktif dan menguntungkan tapi juga bernilai tambah bagi masyarakat dan lingkungan. Itulah mengapa saat ini, tidak hanya PT. Pos, tapi juga BUMN yang lain mulai menggalakkan kegiatan-kegiatan CSR dan transparansi dalam proses bisnisnya. PT. Pos dalam posisinya saat ini tidak mungkin tidak dan tidak bisa tidak untuk melakukan langkah drastis untuk merubah perusahan...

Words: 2829 - Pages: 12

Free Essay

Accounting

...MAKALAH MANAJEMEN STRATEGI BAB III PEMBAHASAN MAKALAH 1.      Pengertian Manajemen Strategi Manajemen strategis merupakan proses atau rangkaian kegiatan pengambilan keputusan yang bersifat mendasar dan menyeluruh, disertai penetapan cara melaksanakannya, yang dibuat oleh pimpinan dan diimplementasikan oleh seluruh jajaran di dalam suatu organisasi, untuk mencapai tujuan. Menurut Pearch dan Robinson (1997) dikatakan bahwa manajemen strategik adalah kumpulan dan tindakan yang menghasilkan perumusan (formulasi) dan pelaksanaan (implementasi) rencana-rencana yang dirancang untuk mencapai sasaran-sasaran organisasi. Sedangkan pengertian manajemen strategis menurut Nawawi (2007) adalah perencanaan berskala besar (disebut perencanaan strategi) yang berorientasi pada jangkauan masa depan yang jauh (disebut visi), dan ditetapkan sebagai keputusan pimpinan tertinggi (keputusan yang bersifat mendasar dan prinsipil), agar memungkinkan organisasi berinteraksi secara efektif (disebut misi), dalam usaha menghasilkan sesuatu (perencanaan operaional untuk menghasilkan barang dan/atau jasa serta pelayanan) yang berkualitas, dengan diarahkan pada optimalisasi pencapaian tujuan (disebut tujuan strategis) dan berbagai sasaran (tujuan operasional) organisasi. Manajemen strategis menurut Nawawi adalah perencanaan berskala besar (disebut perencanaan strategi) yang berorientasi pada jangkauan masa depan yang jauh (disebut visi), dan ditetapkan sebagai keputusan pimpinan tertinggi (keputusan yang...

Words: 7781 - Pages: 32

Free Essay

Flinder Valves

...dari dilakukannya akuisisi tidak lain karena kedua pemimpin perusahaan tersebut memikirkan tentang risiko dan peluang dari lingkungan manufaktur yang semakin menantang. Valve memproduksi banyak alat, hanya saja hampir 40% dari penghasilannya dan 50% dari keuntungannya berasal dari aplikasi khusus, yaitu berasal industri pertahanan dan kedirgantaraan. Hal ini tak lepas dari reputasi baik yang dimiliki FVC dalam lingkungan bisnisnya, sehingga mereka memiliki kontrak kerja untuk alat teknis bagi pemerintah. Pada 1980an perusahaan berkembang dibanding perusahaan lain di industrinya. Mereka membeli dan menyewa alat untuk keperluan produksinya, dan akhirnya setelah Bill Flinder melanjutkan tugasnya sebagai presiden FVC, dia mengakuisisi paten yang telah berlisensi. Tak ada masalah yang berarti dalam menggerakkan aktivitas-aktivitas di lingkungan bisnis mereka, baik itu bahan baku yang didapatkan dari supplier yang kompetitif, pemasaran, dan penjualan kepada perusahaan permesinan. Perusahaan Auden merupakan mitra dalam lingkungan bisnis FVC yang mendistribusikan dibawah perjanjian noneksklusif distributor, dimana Auden menjual 15% dari total penjualan FVC. Bahkan penjualan kepada negara asing, baik itu melalui Auden dan staff FVC, mencapai 30% dari total penjualan, dimana 50% menciptakan perekonomian terutama di Korea, Brazil, dan Meksiko, dan sisanuya dijual ke UK, Italia, dan Jerman. FVC semapt mengalami gangguan perkembangan penjualan menyusul pengikisan kompetisi di pertengahan...

Words: 2040 - Pages: 9

Free Essay

Case Study Sasktel

...Komite Eksekutif dalam waktu dua minggu. Untuk menciptakan rencana ini, Tulloch harus cepat membuat keputusan tentang pendistribusian dan promosi serta melakukan analisa keuangan atas potensi profitabilitas produk tersebut. Sistem Fasilitas Perawatan Kesehatan Kanada Sejarah Sistem Fasilitas Perawatan Kesehatan Kanada yang telah diperkenalkan lebih dari 40 tahun lalu menyediakan layanan rumah sakit untuk pengobatan yang dibutuhkan dan dokter secara luas dan global. Berbagai layanan ini disediakan dengan berdasarkan kebutuhan dibanding dengan kemampuan pasien untuk membayar. Program asuransi kesehatan yang oleh orang Kanada dikenal dengan nama “Medicare” digambarkan sebagai suatu rangkaian 10 rencana asuransi kesehatan tingkat provinsi dan 3 rencana asuransi tingkat daerah yang satu sama lainnya saling berkaitan, dan kesemuanya punya ciri umum dan standar dasar pencakupan yang sama. Sistem fasilitas perawatan kesehatan universal ini didanai terutama melalui pendapatan pajak perseorangan dan perusahaan, serta dari sumbangan pihak swasta sebesar seperempatnya. Peranan dan tanggungjawab sistem fasilitas perawatan kesehatan Kanada ini diberikan kepada pihak Pemerintah Federal dan Provinsi/Daerah. Di bawah Perundang-undangan Kesehatan Kanada ( Canada Health Act/ CHA) yang merupakan badan legislatif asuransi kesehatan pemerintah pusat, kriteria dan syarat-syaratnya...

Words: 2708 - Pages: 11

Free Essay

Manajemen Sekuriti Mabes Polri Indonesia

...dari seorang manusia. Berangkat dari kebutuhan rasa aman ini, maka manusia melalui kemampuan manajemen mengupayakan untuk membuat secara struktur penyelenggaraan keamanan dengan menggunakan tata cara yang terstruktur dan teratur. Manajemen Sekuriti pada Mabes Polri diambil sebagai topik pada tulisan ini dikarenakan menurut pengamatan dari penulis diperlukan peningkatan dari manajemen sekuriti Mabes Polri bagian Barat yang telah diselenggarakan saat ini, dikarenakan pada bagian ini berkantor Kepala Kepolisian Republik Indonesia , yang merupakan salah satu aset sumber daya manusia Indonesia terpenting. Pendekatan penulisan yang digunakan adalah dengan metode kualitatif. Penulisan kualitatif memusatkan perhatian kepada prinsip-prinsip umum yang mendasari perwujudan satuan-satuan gejala yang ada di dalam kehidupan manusia. Beberapa kendala yang diketemukan oleh penulis seperti belum ada manajemen yang terorganisir dan mempunyai standarisasi jelas atau yang sesuai dengan teori-teori mengenai keamanan sebagaimana mestinya.Untuk itu penulis, melalui penulisannya akan menjelaskan kendala-kendala yang ada dikaitkan dengan teori-teori yang berhubungan untuk itu. Saran penulis dalam mewujudkan penyelenggaraan keamanan pada Mabes Polri, diperlukan manajemen yang terorganisir dan terstandarisasi. Agar tercapai suatu sistem manajemen sekuriti yang ideal untuk Mabes Polri. Kata Kunci : Manajemen, Sekuriti. The writer discusses about the Management Physical Security at National Police Republic...

Words: 7026 - Pages: 29

Free Essay

Hubungan Antara Tipe Kreativitas Adaptif-Inovatif Model Kirton Dengan Inovasi Organisasi Di Kompas.Com Jakarta

...sebelum era globalisasi adalah kecepatan, keakuratan dan kemudahan informasi yang diperoleh. Fenomena tersebut sering disebut dengan globalisasi informasi (Ikkenbery, 1999). Simon (2003) mengatakan bahwa salah satu ciri masyarakat pasca-industri adalah informasi dan pengetahuan. Proses peralihan ke era masyarakat informasi (information society) di Indonesia saat ini memang dirasakan luar biasa cepat. Salah satu faktor yang menyebabkan munculnya globalisasi informasi adalah teknologi yang memungkinkan setiap orang bisa memperoleh atau mengakses informasi secara cepat dan murah. Kemajuan teknologi memang dirasakan kian pesat dari hari ke hari dan potensi pemanfaatannya pun makin luas. Saat ini, dengan perkembangan teknologi yang ada, seseorang dimungkinkan untuk mendapatkan informasi yang dibutuhkan dalam hitungan detik. Hal ini tentu membuka peluang pengaksesan, pengelolaan, dan pendayagunaan informasi dalam jumlah yang tak terbatas. Dalam konteks ini teknologi informasi akhirnya menjadi faktor yang penting sekaligus menentukan. Informasi-informasi yang selalu berkembang dan bertambah setiap harinya tersebut sangatlah penting untuk diketahui oleh masyarakat. Namun yang perlu menjadi catatan adalah tidak semua informasi yang beredar di masyarakat itu selalu berguna maupun benar. Oleh karena itu dibutuhkan media massa yang akurat dan terpercaya dalam pemberitaan informasi yang ada. Informasi-informasi yang setiap harinya didengar dan dilihat dapat diketahui dari berbagai macam sumber...

Words: 13608 - Pages: 55

Free Essay

Green

...No. Nama Perguruan Tinggi AKADEMI AKUNTANSI PGRI JEMBER Nama Pengusul Sisda Rizqi Rindang Sari Program Kegiatan Judul Kegiatan 1 PKMK KUE TART CAENIS ( CANTIK, ENAK DAN EKONOMIS) BERBAHAN DASAR TAPE 2 AKADEMI FARMASI KEBANGSAAN Nensi MAKASSAR AKADEMI KEBIDANAN CITRA MEDIKA SURAKARTA AKADEMI KEBIDANAN GIRI SATRIA HUSADA AKADEMI KEPERAWATAN KERTA CENDIKA SIDOARJO AKADEMI KEPERAWATAN KERTA CENDIKA SIDOARJO AKADEMI KEPERAWATAN KERTA CENDIKA SIDOARJO Putri Purnamasari PKMK LILIN SEHAT AROMA KURINDU PANCAKE GARCINIA MANGOSTANA ( PANCAKE KULIT MANGGIS ) 3 PKMK 4 Latifah Sulistyowati PKMK Pemanfaatan Potensi Jambu Mete secara Terpadu dan Pengolahannya sebagai Abon Karmelin (Karamel Bromelin) : Pelunak Aneka Jenis Daging Dari Limbah Nanas Yang Ramah Lingkungan, Higienis Dan Praktis PUDING“BALECI”( KERES) MAKANAN BERSERATANTI ASAM URAT 5 Achmad PKMK Zainunddin Zulfi 6 Dian Kartika Sari PKMK 7 Radita Sandia PKMK Selonot Sehat (S2) Diit untuk Penderita Diabetes 8 AKADEMI PEREKAM Agustina MEDIK & INFO KES Wulandari CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM MEDIK & INFO KES Anton Sulistya CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM Eka Mariyana MEDIK & INFO KES Safitri CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM MEDIK & INFO KES Ferlina Hastuti CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM Nindita Rin MEDIK & INFO KES Prasetyo D CITRA MEDIKA AKADEMI PEREKAM MEDIK & INFO KES Sri Rahayu CITRA MEDIKA AKADEMI PERIKANAN YOGYAKARTA PKMK Kasubi Wingko Kaya Akan Karbohidrat...

Words: 159309 - Pages: 638

Free Essay

Raheeq Makhtum Malay

...riwayat hidup RasuluLlah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah ini sama dengan membaca dan menala'ah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman purbakala. Tujuan pokok dari kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu. Tegasnya kajian riwayat hidup Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad Sallallahu 'alahi Wasallam. Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlah dibahagikan seperti berikut: 1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana hidup Baginda sendiri. Ini adalah untuk menentukan Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam itu bukan sebagai manusia pintar tetapi dianya adalah pesuruh Allah Subhanahu Wata'ala yang menerima Wahyu dan taufiq dariNya. Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh...

Words: 129247 - Pages: 517

Free Essay

Report

...PRAKTIKUM 1 HARDWARE DAN INTERNET 2.1. Tujuan 2.3.1.1. Untuk mengenal dan mengetahui komputer dan perkembangannya. 2.3.1.2. Mengetahui berbagai perangkat keras yang menyusun komputer beserta fungsinya. 2.3.1.3. Mengetahui langkah-langkah merakit hardware menjadi PC. 2.3.1.4. Mengenal command prompt beserta fungsi penggunaan command- line. 2.3.1.5. Mengetahui internet beserta kegunaannya. 2.3.1.6. Mengenal berbagai browser, kelebihan dan kekurangan. 2.3.1.7. Mengetahui berbagai search engine, kelebihan dan kekurangannya 2.3.1.8. Mengetahui cara-cara pembuatan e-mail dan dapat memanfaatkan berbagai fasilitas yang disediakan oleh penyedia e-mail. 2.3.1.9. Mengetahui cara-cara pembuatan blog, manajemen isinya dan juga kegunaannya. 2.3.1.10. Mengetahui cara mendaftar dan penggunaan skype 2.2. Dasar Teori 2.2.1. Sejarah Komputer Komputer sudah berkembang selama 60 tahun. Perkembangan untuk membuat komputer dibagi menjadi empat generasi, generasi pertama ( 1945-1955 ), generasi kedua ( 1955-1965 ), generasi ketiga (1965-1975 ), generasi keempat ( 1975- sekarang). 2.2.1.1. Generasi pertama Dengan terjadinya Perang Dunia Kedua, negara-negara yang terlibat dalam perang tersebut berusaha mengembangkan komputer untuk mengeksploit potensi strategis yang dimiliki komputer. Hal ini meningkatkan pendanaan pengembangan...

Words: 15388 - Pages: 62